ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

HANIM CREATION

Melengkapi keperluan ibadah solat dan hijab anda sekeluarga

Telekung Ilmi by Hanim Creation

Telekung dewasa yang eksklusif pada harga mampu milik

Telekung Ilmi by Hanim Creation

Telekung kanak-kanak ~ mendidik anak mencintai solat sedari kecil

Sejadah Kanak-Kanak

Menarik minat anak mendirikan solat sedari kecil

CORAT CORET DARI KONTI JAHITKU

Mengisahkan tentang perjalanan kerja menjahitku

Tuesday, 10 May 2016

PHOTOSHOOT 2016


Alhamdulillah...
Selesai fotografi untuk koleksi telekung dan tudung dari Hanim Creation.
TQ model ayu kami, Nadhirah dan anakku Husna.
Penat jugak melayan anak kecil ni bergambar...



Ok, nak tengok koleksi telekung dan tudung untuk 2016 boleh ke tab di atas ye.
Doakan bisnes kami ini semakin berkembang maju dan dapat memberi manfaat ke jalan Allah..
Jumpa lagi... Bye..







Read More

Sunday, 8 May 2016

SELAMAT HARI IBU


Kepada semua yang bergelar IBU, MAK, MAMA, BONDA, UMMI, MUMMY..
Saya ucapkan Happy Mother's Day

Jadikan hari-hari adalah hari ibu.. Ibu adalah KERAMAT hidup bagi kita yang bergelar anak

Psssttt... 

Dah lama ye saya tak update blog ni. Dah hampir bersawang. Heee...
Ok, lepas akan sentiasa ada cerita baru untuk tatapan dan dikongsi bersama.

Tunggu ye...


Read More

Friday, 1 January 2016

SALAM 2016

Assalamualaikum...

Salam 2016 semua..
Jom check azam 2015. Berjaya terlaksana atau belum.
Kalau berjaya, tahniah diucapkan. Kalau belum berjaya jangan putus asa.
Kita merancang, Allah pun merancang untuk kita.
Sentiasa bersangka baik dengan yang Satu.

Bawa kembali ke azam 2016. Perbaharui azam kita.
Yang penting niat, doa, usaha dan tawakal perlu seiring..

Ok, Selamat Menyambut Tahun Baru 2016..




Read More

Friday, 25 December 2015

MOOD 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jumaat kepada pengunjung hanimHilmi.com.. 

Lagi 5 hari kita nak ke tahun 2016. Rasa baru semalam menjejak kaki ke tahun 2015. Mashaa Allah, pantasnya masa berlalu.

Ok, untuk mencari mood 2016, saya nak deco sikit worksyop jahit saya. Nak buat ruang untuk letakkan produk Hanim Creation bagi yang nak walk-in. Ramai yang bertanya di mana kedai. He...
Mencari mood baru untuk 2016 - putih ke pink
Ini le rupanya... Sweet pink... (",)
Jadi, dengan sedikit ruang yang ada saya buat sikit le ala-ala show room. Dengan dinding berwarna pink, meja bulat dengan 3 kerusi dan gantungan-gantungan produk Hanim Creation menaikkan semangat saya dan team Hanim Creation untuk maju setapak lagi. In shaa Allah..



Kalau pelanggan atau agent datang pun ok le sikitkan. Ada tempat nak berbincang. Alhamdulillah, perancangan yang tidak dirancang sebenarnya. Namun, ingat akan firman Allah :

“وَمَكَرُواْوَمَكَرَا للّهُ وَاللّهُ خَيْرُالْمَاكِرِينَ“ 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang” 
(surah al-Imran :54)


Alhamdulillah juga, semalam dengan izin Allah dapat mengajar tailor baru, Aida jahit telekung. Persediaan menghadapi tahun 2016... In shaa Allah..



Ok, sampai sini dulu... Jumpa lagi ye... (",)


Read More

Wednesday, 23 December 2015

MUHAMMAD S.A.W. ~ DIA KEKASIH ALLAH

Assalamualakum w.b.t,

Alhamdulillah, dengan izinNya diberikan masa dan ruang untuk menikmati hidup ini.

Esok kita akan menyambut hari kelahiran junjungan tercinta kita Muhammad S.A.W.. Apa hadiah yang kita berikan kepada baginda seperti mana kita berikan kepada seseorang pada hari lahirnya? Walaupun telah beribu-ribu tahun baginda meninggalkan kita, 'hadiah' yang dibawa dan diberikan kepada kita masih ada pada hari ini iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Jom, semaikan kecintaan yang mendalam pada kekasih Allah yang telah dipilih untuk memberi sinar Islam di pelusuk dunia..


Hayati bait-bait lagu ini dari Hijjaz...

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hasil carian imej untuk NABI MUHAMMAD KEKASIH ALLAH


Read More

Monday, 14 December 2015

ALHAMDULILLAH..PHOTOSHOOT SELESAI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari yang dirancang untuk photoshoot selesai semalam.

Diduga, model demam dah 3 hari tak baik lagi. Tak sempat nak cari model lain. Berdoa dan tawakal supaya dipermudahkan kesulitan ini.

Alhamdulillah, model dapat hadir walaupun masih ada sisa-sisa demam.

Page baru untuk telekung dah buat, photoshoot dah buat. Tunggu ye promo tahun baru 2016.

Rabbi yassir wala tu'assir...

Hari ni qada' rehat... Almaklum Selangor cuti... (",) Jom cuci mata gambar yang telah diedit oleh photographer...




Read More

BAIT-BAIT INDAH "TELEKUNGKU"

Bismillah...

Telekungku,
Kaulah yang setia menemani aku dalam sujud meraih cinta dan redha dari-Nya,

Telekungku,
Moga engkau menjadi saksi atas solat dan amal ibadahku.

Ya Allah,
Istiqamahkan diri ini,
Menyarung telekung yang aku sayang,
Dalam menghambakan diri ini di hadapan-Mu,

Telekungku,
Semoga engkau bersedia,
menjadi saksiku di hadapan-Nya kelak.

Amin... Ya Rabbi..

# nukilan asal dari Team871 Al Kauthar yang telah diubahsuai. TQ atas keizinan yang diberi.

Koleksi Telekung Ilmi by Hanim Creation


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Emel : hanimcreation@yahoo.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies