ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Sunday, 30 December 2012

TEMPAHAN TUDUNG SEKOLAH LAGI.....

Assalamualaikum w.b.t semua...seperti biasa nak update tempahan yang diterima...tempahan dari kakak ipar (Kak Zah) untuk seorang cikgu kat tempatnya & adik iparnya. 



Ini tempahan terakhir yang saya terima sebelum sekolah bermula. Mana-mana yang nak tempah tu harap dapat menunggu sebab MR SINGER & MRS SINGER saya nak kene masuk wad untuk diservis...he... Harap bersabar ye kawan-kawan...

MR SINGER & MRS SINGER ku...


Read More

Tuesday, 25 December 2012

TEMPAHAN TUDUNG SEKOLAH


Salam semua…..Hari ni saya menyiapkan tempahan tudung sekolah yang tergendala dek kerana Family Day ....he..(alasan je tu)... Untuk Kak Ifa & K Ain(my regular customer). Kakak berdua ni tempah guna kain sendiri.

Tudung untuk Kak Ain

Tudung untuk Kak Ifa

Ini pula tudung sekolah anak Kak Mira(x-officemate & regular customer)..tudung ni saya buat last year. Kak Mira minta besarkan sedikit luas muka tudung. Kain tudung tu bukan kain Lycra ye, tu kain sekolah putih yang licin. Lupa pulak nama kainnya….Kain ni tak stretchable(meregang),so  kene alter le kalau tak muat dah…
Tudung Kak Mira

Harapnya kakak semua berpuashati ye…Selamat membuat persiapan anak-anak ke sekolah…(“,)


Read More

Monday, 24 December 2012

FAMILY DAY 2012

Assalamualaikum semua.... semalam selesai sudah Family Day di kampung Johor... Penat tak hilang lagi ni... he... Tapi pagi tadi dah bertolak balik ke Shah Alam... Entry sebelum ni ada yang dapat agak ke apa yang saya ingin eksperimenkan???? Jom layan gambar ini...........





Si kecik yang excited dengan gambar SMILE!!!
Haa..... ini le dia t-shirt Family Day untuk hero-hero & hubby. Untuk saya??? Tak sempat nak buat (sedih sungguh!)... planning nak tempah mini jubah putih,tapi x sempat nk beli kain... xpe le,nk buat camne.idea nk buat t-shirt ni pun last minute... he.....

Nama & gambar SMILE tu saya guna kain felt jenis polyester dan jahit tangan.. Menguji kesabaran jugak le nak menyiapkannya....

Ok le... Di bawah ni ada gambar yang diambil masa Family Day... So happening!!!

1st Hero ~ Aiman  pancing ikan.Dapat  No. 2
2nd hero ~ Alif rebut gula-gula.No. 2 jugak



Pertandingan Mewarna
Pertandingan Mewarna




Aiman - dapat no. 3

Alif - kecundang

Pakaian Beragam

Ready for chicken dance!!!!!


Aiman susun  h-q. No. 1....

Alif(Spiderman) dengan pakaian beragam
Super Hero Cilik.Dpat No. 3
3rd Hero ~ Afnan dengan sepupunya Kak Dira
p/s :  Percubaan pertama yang menjadi...(",)

Projek seterusnya????siapkan tempahan tudung!!!!!!!!!!!!


Akan ku siapkan esok!!!!!!!




Read More

Friday, 14 December 2012

CUBA TEKA....SIAPA TAHU????

Assalamualaikum semua....Hari ni saya nak teka kawan-kawan semua apa saya nak buat ni.........


Ada nama....ada bulat kuning...tampal kat mana tu????Untuk ape ni???kat huruf tu  ada button....ape ye????

Tunggu ye...Akan tiba masanya untuk dibagitau....(",)

Read More

Wednesday, 12 December 2012

TEMPAHAN BROOCH DARI KAKAK

Berikut adalah tempahan khas dari kakakku (Kak Lin) & the geng. Brooch ni nak dipakai masa majlis terima sijil tamat kursus frozen food kat Institut Peladang, Pagoh. Dah pakai pun brooch tu cuma baru nk share dengan pengunjung...Tema yang Kak Lin minta butterfly + red flower.Brooch rama-rama dah ready made & bunga tu dipanggil clay flower...pengunjung boleh search le untuk nak tau detail pasal clay flower..


 Ada yang tanya, beli kat mana bahan-bahan tu?He...Tau x GM Klang atau GM Plaza Chow Kit Road?Search ye kalau x tau kat mana GM Klang @ Plaza GM Chow Kit Road....



*kalau ada yang minat untuk order boleh sms/emel saya....



Read More

TEMPAHAN TUDUNG SEKOLAH LYCRA

Assalamualaikum semua...

Dah lama x update blog...busy dengan kerja di ofis & rumah...dan busy juga dengan tempahan dari regular customer....ni nak share dengan semua pengunjung... Hanim Creation ada buat tempahan tudung sekolah Lycra sempena cuti sekolah ini. Stok kain yang ada putih & putih nila. Awning tudung dari span lembut yang tahan lasak dan tepi tudung dijahit tepi halus untuk tampak lebih kemas. Sekiranya ingin menempah warna lain atau untuk tempahan menjahit sahaja (kain sendiri) pun saya terima.


Gambar di bawah ni adalah order dari kakak ipar(Kak Zah) sebanyak 20 helai untuk warna putih nila....





Untuk tengok harga sila jenguk ke page TUDUNG SEKOLAH LYCRA....sms/emel jika berminat.....


Read More

Wednesday, 14 November 2012

ORDER DARI KAKAK IPAR & ANAK SEDARA


Order dari kakak ipar (kak zah) dan anaknya(azwa)...Brooch & scarf dari kain felt....Untuk nak tau harga boleh ke page D.I.M CRAFT ...



* Order yang telah selamat dipos.....(",)


Read More

TELEKUNG IMANI & TELEKUNG RAUDHAH

Hanim Creation telah upload contoh telekung kanak-kanak & muslimah. Kepada yang berminat sila jenguk ke TELEKUNG IMANI & TELEKUNG RAUDHAH. TQ....

Read More

Friday, 19 October 2012

1ST PROJECT 2009....


Inilah 1st project yang saya buat pada tahun 2009 dulu...bermula dengan terjumpa blog cikanna.blogspot.com akhirnya diri ini terjebak dengan safety pin brooch ni....sampai sekarang masih ada yang order aspecially nak raya...kalau dulu design simple-simple je al maklum le saya budak baru belajar masa tu...design sekarang ikut trend terkini (jurai-jurai) tapi ada jugak dari idea sendiri...tapi malangnya design terkini tak sempat nak snap...tak terfikir nak aktifkan balik blog ni....nanti sekiranya ada design terkini yang saya buat, saya upload ye...











Read More

Tuesday, 25 September 2012

TELEKUNG SI MANJA & MUSLIMAH DIREKA KHAS OLEH HANIM CREATION


Hanim Creation telah mereka TELEKUNG SI MANJA untuk menarik  minat anak-anak  untuk solat. Diperbuat dari kain cotton yang berkualiti, sejuk ketika dipakai dan dihiasi dengan ropol cotton berbunga. Terdapat dalam pelbagai warna dan corak.

Untuk dewasa set TELEKUNG MUSLIMAH direka khas dari kain lycra dan jersey yang selesa dipakai di rumah ataupun bermusafir.

Sila jenguk ke page : TELEKUNG IMANI & TELEKUNG RAUDHAH

Untuk hubungi Hanim Creation : emel - hanimcreation@yahoo.com
                                                  telefon - 013-2817292


"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."


~ Hanim Creation ~
      Shah Alam


Read More

D.I.M CRAFT DARI HANIM CREATION


D.I.M Craft yang dihasilkan adalah berasaskan manik, reben dan kain felt. Memenuhi semua citarasa  dari golongan dewasa, remaja dan si kecil. Aksesori yang terdiri dari brooch, hair clip, scarf/headband, bookmark, keychain dan lain-lain.

Hanim Creation menawarkan design yang menarik dengan harga yang berpatutan. Dengan pembelian minimum 10 (bagi setiap design) akan diberi potongan harga pada harga borong.

Untuk hubungi Hanim Creation : emel - hanimcreation@yahoo.com
                                             telefon - 013-2817292


~ Hanim Creation ~
     Shah Alam 






Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies