ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Wednesday, 25 December 2013

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH 2014 TELAH BERAKHIR


Assalamualaikum semua...

Apa khabar semua??... Didoakan semua sihat dan di bawah naungan rahmat Allah.. Untuk makluman semua promosi telah pun berakhir.. Terima kasih kepada yang sudi menempah.. Harapnya semua berpuashati dengan hasil tempahan ye... (",)...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tempahan yang banyak tidak disangka-sangka sehingga tempahan terpaksa dibawa ke Jan6ari 2014... Diharap sabar ye semua untuk saya siapkan tempahan masing-masing...

Cuti bersalin saya pun dh nak sampai penghujungnye (4 okt 2013 - 1 jan 2014)... Ikutkan hati nak sambung cuti, seronok dah duduk rumah jaga si kecik & menjahit... Tapi dalam masa yg sama x sabar nk jumpa kawan-kawan kat opis tu... (",)..

Ok, sampai sini dulu.. Jom layan foto kat bawah ni hasil tempahanuntuk promosi ni...

# Alhamdulillah ada terima tempahan dari orang Brunei.. (",)..
















Read More

Sunday, 10 November 2013

TEMPAHAN TUDUNG SEKOLAH LYCRA BERMULA..(",)

Assalamualaikum..

Tempahan tudung sekolah lycra bermula.. Terhad kepada 50 pasang sahaja.. Siapa cepat dia dapat!!!!.... (",)...


Read More

PILIHAN WARNA TELEKUNG RAUDHAH (KANAK-KANAK)

Assalamualaikum...

Antara warna-warna pilihan Telekung Raudhah (kanak-kanak) untuk lycra plain..




Read More

Monday, 28 October 2013

PROMOSI BERMULA ~ TELEKUNG KANAK-KANAK & SEJADAH

Assalamualaikum...

Hanim Creation  kini buka tempahan untuk Promosi 'KEMBALI KE SEKOLAH 2014'.. Tempahan telekung & sejadah kini dibuka dengan tawaran yang hebat.. Kepada ibu-ibu boleh hadiahkan kepada si cilik yg akan melangkah ke tadika @ tahun 1 sebagai permulaan mendidik mereka bersolat.. Kepada guru-guru taska/tadika pula boleh menempah Sejadah Si Cilik untuk kegunaan di taska/tadika.. (",)...

Tempahan adalah terhad... Kepada yg berminat boleh buat tempahan seperti di bawah :

1. Sms/whatsApp/pm tempahan (tidak dikenakan apa-apa bayaran)
2. Tempahan akan dibuat & dipos bermula Dis 2013
3. Bayaran dibuat sebelum barang dipos.

Ok..ingat!!! Siapa cepat, dia dapat!!!!

# Tunggukan promosi tudung sekolah lycra.. Akan diupload A.S.A.P....(",)








Read More

Saturday, 26 October 2013

NANTIKAN PROMOSI 'KEMBALI KE SEKOLAH 2014'

Assalamualaikum semua...

Oktober dah sampai penghujung dan November akan menjelma.. Kenapa dengan November???.. (",)... Haa, cuti sekolah akan bermula.. Anak-anak gembira kerana akan 'berehat' dari pergi sekolah (cuti sekolah le maksudnya tu..).. Ibu pula???... Dah mula fikir untuk keperluan anak-anak ke sekolah untuk tahun hadapan... ; Betul tak???

Oleh itu, Hanim Creation akan adakan promosi sempena cuti sekolah ini kepada ibu-ibu di luar sana dalam mencari keperluan anak-anak ke sekolah atau tadika pada tahun depan. Nantikan promosi yang menarik dan terhad. Tunggu ye!!!!!






Read More

Wednesday, 23 October 2013

INFO TERKINI DARI HANIM CREATION

Assalamualaikum semua...

Hari ini adalah hari ke-20 saya berpantang... Dan syukur alhamdulillah puteri saya NABIHAH HUSNA telah pulih dari sakit kuningpada hari ke-18... Dua kali kene tahan wad iaitu hari ke-3 dilahirkan di SALAM Specialist Shah Alam selama 2 malam dan hari ke-11 di Hospital Kulai pada malam Aidil Adha... Beraya le kami di hospital...(",)....


Berbalik ke info terkini dari Hanim Creation, 2 design baru SEJADAH SI CILIK telah siap dibuat iaitu warna purple & biru... Pihak kami mengumumkan perubahan harga baru sejadah iaitu RM45.00 memandangkan kos printing yang meningkat... Namun begitu, pihak kami memberi secara percuma untuk sulan nama pada sejadah.... Menarik bukan???



Untuk Telekung Imani terdiri dari 3 rekaan iaitu TELEKUNG IMANI 1, TELEKUNG IMANI 2 & TELEKUNG IMANI JUNIOR...


Untuk Telekung Raudhah terdiri dari material Lycra & Jersey... Kini terdapat untuk saiz kanak-kanak... (",)..


Untuk BEG CHOMEL nantikan rekaan terbaru terdiri daripada pencil bag, diaper bag, sling bag dan lain-lain lagi dengan harga mampu milik... Tunggu..... (",)....


Akhir sekali, nantikan promosi dari Hanim Creation untuk PROMOSI 'KEMBALI KE SEKOLAH 2014'... Okey, jumpa lagi ye...




Read More

Saturday, 5 October 2013

LAHIRNYA PUTERI KU...4 OKT 2013...

Assalamualaikum... Alhamdulillah,saya selamat melahirkan puteri sulung pada 4 Okt 2013 jam 10.01 am secara ceaserian.. Terima kasih atas doa kalian... Semoga puteri kami menjadi anak yang solehah... Aamin... (",)..

Puteri kami....

Hero-hero kami....


Read More

Thursday, 26 September 2013

TQVM.... (",)

Assalamualaikum,

Terima kasih pada kawan-kawan & customer yang buat order ke Hanim Creation... TQ kepada  feedback yang diterima dari semua... Rasa bersemangat untuk bisnes dengan seriusnya... (",)... Di bawah ni adalah beberapa feedback yang diterima dari kawan-kawan & customer... Semoga feedback kalian ini menjadi motivasi bagi saya untuk lebih maju dan maju... Untuk makluman, saya akan berehat buat sementara waktu dari aktiviti menjahit mulai hari ini sehingga awal Disember ye... Doakan saya dipermudahkan segala urusan kelahiran anak yang keempat yang dijangka awal Oktober ini... Dan... Nantikan promosi saya Disember ini ye....TQVM semua!!!!!!!!!!!

Sebahagian feedback yang diterima...TQ semua!!!
Gambar yang diterima dari kawan-kawan... TQ



Read More

LAST ORDER SEBELUM CUTI PANJANG....(",)

Assalamualaikum,

Ni adalah last order yang dibuat sebelum saya cuti panjang...... Telekung order dari Halina dan adik untuk Cikgu MRSM Pontian...Percubaan kedua untuk membuat BANTAL MUCUK order dari Halina juga.. Alhamdulillah tuannya berpuashati... Tq ye Na... Bantal mucuk dibuat 2 lapis iaitu bantal & sarung bagi memudahkan untuk dibasuh dan dipasang dengan snap button.... Alter tudung untuk officemate (Kak Ain) dan kawan adik... Dan juga order TOTE BAG dari anak kawan Kak Siti... Terima kasih ye semua.. (",)...

Order dari Halina...
Bantal mucuk bentuk BUNGA!!!!
Order dari adik....
Tote bag...
Alter tudung.....
Last postage!!!!!!!!!!





Read More

Wednesday, 18 September 2013

TOTE BAG & TELEKUNG LYCRA KANAK-KANAK

Assalamualaikum...

Tinggal 2, 3 order je yang perlu disiapkan sebelum bercuti panjang ni...Dijangka awal Oktober saya akan bersalin...So, hari ni nak post hasil order tote bag untuk kawan anak kak Siti..AINA, NINA & HAFIZAH... dan order kakak Cikgu Nora untuk princessnya NURIN dan anak bujangnya AIDIL... 

Terima kasih jugak pada Cikgu Norafidah yang order Sejadah Si Cilik adan anak sedara AZIE yang order Telekung Lycra untuk mama mertuanya yang akan menunaikan haji..(order ni lupa nak snap gambar...sori ye..(",)..)

AIDIL & NURIN...
AINA, NINA & HAAFIZAH....



Read More

Tuesday, 3 September 2013

TELEKUNG ~ ORDER DARI KAK RAHIMAH

Order dari officemate (Kak Rahimah) yang akan menunaikan Haji pada tahun ini. Beliau akan bertolak pada 8 September ini. Semoga beliau dikurniakan haji yang mabrur....AMIIINN.... (",)

Telekung Raudah Lycra
Telekung dari kain baju melayu yang dibeli oleh Kak Rahimah sendiri..
(Dapat idea untuk buat TELEKUNG EKSKLUSIF ni...)



Read More

AD-HOC ORDER DARI DHANIYA...

Assalamualaikum...

Mmm... Lamanye tak update blog ye... (",)... Almaklum sibuk beraya. Setiap hujung minggu dari mula Syawal penuh dengan aktiviti beraya,majlis kahwin & aktiviti tadika anak.... Ditambah pula urusan di ofis setelah bercuti beraya... Aktiviti menjahit pun agak terganggu...

Kali ni nak update sikit ad-hoc order dari anak sedara, Dhaniya... Nak berniaga sempena Hari Kantin di sekolahnya... Barang jualan yang minta dijual untuk group Dhaniya adalah perhiasan... Dengan stok-stok yang ada, maka terhasil le brooch, hair clip & scarf...

Hair Clip dari kain Felt
Brooch dari reben
Brooch dari wooden button
Scarf dihias dengan wooden button
Comel x kami????? (",).....





Read More

Wednesday, 31 July 2013

LAST POSTAGE & DELIVERY

Assalamualaikum...

Last postage & delivery sebelum raya...
Semalam adalah penghantaran & pengeposan yang terakhir sebelum raya... Terima kasih kepada mereka yang order & maaf kepada yang terpaksa saya kiv order mereka kerana masa yang x mengizinkan... Kepada yang berminat boleh membuat tempahan selepas raya, namun begitu tempahan agak limited kerana persediaan saya untuk melahirkan cahaya mata pada bulan Oktober nanti... InsyaAllah... (",)... Ramai yang bertanyakan harga bagi Telekung Lycra & Jersey kanak-kanak & dewasa. Saya akan upload harga dalam masa terdekat ni ye...

Saya ucapkan selamat berpuasa & sama-sama kita meningkatkan amalan kita dalam 10 malam terakhir ini bagi mencari keampunan & keredhaan dari-NYA... Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari sebelum ini....





Read More

Monday, 29 July 2013

TELEKUNG RAUDAH LYCRA DEWASA & KANAK-KANAK

Assalamualaikum...ni special order dari Kak Siti(offficemate)...Telekung lycra untuk puterinya,Ain... Diminta untuk buat poket di kain.. Lupa nak ambil gambar... Telekung dewasa untuk makcik beliau... tq kak siti...

Telekung lycra  ~ AIN

Telekung lycra dewasa  + free gift tote bag...



Read More

TELEKUNG RAUDAH LYCRA DEWASA & KANAK-KANAK

Assalamualaikum...ni special order dari Kak Siti(offficemate)...Telekung lycra untuk puterinya,Ain... Diminta untuk buat poket di kain.. Lupa nak ambil gambar... Telekung dewasa untuk makcik beliau... tq kak siti...

Telekung lycra  ~ AIN

Telekung lycra dewasa  + free gift tote bag...



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies