ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Tuesday, 1 January 2013

28.12.2012 ~ HARI TERAKHIR BERTUGAS SEBELUM MASUKNYA 2013....

Assalamualaikum... Belum terlambat rasanya nak ucapkan HAPPY NEW YEAR pada semua... Dan rasanya belum terlewat untuk saya share cerita hari terakhir bertugas sebelum meninggalkan 2012..Jumaat lepas saya, Ketua Program & beberapa staf telah hadiri Majlis Penutup bagi kursus Training Methodology yang kami jalankan untuk instructor dari Gurney Training Center(GTC) di bawah Malaysian Association For The Blind(MAB) ataupun Persatuan Orang Buta, Jalan Tun Sambanthan,K.L selama sebulan dari 3-29 Dis 2012. Satu pengalaman yang baru bagi kami kerana trainer almost tidak celik(buta). Saya sempat 2 hari berkongsi ilmu dengan mereka. Memang banyak ilmu/pengalaman baru yang saya dapat even 2 hari dengan diorang.

Gambar bersama-sama peserta & Top Management MAB
Cenderahati dari mereka.....

Apa yang menyentuh hati saya pada hari tersebut, kami staf perempuan berjumpa dengan seorang wanita (around 40-an) yang rabun & hidapi penyakit Elbino(tengok pada keadaan kulitnya) di surau MAB sementara menunggu staf lelaki solat jumaat. Kami tanya akak tu dari mana sebab nampak mcm penat & kepanasan. Tau tak dari mana???? Dari CHERAS untuk hantar suami yang buta solat jumaat. Biasanya suami akak tu solat di Masjid Jamek K.L... Tapi sekarang tengah buat renovation. Kami tanya  takde masjid yang dekat-dekat sana ke? Akak tu cakap ada tapi pintu banyak sangat takut sesat then mereka decide untuk solat di masjid berdekatan MAB sebab mereka familiar dengan area situ & dekat dengan stesen monorail....

Tersentuh hati saya tengok akak tu... Tak terkata apa masa akak tu bercerita dengan kami... Mereka yang kekurangan pun sanggup bersusah payah untuk tunaikan suruhan Ilahi...Bagaimana kita yang sempurna ini????(Fikir...fikir...fikir.....)


p/s : Apa keje saya ye???? Search ye kat sini : www.ciast.gov.my



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG AINA

3. TELEKUNG HUMAIRA

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies