ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 27 December 2014

PRAY FOR KELANTAN : JOM HULURKAN BANTUAN

Assalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Di kala tangan ini menekan keyboard hati terasa sebak sehingga hendak menitiskan air mata. Semalam  saya ber'sms' dengan Ma (Mak Mertua saya) yang berada di PCB, Kota Bharu. Air sudah paras lutut di laman rumah. Inilah kali pertama di landa banjir semenjak mereka tinggal di situ.


Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu. Rumah kami setiap tahun akan banjir. Bagi kami itulah masa paling seronok sebab boleh main air dan kejar ayam. Ayam dah kesejukan, tak boleh lari. Masa tulah kami adik-beradik kejar ayam dan sembelih.  Dapat le makan ayam ketika itu. Seronok sungguh bila terkenang kisah tersebut.


Namun, banjir yang sedang melanda di Kelantan sekarang membuatkan hati ini begitu sayu dan pilu.. Seperti ingin menjerit "Surutlah air!!! Surutlah engkau!!!"... Ya, Allah...Maha Hebat Engkau Ya Allah. Kami tak berdaya menghalang takdir-Mu.


Keadaan sebelum banjir
Kini bumbung sahaja kelihatan 

Keadaan di salah sebuah hospital di Kelantan
Keadaan Stadium Kelantan

Terbayang di fikiran bagaimana mereka hadapi kesejukan, kegelapan, kekurangan makanan. Sebelum ni, tengok berita dari negara-negara jiran. Kini, berlaku di negara sendiri. Allah!!!






Gambar di atas keadaan mangsa yang lari ke bukit sebelum tentera sampai. Alhamdulillah  mereka semua sudah dipindahkan ke pusat pemindahan Sek. Keb. Temangan.

Sebelum banjir melanda kami sekeluarga sempat pulang ke Kota Bharu untuk mengambil anak (Aiman dan Alif) setelah dua minggu mereka bercuti di sana. Saya sempat pergi ke Pantai Cahaya Bulan untuk melihat sendiri keadaan pantai yang sedang bergelora. Allahumma, memang menakutkan. Itulah pertama kali tengok keadaan pantai dengan ombak dan angin yang kuat.



Semalam, saya telah berbincang dengan pembantu jahit saya untuk kami dermakan telekung yang telah dibuat kepada mangsa banjir. Saya telah minta mereka untuk asingkan telekung yang telah siap dan dibungkus ke dalam plastik. Di rumah pula ada tuala stok untuk sulam dan kain batik belum berjahit. Diharapkan sedikit sumbangan ini dapat mengurangkan penderitaan mereka di sana.


Kepada semua, marilah kita berdoa agar Allah lindungi mereka semua. Mohonlah keampunan sekiranya musibah yang berlaku kerana peringatan dari Allah dan mohonlah ketabahan serta keteguhan iman sekiranya apa yang berlaku adalah ujian dariNya.


Di bawah saya sertakan saluran yang boleh kita hulur sumbangan samada wang atau barang keperluan.





Muslim Care
Tabung Bencana NSTP-Media Prima
Pertubuhan Nisa' Kelantan
Pertubuhan Ikram Malaysia
Pemuda Prihatin Malaysia





Read More

Tuesday, 23 December 2014

APA AZAM ANDA UNTUK 2015?

Assalamualaikum

Bertemu kembali di HanimHilmi.com setelah sibuk dengan berbengkel di Alor Setar, Kedah minggu lepas. Diharap pengunjung semua sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita masuk ke tahun 2015. Apa ye azam anda semua? Azam saya???? In shaa Allah banyak dan semestinya untuk majukan lagi bisnes saya dan suami.

Jom kita tulis azam kita supaya nampak dan melekat di kotak fikiran kita. Dan kita dapat fokus dengan apa yang kita ingin capai.

Banyak yang kita baca dan dengarkan ".....tulis,tulis dan tulis apa yang kita impikan". Baik dalam ceramah motivasi dari mereka yang terkenal @ buku motivasi yang hangat di pasaran.

Itulah yang saya buat untuk 2014 dan alhamdulillah membuahkan hasil. Dari bilik kecil ke sebuah worksyop jahit, dari jahit sendiri dah ada tailor. Jika dahulu masa banyak dibazirkan begitu sahaja. Namun kini masa adalah cukup bermakna bagi saya.

Jadi, sama-sama saya mengajak semua tulislah azam anda semua jika anda ingin berubah. ESOK ADALAH PELUANG  UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK.



Ok, jumpa lagi di entri akan datang tentang produk terbaru 2015 dari Hanim Creation.







*****************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Monday, 15 December 2014

SHAKLEE : PELABURAN UNTUK KESIHATAN KAMI SEKELUARGA

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua? Semoga pengunjung HanimHilmi.com baik-baik belaka dari segi kesihatan dan emosi. Jadikan hari Isnin ini hari permulaan bekerja yang seronok ye...

Alhamdulillah Shaklee saya telah saya terima minggu lepas iaitu pada 8 Dis 2014. Sebenarnya sampai awal di pejabat saya, minggu lepasnya saya ada kerja luar di Taiping. Merangkap trip cuti sekolah tu, ingat tak??? He...



Ok, untuk permulaan ni saya order ESP, Vit Lea, Vit C, Omega Guard, Mealshake & Chew Vit C. Untuk pengetahuan semua, saya tidak sembarangan untuk memilih produk Shaklee ni. Sebenarnya saya minta nasihat dari Pn Maria yang merupakan Pengedar Shaklee (boleh lihat blog beliau www.mariafirdaus.com.my tentang aktiviti/info shaklee yang beliau jalankan). Atas nasihat dan cadangan beliaulah saya ambil dahulu produk di atas. Saya juga dapat khidmat nasihat bagi pengambilan harian bagi produk Shaklee ni iaitu  seperti jadual di bawah.

NAMA
PRODUK SHAKLEE
PENGAMBILAN
Hanim
ESP
Awal pagi ( 1 sudu besar campur dengan air sejuk @ suam)
B Complex, + Vitalea + Vita C + Omega
Selepas sarapan (sebiji setiap satu)
B Complex
Selepas lunch & dinner (sebiji)
Hilmi (suami)
B Complex, + Vitalea + Vita C + Omega
Selepas sarapan (sebiji setiap satu)
Aiman, Alif & Afnan
Mealshake
- Sehari sekali
- Satu sudu kecil campur dengan  
   air sejuk@suam( masuk dalam  
   air susu/milo diorang je)

Chewable Vit C + Omega
Selepas sarapan (sebiji setiap satu)

Produk shaklee untuk permulaan keluarga saya
Alhamdulillah saya dan suami sudah mula makan dari minggu lepas lagi. Dalam tempoh seminggu ni ada sedikit perubahan kami rasa. Suami ada beritahu badan tak rasa letih sangat berbanding sebelum ni. Saya juga setuju dengan kata-kata suami. Macam saya bekerja sepenuh masa dan dalam masa yang sama menguruskan bisnes jahitan. Sebelum ni memang balik lepas Maghrib sahaja dah 'pengsan'. He... Dan yang bestnya mendisiplinkan kami terutama sekali suami untuk minum air kosong banyak... So, asyik kerap ke tandas je le...

Untuk anak-anak, saya baru cuba Chewable Vit C pada Afnan. Afnan ok sahaja dapat Vit C sebab Afnan cakap gula-gula walaupun ia agak masam,Aiman  dan Alif belum lagi sebab diorang ada di kampung Kelantan.

Ok le, tak berani nak cakap lebih-lebih sebab baru seminggu sahaja makan. Kita tunggu Shaklee ni habis sebotol ye nanti. Ok, dah nak bersiap-siap untuk travel ke Alor Setar, Kedah atas urusan kerja. Apa????? Trip Cuti-Cuti Sekolah lagi ke???? He... Tunggu jelah nanti ye...

Jumpa lagi ye nanti... Wassalam




Read More

Sunday, 14 December 2014

TRIP #02 : CUTI-CUTI SEKOLAH 2014

Assalamualaikum w.b.t,

Salam hujung minggu pada pengunjung HanimHilmi.com. Yang mula bekerja esok didoakan diperolehi keberkatan dalam kerja yang dilakukan.

Ok, saya nak sambung cerita Cuti-Cuti Sekolah 2014. Sebenarnya cuti-cuti tersebut tidak dirancang awal pun. Disebabkan saya ada kerja luar pada penghujung tahun nilah baru plan nak bercuti. Tu lekan, Kita merancang, Allah pun merancang namun perancanganNya jua yang terbaik untuk kita semua.

3 -7 Dis 2014

Jam 7.oo malam kami tiba di Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah, perjalanan dari Taiping melalui Grik dengan cuaca yang tak menentu sampai kami ke Kota Bharu dengan selamatnya. 

Kami pulang ke PCB, Kota Bharu, Kelantan selama 4 hari. Tau tak apa tu PCB?????? Dulu namanya Pantai Cinta Berahi tapi sekarang sudah tukar ke Pantai Cahaya Bulan. He... Oh ya, PCB ni kampung suami saya ye. Saya asal Johor. Trip ke Johor??? Tunggu!!!!!


Afnan sibuk pilih sayur
Kalau pulang ke Kota Bharu, yang saya sangat suka pergi ke Pasar Siti Khadijah. Beli ikan, sea food dan buah-buahan. Best sangat. Makanan 'pelik-pelik' pun banyak le. Walaupun dah 8 tahun berkahwin kadang-kadang makanan tu baru je pertama kali jumpa. Kecek klate???? Maaf, lidah johorian xleh nak cakap kelantan. He...

Kalau anak-anak pulak yang happy sangat boleh pergi pantai hari-hari. Tak dapat  ke pantai, main pasir depan rumah We (panggilan pada Mak Mertua saya) pun jadilah.


Di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu
bersama sepupu Afif & Najihah



Husna di Taman Air Kota Bharu



Afnan yang asyik dengan pelampungnya
Itulah yang seronok kalau balik ke Kota Bharu. Kami bertolak balik pada 7 Dis 2014. Aiman dan Alif minta untuk tinggal di sana. Pertama kali ni nak tinggalkan Aiman dan Alif di sana. Bincang dengan suami, maka tinggallah mereka berdua di sana. So, balik Kelantan lagikah kami???? Ok, tunggu next entri pulak ye...

Ok, tempahan tudung sekolah masih dibuka ye. Yang berminat nak tempah boleh hubungi saya ye... Ok, jumpa lagi...

****************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292



Read More

Friday, 12 December 2014

PHOTO SHOOT TELEKUNG ILMI UNTUK 2015

Assalamualaikum,


Salam Jumaat. Saya doakan pengunjung HanimHilmi.com dimurahkan rezeki, diberi yang terbaik kepada anda dalam kehidupan anda di dunia dan di akhirat.



Ok, semalam adalah cuti umum bagi negeri Selangor atas Hari keputeran Sultan Selangor. Cuti semalam telah saya rancang untuk perancangan bisnes Hanim Creation untuk tahun hadapan iaitu 2015.  Alhamdulillah yang dirancang berjalan dengan lancarya. Nak tahu apa dia??? Jeng... Jeng... Jeng...




Tu dia. Saya buat sesi photo shoot koleksi telekung saya. Memang dah lama merancang untuk photo shoot di studio. Memandangkan koleksi telekung pun dah banyak dan model-model pun dah ada saya pun search di Mr. Google studio yang berdekatan dengan rumah.


F8, Photography Studio
di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam

Nombor telefon kepada yang berminat ye..
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Jumpalah studio fotografi ni di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam. Caj yang dikenakan pun murah jika dibandingkan dengan yang lain.


 Ok, photo shoot sudah. Sekarang masa untuk pilih gambar dan edit!!!! Ya Allah, permudahkanlah urusan dan perancangan seterusnya. Terima kasih ye anak sedaraku, Nurun & Akak Azie sudi jadi model Mak Anim. Next time kita ber'modelling' lagi ye.



Melayan kerenah Husna... (",)
Bagi pengunjung HanimHilmi.com, nantikan koleksi terkini 2015 dari Hanim Creation ye..
Jumpa lagi.




*****************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292




Read More

Tuesday, 9 December 2014

BUTTON BADGE ISLAMIK

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya nak kongsi cerita pasal bisnes suami pulak le.. Sebelum tu saya doakan pengunjung HanimHilmi.com sihat & ceria.. Yang sedang dirundum kesedihan/musibah usah jadikan ia sebagai halangan untuk kita terus mencari kekuatan & redha Allah.

Ok, berbalik tajuk entri saya Raisteam telah menghasilkan produk BUTTON BADGE yang mengandungi kata-kata ISLAMIK. Mungkin ini menjadi salah satu jalan/asbab dalam menyampaikan dakwah kepada semua lapisan umur. 

Harga RM2.00/pc

Badge Button yang telah siap dibuat
Kata-kata yang agak ringkas tapi memberi makna yang mendalam. Sesuai dijadikan hadiah dan cenderahati dalam apa-apa majlis. Bagi yang inginkan design sendiri, Raisteam juga menyediakan servis tersebut. Di bawah ini promosi untuk Disember ni ye.


Promosi Disember 2014
Jadi, siapa yang berminat untuk order boleh hubungi nombor telefon/fanpage/emel di bawah :


No. Telefon :

03-5511 4259(pej) / 019-326 2220(hp) - Hafiz

Fanpage :

Raisteam Enterprise

Emel :

raisteam01@yahoo.com
raisteam01@gmail.com



Read More

Monday, 8 December 2014

TEMPAHAN TUDUNG SEKOLAH BERMULA... (",)

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Didoakan semua dalam mood yang baik dan ceria.



Ok, Tempahan tudung sekolah lycra bermula. Terdapat dalam tiga saiz iaitu S, M dan L. Ukuran adalah seperti di bawah :


~ Saiz S ~
Muka : 9 inci

Labuh tudung dari dagu : 10 inci



~ Saiz M ~
Muka : 9.5 inci
Labuh tudung dari dagu : 13 inci

~ Saiz L ~
Muka : 10.5 inci
Labuh tudung dari dagu : 16 inci

Untuk jenis awning juga terdapat dalam 3 jenis iaitu Soft Awning, Foam Awning dan Bakrum Awning. Segala pertanyaan dan tempahan boleh hubungi saya seperti di bawah.

No. Telefon :

013-2817292 (WhatsApp/Telegram)

Fanpage :








Read More

Sunday, 7 December 2014

TRIP #01 : JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH DISEMBER 2014

Assalamualaikum...

Bertemu kembali pengunjung HanimHilmi.com.. Alhamdulillah ketika menaip ni saya baru sejam tiba di rumah dari Kota Bharu, Kelantan rumah ibu mertua. Tidak sabar untuk berkongsi cerita 'holiday' kami sekeluarga sempena cuti sekolah ni.

30 Nov 2014 - 1 DIS 2014

Ok, sebelum kami mulakan percutian kakak & anak-anak sedara telah datang sebelum mereka bercuti-cuti di Subang (rumah abang). Riuh-rendah dibuatnya.         

Main 'cikgu-cikgu'... (",)
Husna & sepupunya Marissa
3 dara pingitan - Nurin, Uzma & Sara
Teringat le zaman kecik-kecik dulu main cikgu-cikgu dengan sepupu & anak sedara. Sebelum menghantar mereka ke Subang sempatlah kami pergi ke ICT Shah Alam. Seronok betul masing-masing. First time pergilah katakan.


wajah-wajah ceria...
 2 - 3 Dis 2014

Pada 2 Dis 2014, kami sekeluarga telah bergerak ke Taiping, Perak. Sebenarnya saya ada kerja luar di Kampus Satelit CIAST-ADTEC Taiping pada 3 Dis 2014. Alang-alang dah ke sana, bawalah sekali anak-anak untuk bercuti ke sana.

Kami menginap di Kamalodge Chalet & Cafe. Ini kali kedua kami menginap di sini. Lokasi yang strategik berdekatan dengan Zoo Taiping & Tasik Taiping. Tempatnya jugak amat saya suka kerana swimming pool yang berdekatan dengan bilik chalet. He....


Hijau mata memandang
Husna & Afnan dengan pelampungnya
Aiman & Alif
Pada 3 Dis 2014 sementara saya menjalankan kerja, suami membawa anak-anak ke Zoo Taiping. Betapa excited mereka tengok binatang walaupun dah banyak kali ke Zoo Taiping. Takpe le janji mereka happy...


Di Zoo Taiping
Menunggu train... (",)

Alhamdulillah, kerja selesai pada belah petang. Kami pun terus pulang ke Negeri Cik Siti Wan Kembang... Ok, sambungan trip seterusnya akan saya cerita pada entri akan datang ye... Nantikan ye...

Oh ye, yang ingin menempah tudung sekolah lycra tempahan telah dibuka ye...






Read More

Thursday, 4 December 2014

PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH 2015 TAKDE KE?????

Assalamualaikum w b.t

Apa khabar pengunjung HanimHilmi.com semua? Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dalam keadaan yang masuk ke musim tengkujuh di hujung tahun ni.

" Takde ke Promosi Kembali Ke Sekolah 2015 macam sebelum ni???"

He... Teringat promosi saya buat untuk tahun lepas. Tahun lepas sibuk ambil gambar anak sedara,Nurin jadi model telekung kanak-kanak. Edit gambar guna Photogrid dalam handphone... Lepas pantang ketika tu saya.



Antara promo 2013 dalam fanpage Hanim Creation


PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH 2015


Jangan risau ye semua. Ada promosi. Cuma lambat sikit je nak warwar kat blog dan fanpage. Kelewatan atas sebab stok kain baru ada untuk tudung sekolah & photo shoot baru nk buat pada 11 Dis 2014 ini.

Untuk tempahan tudung sekolah dah saya terima awal cuti sekolah bagi regular customer dan ipar duai. Tak berani open order sebab stok kain tiada sebelum ni. Ni dah ada In shaa Allah dalam masa terdekat ni saya update di blog & fanpage ye..

Ok,tunggu akan promosi saya nanti ye...




Read More

Saturday, 29 November 2014

KOLEKSI BUKU #1 : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum...

Salam minggu pada semua pengunjung HanimHilmi.com. Semoga semua ceria-ceria selalu...

Ok, hari ni saya nak berkongsi buku pertama yang menjadi inspirasi dan rujukan saya semenjak saya serius dengan mengembangkan bisnes saya.  MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI karangan dari SAUDARA FATHURI SALEHUDDIN yang diterbitkan oleh TARBIAH ROHANI.



Banyak tips dan pengalaman sebenar dari pengarang dan insan-insan yang diceritakan boleh menjadi iktibar dan dorongan dalam keyakinan tentang REZEKI. Antara yang terkesan di hati saya adalah : 


Merujuk pada petikan di atas apa beza antara 2 ayat di bawah ?

Ayat 1 : " Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha."

Ayat 2 : " Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan."

Agak lambat faham saya mula-mula baca bab ni. Bila diamati dan difahami barulah saya faham. Ayat 2 lebih tepat digunakan dalam usaha mencari rezeki dan kita jadikan Allah adalah yang pertama dari segala hal. Bukannya Allah dijadikan nombor dua. Seperti contoh yang diberi, tinggal satu batu je hendak diletakkan untuk menyiapkan dinding tersebut tapi dengar sahaja laungan azan si pulan terus tinggalkan kerjanya itu. Kalau kita agaknya macamana ye????? Confirm berat untuk berhentikan.... Sayalah tu!!!!!

Banyak lagi sebenarnya boleh kita dapat dalam buku ni. bagi yang belum memilikinya elok cari. Harga hanyalah RM18.00(SM) dan RM20.00(SS).

Ok, setakat ini dahulu perkongsian koleksi buku dari saya. Jom tambah ILMU & AMAL bagi tingkatkan IMAN kita...






Read More

LEBUR DUITKU RM647 HARI INI!!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar pembaca HanimHilmi.com? Semoga semua berada dalam kesihatan yang baik & dilimpahi rahmat dariNya.

Terkejut tak dengan tajuk entri saya ini? Bukan sedikit, banyakkan????? Nak buat macamana, dah ditakdirkan duit saya sebanyak RM647 ditransfer ke akaun maybank seseorang... Nak tau ceritanya tak????

Ok, bermula dari whatsapp di bawah ini :



Semalam Kak Ain(rakan sekerja) datang berjumpa untuk alter awning tudung. Tiba-tiba sahaja mulut saya terus tanya apa Kak Ain amalkan untuk jaga kesihatan masa muda. Kak Ain ni dah nak pencen tapi orangnya nampak muda & sihat.

Panjang lebar Kak Ain menjawab dan beri nasihat. JAGA KESIHATAN... Itu kata-kata yang dia ulang.

Memang saya akui, saya kurang ambil tahu tentang kesihatan saya. Baru-baru ni saya diserang darah tinggi. Ini kali pertama saya kene darah tinggi. Suami juga ada bagitau nak cari supplement untuk diri dia. Memang dua tiga hari ni saya berfikir-fikir tentang ini.


Jadi, petang semalam juga saya whatsapp seseorang bertanyakan produk SHAKLEE...Setelah mendapat penerangan & penjelasan beliau akhirnya saya telah order produk shaklee untuk saya, suami & anak-anak :



Untuk saya & suami :

ESP
Vit Lea
Vit C
B Complex
Omega Guard

Utk anak-anak :

Mealshake
Chew Vit C
Omega Guard

Itulah kisahnya duit saya lebur hari ini. Asalnya bajet hanya rm500 disebabkan rm650 dapat free membership & bonus. Bila dikira-kira stok order saya ini boleh sampai dua tiga bulan, saya rembat le terus rm647.Mudah-mudahan ini adalah permulaan untuk saya menitik beratkan kesihatan diri, suami dan anak-anak. 

Sebenarnya untuk menjaga kesihatan ini adalah fokus saya untuk tahun 2015. Namun kita merancang, Allah pun merancang untuk kita. Terima kasih ya Allah, Engkau mendengar luahan hambaMu ini dan Engkau temukan aku dengan insan-insan yang terlibat dalam kisahku ini sebagai wasilah bagi membantu aku dalam mencari supplement untuk meningkatkan kesihatan kami sekeluarga.

Terima kasih kepada semua... Jom jaga kesihatan demi kesejahteraan dunia & akhirat.





Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies