ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 26 July 2014

MENCARI TUKANG JAHIT... BERMINAT??????

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hujan turun 2 malam berturut-turut di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan. Tahun ni turn kami untuk beraya belah suami. Alhamdulillah selamat sampai kelmarin di sini.

Sebelum bertolak pulang ke kampung suami,sempat saya siapkan 3 pasang telekung untuk dihadiahkan kepada mak mertua dan pengasuh anak-anak. Lagi satu order dari anak sedara suami kakak saya. Alhamdulillah siap.



Raya ni saya tutup sebentar ye Hanim Creation (24 julai - 4 ogos 2014). Namun, yang nak order tu dibuka pada bila-bila masa. Cuma kalau lambat reply tu faham-faham le ye.he...

Stok kain yang selamat sampai untuk
order selepas raya nanti



MENCARI TUKANG JAHIT

Berbalik pada tajuk entri saya, saya sedang mencari tukang jahit untuk jahit telekung dan produk baru. Rasanya dah tak cukup tangan untuk saya dan Kak Alimah untuk siapkan order yang semakin hari bertambah.

Oleh itu, kepada yang berminat boleh hubungi saya terus di talian 013-2817292 (Hanim). Sekiranya tak berangkat sila sms/whatsApp untuk saya hubungi semula. Keutamaan diberi pada :

1. Tinggal area Shah Alam & Klang (saya tinggal di Jalan Kebun, Klang @ Seksyen 30, Shah Alam)
2. Tidak bekerja/suri rumah/menjahit di rumah
3. Ada kemahiran menjahit. Sekiranya tiada dan minat untuk menjahit akan dipertimbangkan


En. Suami yang sedang memasang banner
di hadapan kedai

Ok, kepada yang baru nak pulang ke kampung untuk berhari raya, berhati-hati di jalan raya ye.. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..(",)

*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Wednesday, 23 July 2014

TEMPAHAN 'BERJEMAAH' DARI OFFICEMATE

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah tempahan satu persatu telah selamat diterima oleh tuannya masing-masing. Alhamdulillah juga mereka gembira dan berpuashati dengan hasil tempahan dari saya walaupun kadangkala risau sekiranya tidak memenuhi citarasa mereka.

Semalam (Isnin, 21 Julai 2014), tempahan beramai-ramai dari kawan pejabat telah selamat dihantar. Antara tempahan yang diterima adalah tudung, telekung dan sejadah. 

Dengan bantuan pembantu saya, Kak Alimah semua tempahan siap seperti yang dirancang iaitu seminggu sebelum raya. Terima kasih ye kepada yang order : Kak Noli, Razidah, Kak Azah, Suhana, Mazni, Hawa & Naza.


Tempahan tudung V Shape


Tempahan set telekung & beg

Proses pembungkusan

TUDUNG SEMPIT!!! TELEKUNG LONGGAR!!! GAMBAR SEJADAH BERCAPUK!!!!

Setiap kali menghantar tempahan yang telah siap, saya akan pesan untuk maklum sekiranya tempahan ada masalah. Jadi, malam semalam saya terima whatsApp dari Kak Noli dan Razidah memaklumkan saiz muka untuk tudung terkecil sedikit dan saiz muka telekung terbesar. sejadah Mazni pula gambar bercapuk.

Sejadah yang ditempah 

Allahumma... Dalam kerisauan saya minta untuk hantar kembali ke saya untuk dibaiki. Pagi selasa (22 Julai 2014) jam 8.45 pagi saya ke pejabat setelah menghantar anak-anak ke sekolah untuk mengambil tudung, telekung dan sejadah tersebut. 


Proses alter dibuat


Alhamdulillah, proses baiki tudung dan telekung siap dan dihantar semula pada petangnya. Lega rasa mereka berpuashati. Bagi saya kepuasan hati pelanggan adalah penting walaupun terpaksa menggantikan dengan yang baru.



Saya mohon maaf atas masalah yang berlaku ye. Memang saya akui terlupa untuk periksa satu persatu tempahan sebelum dihantar tidak seperti tempahan yang lain. Namun, di sebalik kesilapan itu Kak Alimah belajar satu perkara baru iaitu alter tudung dan telekung. Alhamdulillah, setiap masalah yang berlaku ada teguran dan tarbiyah yang Allah berikan. 

Berkaitan dengan sejadah pula, baru saya perasan stok kain bergambar untuk sejadah semuanya bercapuk. Perasaan sedikit kecewa terbit di dalam hati. Hampir RM2000++ saya laburkan untuk cetak kain bergambar tersebut. Cetakan sebelum ini tidak pula ada masalah. 

Hampir semua kain rosak... :(

Saya telah bagitahu suami kerana beliau yang uruskan tempahan mencetak. Suami akan bawa semula kain tersebut ke kilang mencetak untuk  samada boleh mendapat gantirugi atau sebaliknya.Walau bagaimanapun, saya redha dengan apa keputusan. 

# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..(",)

*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Tuesday, 22 July 2014

ALHAMDULILLAH...TEMPAHAN TELEKUNG JERSEY SIAP AWAL

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Tempahan borong kali kedua untuk telekung jersey telah siap dan telah dihantar ke tuannya pada Ahad lepas. Saya target telekung yang ditempah 16 pasang tu akan siap 5 hari (bermula rabu lepas dan dijangka siap semalam). Namun allah permudahkan kerja saya dan pembantu jahit, Kak Alimah telekung dapat disiapkan sehari awal.

Telekung yang telah siap dijahit

Proses pembungkusan selesai

Husna yang sibuk nak 'membantu'...(",)

Dengan perancangan dan agihan kerja yang dibuat memang mudah bagi kami siapkan. Tuan yang menempah pun gembira kerana tempahan diterima awal. Lagi menggembirakan beliau dan juga saya telekung tersebut tinggal 3 pasang setelah semalam dijual.

WhatsApp yang diterima semalam

# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..(",)

*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 

saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

PROGRAM ZIARAH & SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Diharap berada dalam mode istiqomah di hujung Ramadhan ini.

Ahad lalu (21 Julai 2014), pertama kalinya saya mengikuti suami serta kawan-kawan suami sekeluarga bersama-sama ke program ziarah dan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan keluarga miskin di sekitar Kajang. Rata-rata mereka tinggal di flat.

Pertama kali saya memijakkan kaki ke flat. Betul-betul terkesan di hati saya merasai kehidupan mereka. Tiada lift dan terpaksa menapak menaiki tangga yang agak sempit. Terfikir saya mampu ke hidup dalam rumah flat yang agak sempit itu. Allahu Rabbi, maafkanlah hambaMU ini sekiranya selama ini akau leka dengan kenikmatan harta benda yang Engkau kurniakan kepada aku.



Salah satu keluarga yang kami ziarah

Ibu-ibu tunggal yang saya jumpa semua berjiwa kental dan tabah. Membesarkan anak-anak seorang diri dan sumber kewangan hanya bergantung pada epf atau socso arwah suami dan bantuan dari pihak tertentu. Ada juga yang bekerja sendiri seperti membuat kuih dan menjahit pakaian bagi menampung belanja seharian.


Salah seorang ibu tunggal yang kami ziarah

Makcik yang baru menjalani pembedahan jantung

Timbul keinsafan di hati ini melihat penderitaan mereka. Marilah kita membantu mereka ini terutamanya anak-anak yatim yang memang Allah telah janjikan seperti maksud Al-Quran di bawah :


 “Mereka bertanya tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, …”.
                                                                                                                                   (Al Baqarah, 2:215)
“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan”.                                                                                                                          (Al Insaan, 76:8)

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibubapa, kaum-kerabat, anak-anak yatim, …,”                      (An Nisaa 4:36)






Read More

Sunday, 20 July 2014

MAJLIS IFTAR TAMAN KOTA WARISAN

Assalamualaikum w.b.t

Ok, entri kali ni saya mahu berkongsi dengan Majlis Iftar di taman perumahan saya. Taman saya kecil sahaja yang mempunyai 28 buah rumah. Memang setiap tahun kami menyambut Iftar bersama-sama. Sungguh meriah dengan kebisingan anak-anak kami yang rata-rata masih kecil. 


Waktu berbuka sudah masuk... Alhamdulillah
Tak kurang juga mak-mak yang sibuk bersembang. Maklumlah kami jarang berkumpul bersama dek kerana hampir semua bekerja. Ayah-ayah pulak sibuk menyusun tikar sejadah untuk solat maghrib dan solat tarawih berjemaah.


Solat Isya' & Solat Tarawih berjemaah
Syukur ke hadratMU Ya Allah kerana kelilingi aku jiran yang baik dan saling bantu-membantu. Itulah yang disarankan oleh agama dalam hidup berjiran dan hak sesama jiran. Susah senang dikongsi bersama. 

Syukur juga ke hadrat Ilahi masih dipertemukan Ramadhan ke 22. Cepat rasa masa berlalu, seperti baru semalam Ramadhan pertama. Apapun, mari kita sedaya yang mampu merebut peluang yang dijanjikan oleh Allah pada 10 malam terakhir ini...






Read More

Saturday, 19 July 2014

EXCITED KE TUISYEN DENGAN BEG CHOMEL

Assalamualaikun w.b.t

Alhamdulillah sudah Ramadhan ke 21 kita berpuasa. Agak terik pada hari ini. Allahumma, berikanlah kesabaran pada hambaMU dalam menempuh Ramadhan yang hampir ke penghujungnya ini.

Ok, hari ni adalah minggu  kedua anak saya Aiman (7 tahun) dan Alif (6 tahun) ke tuisyen di Smart Reader. Hari ni agak excited kerana saya jahitkan BEG CHOMEL untuk Aiman dan Alif. Sebenarnya dah lama Aiman dan Alif minta buat beg untuk isi baju taekwando ke sekolah setiap hari Khamis.


Proses menjahit seusai sahur

BEG CHOMEL Aiman & Alif

Jadi, pagi tadi selepas siap bersahur sementara menunggu Subuh saya pun siapkanlah beg Aiman dan Alif. Sulam nama dan Ben10/BoboiBoy dah siap lama sebenarnya..he... Kesian anak-anak saya kan.. So, saya jahit dan buat surprise untuk mereka berdua. Alhamdulillah azan Subuh berkumandang beg pun siap. 


Excited dengan beg masing-masing...(",)

Kelas dah start!!!!!!

Ok, setakat ni dulu ye. Petang ni nak bersiap sedia pula dengan juadah berbuka puasa bersama-sama warga taman rumah saya.


.............................................................................................

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292



Read More

Friday, 18 July 2014

SATU LAGI MAS TERHEMPAS... :(

Assalamualaikum w.b.t


Speechless... terkedu... sedih... Innalillah... Takziah bagi keluarga mangsa. Marilah berdoa mohon ampun bagi mangsa yang terlibat dan utk diri kita & keluarga kita. Mari sama-sama muhasabah di atas musibah yang berlaku.




Read More

Thursday, 17 July 2014

SECOND BULK ORDER TELEKUNG JERSEY

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih diberi nikmat hidup di Ramadhan ke 20. Ayuh rebut peluang yang hanya datang setahun sekali ini

Saya ada ceritakan pasal bulk order junior saya dalam entri sebelum ni? Rabu lepas kerja-kerja memotong dan menjahit baru bermula untuk menyiapkan 16 pasang telekung. Beliau meminta 20 pasang sebenarnya tapi stok kain yang ada hanya dapat untuk 16 pasang telekung.

Saya mengagihkan tugas dengan pembantu jahit saya, Kak Alimah supaya order dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Order dijangka siap pada isnin hadapan In shaa Allah.

Saya meminta untuk Kak Alimah memotong dan menjahit kain dahulu iaitu bahagian yang mudah dan cepat siap untuk dijahit. Alhamdulillah saya ada pembantu jahit yang cekap membuat kerja. Alhamdulillah semua kain siap dijahit hari ini.

Kak Alimah sedang memotong kain

Sesi menjahit kain selesai sudah...
Saya pula ambil part memotong telekung dan menjahit awning telekung. Alhamdulillah dapat juga siapkan awning dan tali telekung hari ini.

Antara awning yang telah siap dijahit
Esok akan kami sambung jahit untuk telekung pula. Harap-harapnya esok atau sabtu boleh siap walaupun target siap adalah isnin depan. So, tunggu ye hasilnya nanti.

.............................................................................................

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

JANGAN RISAU.....TARIKH AKHIR POSLAJU SEBELUM RAYA

Assalamualaikum w.b.t


Didoakan semua berada dalam mood Ramadhan dan menantikan 10 malam yang terakhir...


"Eh, sempat lagi ke nak pos?last postage hari ni kan 17 Julai???" Itulah yang diwarwarkan sebelum ni. Tarikh akhir poslaju untuk sebelum raya pada 17 Julai 2014. Ramai kawan saya yang dok risau kerana takut x sempat nak pos. Termasuk le saya pads mulanya.


Tapi tarikh sebenarnya adalah 22 Julai 2014. So, kawan-kawan jangan risau ye. Masih ada lebih kurang seminggu lagi ye. Don't rushing rushing ye....



Saya hanya tinggal satu order untuk dipos esok hari. Semoga dipermudahkan segala urusan saya nanti.

# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU...(",)

.............................................................................................

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Wednesday, 16 July 2014

SAYA AKUI : PENTINGNYA SEORANG MENTOR

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah misi mengemas rumah selesai seperti yang dirancang. Semalam off day dari kerja-kerja menjahit sempena Nuzul Quran. Operasi seterusnya keluar mencari mesin basuh baru. He..mau cari saiz yang besar punya.

Almaklum mesin basuh beli yang 6kg dari mula-mula kahwin(2007). Sekarang sudah ada 6 orang punya baju untuk dibasuh. Perlu bertindak segera untuk jimat masa dan tenaga. Setuju?????

BISNESKU KELAM KELIBUT!!! TOLONG!!!

Berbalik ke tajuk entri saya kali ini. Sebelum itu, saya nak cerita sedikit kisah bisnes saya sebelum ini. Saya bermula pada tahun 2009 atas dasar minat menjahit dan suka-suka. Saya ambil tempahan menjahit telekung dan tudung untuk keluarga dan kawan terdekat. 

Tahun 2012 barulah saya mula belajar membuat blog dan 2013 pula baru saya ada akaun facebook dan fanpage. Alhamdulillah produk saya mula dikenali oleh orang luar semenjak ada blog dan fanpage sendiri. 

Saya mula tak menang tangan untuk terima order. Suami mencadangkan kepada saya untuk mencari kedai kecil untuk operasi menjahit dan mengupah seorang pembantu untuk menjahit. Semua dipermudahkan oleh Allah. Kedai dah ada, pembantu jahit pun dah ada.

Kedai saya mula beroperasi pada bulan Mei yang lalu. Perancangan saya untuk unpaid leave selama 3 bulan (jun-ogos) diluluskan oleh majikan saya atas beberapa sebab termasuklah untuk fokus pada bisnes saya sebentar.


Ruang kedai yang disewa untuk operasi menjahit

Hari demi hari, order masuk seperti biasa. Sama seperti sebelumnya. Tiada peningkatan. Saya jadi agak stress kerana terpaksa memikirkan banyak benda. Sewa kedai, gaji pembantu jahit, rolling modal, nak menjahit, nak layan order, nak update blog dan fanpage. Duit banyak keluar dari yang masuk.

Hampir setiap malam saya berdoa, menangis mohon pertolongan dan petunjuk dariNYA. Saya tak nak give up dan stop begitu sahaja. Inilah impian dan cita-cita saya dari tingkaan 3 lagi. Sekarang baru Allah nak makbulkan hajat saya, kenapa perlu saya mengalah!!!! Itulah detik hati saya.

PENTINGNYA ILMU & MENTOR JIKA INGIN BERJAYA

Sehinggalah pada 7 julai yang lalu, saya terjumpa post seseorang dalan FB berkaitan ebook "Sorry Boss!!! Saya terpaksa berhenti kerja". Habis khatam ebook tersebut saya baca. Saya terus hubungi insan tersebut, Suria bagi menanyakan lebih lanjut berkaitan ebook tersebut.

Ebook tersebut menceritakan bagaimana si penulis menarik isterinya untuk terjebak dalam bisnes Shaklee menggunakan kaedah yang begitu menarik. Saya meminta Suria bagaimana untuk hubungi si penulis. Suria memberikan saya fb si penulis.

Alhamdulillah. Sekali lagi urusan dipermudahkan oleh Allah. Si penulis adalah En. Firdaus yang merupakan usahawan berjaya. Tarikh untuk personel coaching ditetapkan pada 11 Julai 2014 dan diadakan di kedai saya. 

Dari kiri : En. Firdaus, saya dan Kak Alimah

Sesi berjalan lancar selama 3 jam. Rupa-rupanya amat mudah untuk berbisnes. Kena ada ilmu dan tahu cara. Sebelum ini, kawan-kawan ada remind cari ILMU, cari MENTOR untuk berbisnes. Seandainya saya dengar cakap mereka, mungkin nasib saya berubah dari dulu lagi. 

Namun, saya yakin Allah lebih arif dalam menyusun perancangan untuk kita. Saya tidak pernah menyesal baru sekarang saya ditunjukkan jalan ini. Terima kasih tak terhingga kepada Suria dan En. Firdaus. Syukur tak terhingga juga kepada Allah, dengan izinNYA saya ditunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Dengan semangat dan azam baru, nantikan imej baru dari Hanim Creation. Doakan semoga Hanim Creation maju setapak lagi seiring dengan mereka yang berjaya. Bagi yang ingin mengenali lanjut siapa  penulis ebook "Sorry Boss!!! Saya terpaksa berhenti kerja" sila layari www.mariafirdaus.com.my.



# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..(",)

*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292




Read More

Tuesday, 15 July 2014

REZEKI RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah diberi ruang masa untuk saya menambah entri di blog saya ini walaupun sibuk mengejar deadline order sebelum Syawal. Di sini saya ingin berkongsi satu cerita yang memaksa saya untuk membuat keputusan demi mengembangkan bisnes saya. 

Ceritanya begini. Penghujung Rejab baru-baru ini saya ber'whatsApp' dengan junior di USM dahulu yang menjual telekung jersey secara online dan offline bagi menanyakan sambutan orang ramai terhadap telekung jersey. 

Junior : Ramai yang nak kak
Saya : Sebulan dalam berapa terjual ye?
Junior : 60-80 pasang kak
Saya : Ooo..banyak jugak ek
Junior: Kalau akak blh terima order saya,saya ambik dgn akak je.tailor saya tak menang tangan nk terima order kitorg.

Pucuk dicipta ulam mendatang. Saya terima offer beliau untuk permulaan ini. Beliau meminta 15 pasang untuk permulaan ini. Namun hanya dapat 14 pasang kerana kain tak cukup. 

Alhamdulillah dalam 5 hari dapat disiapkan walaupun dugaan melanda dalam minggu tersebut iaitu pembantu tukang jahit, Kak Alimah yang terpaksa  bercuti kerana anak masuk hospital dan pemergian abang bongsu saya. Dalam menyiapkan telekung jersey tersebut sempat juga saya menyiapkan order kawan di pejabat lama, Niza yang ingin sepasang dengan anaknya dan telekung untuk mak tercinta.


Niza & Aira - sedondon Ibu dan Anak
Respon dari junior saya menggembirakan saya di mana 14 pasang telekung tersebut telah habis dijual. Beliau berpuashati dengan telekung saya itu. Lebih selesa jika dibandingkan dengan telekung yang sebelum ini yang beliau jual. Niza juga berkata begitu selesa di bahagian muka terutamanya dan beliau meminta saya buat untuk emaknya dan mula promosi telekung saya ini. 

14 pasang telekung jersey yang telah terjual


Memang saya sendiri tak nafikan design telekung saya ini memang selesa dipakai terutama di bahagian kepala dan dagu. Berkat dari beli nota telekung dari seseorang. Junior saya kini repeat order dan meminta saya supply 20-30 pasang seminggu. Alhamdulillah, REZEKI RAMADHAN bagi saya dan tailor saya. Bersyukur sangat-sangat, terima kasih Ya Allah. 

Kain jersey & renda yang selamat sampai untuk order seterusnya
# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..(",)

*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292















Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies