ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Wednesday, 16 July 2014

SAYA AKUI : PENTINGNYA SEORANG MENTOR

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua?

Alhamdulillah misi mengemas rumah selesai seperti yang dirancang. Semalam off day dari kerja-kerja menjahit sempena Nuzul Quran. Operasi seterusnya keluar mencari mesin basuh baru. He..mau cari saiz yang besar punya.

Almaklum mesin basuh beli yang 6kg dari mula-mula kahwin(2007). Sekarang sudah ada 6 orang punya baju untuk dibasuh. Perlu bertindak segera untuk jimat masa dan tenaga. Setuju?????

BISNESKU KELAM KELIBUT!!! TOLONG!!!

Berbalik ke tajuk entri saya kali ini. Sebelum itu, saya nak cerita sedikit kisah bisnes saya sebelum ini. Saya bermula pada tahun 2009 atas dasar minat menjahit dan suka-suka. Saya ambil tempahan menjahit telekung dan tudung untuk keluarga dan kawan terdekat. 

Tahun 2012 barulah saya mula belajar membuat blog dan 2013 pula baru saya ada akaun facebook dan fanpage. Alhamdulillah produk saya mula dikenali oleh orang luar semenjak ada blog dan fanpage sendiri. 

Saya mula tak menang tangan untuk terima order. Suami mencadangkan kepada saya untuk mencari kedai kecil untuk operasi menjahit dan mengupah seorang pembantu untuk menjahit. Semua dipermudahkan oleh Allah. Kedai dah ada, pembantu jahit pun dah ada.

Kedai saya mula beroperasi pada bulan Mei yang lalu. Perancangan saya untuk unpaid leave selama 3 bulan (jun-ogos) diluluskan oleh majikan saya atas beberapa sebab termasuklah untuk fokus pada bisnes saya sebentar.


Ruang kedai yang disewa untuk operasi menjahit

Hari demi hari, order masuk seperti biasa. Sama seperti sebelumnya. Tiada peningkatan. Saya jadi agak stress kerana terpaksa memikirkan banyak benda. Sewa kedai, gaji pembantu jahit, rolling modal, nak menjahit, nak layan order, nak update blog dan fanpage. Duit banyak keluar dari yang masuk.

Hampir setiap malam saya berdoa, menangis mohon pertolongan dan petunjuk dariNYA. Saya tak nak give up dan stop begitu sahaja. Inilah impian dan cita-cita saya dari tingkaan 3 lagi. Sekarang baru Allah nak makbulkan hajat saya, kenapa perlu saya mengalah!!!! Itulah detik hati saya.

PENTINGNYA ILMU & MENTOR JIKA INGIN BERJAYA

Sehinggalah pada 7 julai yang lalu, saya terjumpa post seseorang dalan FB berkaitan ebook "Sorry Boss!!! Saya terpaksa berhenti kerja". Habis khatam ebook tersebut saya baca. Saya terus hubungi insan tersebut, Suria bagi menanyakan lebih lanjut berkaitan ebook tersebut.

Ebook tersebut menceritakan bagaimana si penulis menarik isterinya untuk terjebak dalam bisnes Shaklee menggunakan kaedah yang begitu menarik. Saya meminta Suria bagaimana untuk hubungi si penulis. Suria memberikan saya fb si penulis.

Alhamdulillah. Sekali lagi urusan dipermudahkan oleh Allah. Si penulis adalah En. Firdaus yang merupakan usahawan berjaya. Tarikh untuk personel coaching ditetapkan pada 11 Julai 2014 dan diadakan di kedai saya. 

Dari kiri : En. Firdaus, saya dan Kak Alimah

Sesi berjalan lancar selama 3 jam. Rupa-rupanya amat mudah untuk berbisnes. Kena ada ilmu dan tahu cara. Sebelum ini, kawan-kawan ada remind cari ILMU, cari MENTOR untuk berbisnes. Seandainya saya dengar cakap mereka, mungkin nasib saya berubah dari dulu lagi. 

Namun, saya yakin Allah lebih arif dalam menyusun perancangan untuk kita. Saya tidak pernah menyesal baru sekarang saya ditunjukkan jalan ini. Terima kasih tak terhingga kepada Suria dan En. Firdaus. Syukur tak terhingga juga kepada Allah, dengan izinNYA saya ditunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.

Dengan semangat dan azam baru, nantikan imej baru dari Hanim Creation. Doakan semoga Hanim Creation maju setapak lagi seiring dengan mereka yang berjaya. Bagi yang ingin mengenali lanjut siapa  penulis ebook "Sorry Boss!!! Saya terpaksa berhenti kerja" sila layari www.mariafirdaus.com.my.



# Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMU..(",)

*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies