ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Sunday, 31 August 2014

SALAM HARI MERDEKA KE-57

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu pada semua. 

Belum terlambat untuk saya mengucapkan salam Hari Merdeka yang ke-57 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Saya suka akan tema tahun ini iaitu DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA... 

Semoga kita semua semai cinta kita demi negara,keluarga dan yang terpenting adalah cinta pada Ilahi dan Rasul. Saya doakan kita semua dilindungi dan dirahmati olehNYA Tuhan semesta alam.




Read More

Saturday, 30 August 2014

'SLIP GAJI' PERTAMA BUAT TAILOR HANIM CREATION

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi memberi ruang dan kesempatan untuk saya menjenguk hanimhilmi.com yang agak seminggu saya tak update. Bukan tiada info untuk dikongsi tetapi terlalu sibuk dengan order yang datang serentak. Namun alhamdulillah order semakin banyak diterima.

Entri kali ini saya ingin kongsi berkenaan 'slip gaji' pertama untuk tailor saya. Untuk buat Kak Alimah dan Kak Shida excited terima gaji pertama, saya buatkan list jahitan mereka seperti slip gaji. Saya juga telah terima seorang tailor part time, Kak Azmah. Seronok saya tengok gelagat akak-akak ni.t



Sekarang saya dan tailor sedang sibuk menyiapkan tempahan pukal set telekung kanak-kanak lycra sebanyak 50 pasang untuk saiz M dan L. Tempahan adalah dari senior saya semasa di USM. Beliau meminta untuk siapkan 10 pasang dahulu untuk dibuat promosi.



Tempahan pukal untuk tudung kanak-kanak sebanyak 20 pasang pun dalam proses. Sampel tudung telah dihantar ke customer sebelum tempahan dibuat. Customer yang order adalah warga Singapura dan menetap di Kuala Lumpur mengikut suami yang bekerja di sini. Sebelum ini beliau pernah menempah beg telekung sebanyak 15 pasang.




Tempahan pukal seterusnya adalah telekung kanak-kanak jersey. Tempahan adalah dari agen saya. Buat permulaan beliau minta untuk 10 pasang dahulu. Sampel juga telah dibuat dan ditunjukkan kepada agent. Beliau setuju dengan design saya cuma minta buat untuk jersey berwarna.



Alhamdulillah makin ramai yang  mengenali Hanim Creation. Walaupun semakin sibuk melayan dan terima tempahan, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi. Tambahan  pula, dengan bantuan tailor saya banyak meringankan kerja-kerja saya.

Ok, nantikan hasil tempahan pukal kami ye...



Read More

Sunday, 24 August 2014

SET SEJADAH, TUDUNG DAN TELEKUNG ILMI (KANAK-KANAK)

Assalamualaikum w.b.t

Ok, hari ni nak update order last week yang telah siap dihantar dan akan dipos esok. Saya dapat order dari seorang guru dari Perak, Rohaya untuk hadiah hari lahir pertama anaknya, Rafka. Beliau minta sejadah warna merah dan sulam ucapan ringkas untuk anak.






Di bawah pula set-set telekung dan beg yang saya pernah tunjuk sebelum ini. Semua nakkan warna pink. Biasa le untuk princess ni tak lari warna merah jambu kan...












Ni pula tempahan tudung dari kawan office. Order yang agak last minute. Jadi, saya buat ikut idea sendiri le.





Ok, terima kasih pada yang order.




Read More

TAKZIAH BAGI KELUARGA MANGSA MH17

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ahad kepada semua. Semoga semua berada dalam lindungan dan rahmat dari Allah.

Sayu hati membaca dan menonton berita tentang pengebumian mangsa MH17. Diharap ahli keluarga mangsa redha dan tabah menghadapi ketentuan Allah ini. Sesungguhnya mati itu adalah jodoh kita yang pasti.  Sama-samalah kita berdoa agar mati dalam husnul khotimah bukannya suul khotimah.



Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada mangsa MH17 yang beragama Islam. Al- Fatihah






Read More

Thursday, 21 August 2014

SERONOKNYA SI KECIL SOLAT DENGAN TELEKUNG KANAK-KANAK ILMI

Assalamualaikum w.b.t,

Salam ceria semua di pagi Khamis ini. Semoga semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Semalam saya gembira dan terharu sehingga seperti ingin menitiskan air mata apabila terima WhatsApp dari seorang customer, Iffah dari Sabah yang pernah menempah telekung kanak-kanak.


WhatsApp yang diterima semalam
Sejuk mata ibu yang memandang



Sejuk mata memandangkan si kecil solat bersama-sama si ibu dan si ayah. Semoga usaha dan hasil tangan saya ini dan mereka yang sealiran bisnes dengan saya membantu sedikit sebanyak dalam menarik minat anak-anak solat sedari kecil.

Tidak kisah le mereka tidak faham apa yang mereka buat. Mereka hanya ikut sahaja gerak geri kita. Namun bila besar nanti mereka akan faham apa dan kenapa ibu dan ayah  lakukan semua itu.

Ok, setakat ini dulu ya... jumpa pada entri yang akan datang.



********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Monday, 18 August 2014

TELEKUNG ILMI ~JERSEY~

Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi yang ceria semua. Sedang sibuk menyiapkan anak-anak ke sekolah, tiba-tiba blackout pulak... Alhamdulillah baju sekolah telah digosok & keperluan sekolah telah disediakan. Semoga semua berada dalam mood positif pagi ni. 

Ok, entri kali ni berkaitan telekung jersey yang saya dan tailor buat. Dengan bantuan kawan saya, Niza selesai sudah sesi menjadi model telekung saya. Hanya menggunakan telefon samsung dan photogrid terhasil le gambar-gambar untuk tatapan semua.

Jom, cuci-cuci mata dahulu. 









Ini adalah antara warna-warna yang ada. Masih ada beberapa warna yang tak diambil lagi kerana tiada stok iaitu hijau muda,ungu, pink lembut dan biru lembut. Tempahan kini dibuka kepada yang berminat. 


******************************************************************

Pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di  ;
fanpage Hanim Creation 
atau 
013-2817292.


Read More

BEG CHOMEL

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua kawan-kawan? Terima kasih kerana kunjungi blog hanimhilmi.com. Agak sudah lama tak update aktiviti kami. Faham-faham je le. Undangan open house yang tidak putus-putus. Alhamdulillah..

Ok, hari ni saya ingan tunjukkan sebahagian hasil sulaman pada minggu lepas. Beg dah siap tapi telekung baru proses nak potong minggu ini.


Beg anak Kak Alimah untuk ke tuisyen


Beg untuk udi telekung caption
Ok, nantikan pula hasil beg yang lain dan telekung nanti ye  ...



*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292






Read More

Thursday, 14 August 2014

MAKLUMAN : BLOG ADDRESS TUKAR KE WWW.HANIMHILMI.COM

Assalamualaikum w.b.t

Salam Khamis yang ceria. Alhamdulillah masih dapat menghirup udara segar di pagi hari.

Untuk makluman semua, blog Hanim Creation telah bertukar ke www.hanimhilmi.com ye. Semoga blog saya ini semakin mendapat manfaat untuk saya sekeluarga dan anda semua. Terima kasih atas sokongan anda semua kepada saya.

Ok, aktiviti semalam dan hari ini adalah menyulam untuk buat BEG CHOMEL. Order untuk telekung kanak-kanak sudah mula diterima. Nantikan hasilnya ye semua...

Hasil sulaman yang telah siap

Proses sulam sedang dibuat


*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292




Read More

Tuesday, 12 August 2014

11 OGOS 2014 - ALIF NAJMI BIN MOHD HILMI BERUSIA 6 TAHUN

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah hari ulang tahun anak kedua saya iaitu ALIF NAJMI BIN MOHD HILMI yang ke 6 tahun. Saya dan suami seperti biasa akan sambut ala kadar sahaja dengan membeli sebiji kek dan makan-makan untuk kami sekeluarga sahaja.



Beginilah gelagat anak-anak kami kalau buat makan-makan. Husna yang pantang nampak makanan. Alif yang berbaju hitam tu. Abang Aiman (baju maroon) yang excited nak potong walaupun birthday beliau dah lepas iaitu pada 11 Februari lalu(7 tahun) dan Afnan yang tak sabar nak ambik strawberi atas kek tu. Afnan lahir pada 11 Nov 2011 iaitu 11.11.11. Cantikkan tarikh tersebut. Saya suka akan tarikh lahir beliau sebab semua lahir pada 11 haribulan.

AIMAN MUIZ (11.02.07)
ALIF NAJMI (11.08.08)
AFNAN HAMIM (11.11.11)

Husna pula tidak sempat untuk saya booking 11 haribulan. Ikut perancangan saya, memang hendak memilih 11.10.13 kerana saya akan bersalin secara ceaserian pada ketika itu. Namun, si kecil ini hendak keluar awal. Maka, dengan izinNYA NABIHAH HUSNA selamat dilahirkan pada 4 Okt 2013 (4.10.13).

Itulah serba sedikit cerita anak-anak saya. Penghibur dan penyejuk mata saya dan suami. Semoga putera puteri kami menjadi anak yang soleh dan solehah... Amiin...


Gambar ketika bermain bersama kawan-kawan
di halaman rumah kami.




Read More

3RD BATCH ORDER TELEKUNG JERSEY

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Didoakan semua di bawah rahmat dan kasih sayangNYA. Sudah habis puasa sunat 6? Saya baru selesai 2 hari. In shaa Allah akan berpuasa untuk seminggu ini. Semoga dipermudahkan perancangan yang dibuat.

Ok, ingat lagi tak tempahan telekung jersey pada minggu lepas? Alhamdulillah untuk 16 pasang (10 telekung putih & 6 telekung warna) telah selamat dihantar ke agen pada Ahad lepas. Sambil hantar kami beraya le sekali. Terima kaih tuan rumah jamu kami makan nasi minyak.

Telekung jersey putih beserta
renda organza berwarna
Telekung jersey warna beserta
renda organza

Packing process yang dibantu oleh
anak sulongku, Aiman

Untuk agen baru saya yang order 11 pasang baru sahaja selesai semalam. Sepasang telekung berenda silver diminta untuk menambah lace di dada. Cantik juga bila ditambah lace di dada yang pada mulanya tailor saya mengatakan agak serabut. Apa-apa pun citarasa masing-masingkan. 



Tambahan lace bunga kecil di dada telekung

Ramai yang minta saya untuk pakaikan telekung jersey ini supaya mereka boleh tengok bentuk sebenar telekung. Memang dari 1st batch order lagi saya minta kawan baik saya untuk jadi model telekung saya ini. Beliau telah setuju cuma masa tidak mengizinkan untuk beliau datang untuk jadi model telekung saya. In shaa Allah minggu ini beliau free. Harap semua bersabar ye.. Terima kasih atasa cadangan dan sokongan semua.

Ok, setakat ini dulu cerita saya untuk entri kali ini. Berjumpa lagi ye...


*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292





Read More

Monday, 11 August 2014

PRINTING SERVICE & KEDAI IKAN SEGAR

Assalamualaikum w.b.t


Bertemu kembali di minggu yang baru di bulan Ogos dan Syawal yang telah masuk ke hari  ke-15. Mesti banyak undangan rumah terbuka yang telah dihadiri hujung minggu lepas. So,bagi yang masih belum habis puasa sunat 6 mari teruskan dengan berbaki 15 hari lagi. In shaa Allah...


Kembali ke tajuk entri saya. PRINTING SERVIS & KEDAI IKAN SEGAR. Ada beberapa kawan saya yang tanya kenapa tiba-tiba ada page pasal printing service & kedai ikan segar? He..salah ke saya tanya balik... Saje menunggu respon diorang.


Ok, sebenarnya dua bisnes di atas adalah bisnes suami bersama kawan suami. Blog ni pun dalam proses penambahbaikan di mana saya gabung bisnes saya & suami dalam mempromosi dan update aktiviti bisnes kami. Nama blog juga dalam proses untuk tukar.So, anda semua tunggu akan nama blog baru kami ye..


Di kesempatan yang ada ni, nak buat le sedikit promosi. Bagi yang mencari printing service untuk banner, bunting, bisnes card dan lain-lain boleh le hubungi nombor & emel di bawah. Atau kunjungi dan like fanpage Raisteam Ent. 



Raisteam Ent.

Menyediakan perkhidmatan mencetak banner, bunting, flyers, business card, sticker, clearsticker, corporate folder dan lain-lain.

Alamat:

No. 14, Jalan Zirkon E7/E,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor

No. untuk dihubungi :

03-5511 4259(pej) / 019-326 2220(hp)

Emel :

raisteam01@yahoo.com
raisteam01@gmail.com





Ok, berjumpa lagi nanti... Wassalam.




Read More

Wednesday, 6 August 2014

JOM DIDIK ANAK SOLAT SEDARI KECIL

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah  petang yang redup ini dengan izinNYA memberi ruang untuk saya berkongsi satu cerita dengan anda semua.

Sepanjang saya menjalankan bisnes telekung customade, rata-rata order yang saya terima adalah telekung untuk kanak-kanak dari umur 2-9 tahun. Pada mulanya, saya bercadang untuk buat telekung dari umur 6-12 tahun kerana dari survey yang dibuat agak sukar untuk mendapatkan telekung kanak-kanak pada umur tersebut.





Antara telekung-telekung terawal yang saya buat


Sekarang baru saya tahu kenapa dan mengapa. Telekung kanak-kanak customade yang saya fikirkan sebelum ini untuk langkah permulaan saya berbisnes rupa-rupanya memberi impak besar pada mereka yang sedar akan pentingnya mendidik anak solat sedari kecil. 

Sebelum ini saya fikir inilah usaha saya dalam berdakwah ke jalan Allah dengan menyediakan telekung yang comel-comel untuk anak-anak. Yelah, untuk menyampaikan ilmu dalam menyebarkan dakwah tak mampu dengan ilmu yang tak seberapa dalam diri yang kerdil ini.

Sehinggalah seseorang yang saya temui memberitahu. 

En. X  :  Tahu tak bisnes akak ni dapat bantu mak bapak untuk didik anak solat dari kecil? 
Saya   :  Ye ke? Macamana tu?
En. X  :  Akak suka tak kalau dapat benda yang comel-comel, baju yang cantik-cantik? 
Saya   :  (Angguk mengiakan kata-kata En. X)
En. X :  Jadi, telekung & sejadah akak yang comel-comel sure budak-budak suka nak pakai.                So, senang le maka bapak nak ajak anak-anak mereka solat nanti. Setuju????

Oooo... Baru saya sedar, betapa besarnya 'sumbangan' saya ini sebenarnya (puji sikit diri ini...he...). Dan bermula dari kisah tersebutlah saya tekad untuk fokus pada pembuatan telekung dan sejadah kanak-kanak.

Terima kasih Ya Allah atas kisah di atas yang menjadi asbab untuk Engkau beri petunjuk kepadaku untuk terus fokus dalam bisnes ini.


****************************************************************************

~ JOM DIDIK ANAK SOLAT SEDARI KECIL ~

Fokus kami adalah membantu ibubapa di luar sana untuk mendidik anak-anak mencintai solat pada usia muda dengan SET TELEKUNG & SEJADAH KANAK-KANAK yang comel.



Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292




Read More

AGEN TELEKUNG BERTAMBAH, TAILOR PUN BERTAMBAH

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang mengikuti blog saya ini. Saya doakan kalian semua dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-2 Kak Shida (tailor baru saya) menjalani 'sesi praktikal' menggunting dan menjahit telekung. Sangat mudah berkongsi ilmu dengan Kak Shida. Cepat faham seperti saya mengajar tailor pertama saya, Kak Alimah. Syukur sangat-sangat idea suami untuk pasang banner iklan mencari tukang jahit berhasil dengan izin-NYA.

Tailor-tailor ku ~ Kak Shida (kiri), Kak Alimah (kanan)

Kak Shida sedang menggunting kain


KENAPA TAMBAH TAILOR????

Kenapa saya tambah pembantu jahit? Ada dua alasan iaitu saya dah nak masuk bekerja pada 1 Sept nanti dan faktor yang kuat sekali adalah agen telekung saya bertambah seorang lagi. Jadi, nak tak nak saya terpaksa tambah seorang lagi pembantu jahit.

WhatsApp dari kawan yang berminat jadi agen

Ok, order kali ini saya diminta membuat telekung jersey putih dan berwarna. So, pagi tadi saya cuba mix & match warna kain dan renda merujuk pada permintaan agen saya. Walau bagaimapun, saya memberi beberapa pilihan warna untuk beliau pilih mengikut kesesuaian warna.

Mix & Match warna kain dan renda

Contoh telekung jc berwarna yang
telah saya buat

In shaa Allah dalam minggu ni kami akan siapkan 16 pasang dan 11 pasang untuk agen-agen saya. Nantikan akan hasilnya ya!!!!!


*********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Monday, 4 August 2014

SYUKUR : TAILOR BARU MASUK ESOK

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Harap dalam mood ceria menyambut raya. Yang dah mula bekerja hari ni didoakan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi. Yang dah bermula puasa enam Alhamdulillah diucapkan.

Alhamdulillah, 10 hari bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini sudah kembali menjahit. Hari ini juga saya dapat pembantu baru. Syukur ke hadrat Ilahi perbincangan yang dibuat dipermudahkan dan Kak Shida(nama pembantu baru saya) bersetuju untuk bekerja di kedai saya bermula esok.

Ok, belum terlambat lagi rasanya untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga kita istiqamah dengan amalan yang dilakukan  walaupun Ramadhan telah berlalu.

Wajah ceria anak-anakku di pagi raya


*************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies