ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Tuesday, 12 August 2014

11 OGOS 2014 - ALIF NAJMI BIN MOHD HILMI BERUSIA 6 TAHUN

Assalamualaikum w.b.t

Semalam adalah hari ulang tahun anak kedua saya iaitu ALIF NAJMI BIN MOHD HILMI yang ke 6 tahun. Saya dan suami seperti biasa akan sambut ala kadar sahaja dengan membeli sebiji kek dan makan-makan untuk kami sekeluarga sahaja.



Beginilah gelagat anak-anak kami kalau buat makan-makan. Husna yang pantang nampak makanan. Alif yang berbaju hitam tu. Abang Aiman (baju maroon) yang excited nak potong walaupun birthday beliau dah lepas iaitu pada 11 Februari lalu(7 tahun) dan Afnan yang tak sabar nak ambik strawberi atas kek tu. Afnan lahir pada 11 Nov 2011 iaitu 11.11.11. Cantikkan tarikh tersebut. Saya suka akan tarikh lahir beliau sebab semua lahir pada 11 haribulan.

AIMAN MUIZ (11.02.07)
ALIF NAJMI (11.08.08)
AFNAN HAMIM (11.11.11)

Husna pula tidak sempat untuk saya booking 11 haribulan. Ikut perancangan saya, memang hendak memilih 11.10.13 kerana saya akan bersalin secara ceaserian pada ketika itu. Namun, si kecil ini hendak keluar awal. Maka, dengan izinNYA NABIHAH HUSNA selamat dilahirkan pada 4 Okt 2013 (4.10.13).

Itulah serba sedikit cerita anak-anak saya. Penghibur dan penyejuk mata saya dan suami. Semoga putera puteri kami menjadi anak yang soleh dan solehah... Amiin...


Gambar ketika bermain bersama kawan-kawan
di halaman rumah kami.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies