ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Saturday, 30 August 2014

'SLIP GAJI' PERTAMA BUAT TAILOR HANIM CREATION

Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi memberi ruang dan kesempatan untuk saya menjenguk hanimhilmi.com yang agak seminggu saya tak update. Bukan tiada info untuk dikongsi tetapi terlalu sibuk dengan order yang datang serentak. Namun alhamdulillah order semakin banyak diterima.

Entri kali ini saya ingin kongsi berkenaan 'slip gaji' pertama untuk tailor saya. Untuk buat Kak Alimah dan Kak Shida excited terima gaji pertama, saya buatkan list jahitan mereka seperti slip gaji. Saya juga telah terima seorang tailor part time, Kak Azmah. Seronok saya tengok gelagat akak-akak ni.t



Sekarang saya dan tailor sedang sibuk menyiapkan tempahan pukal set telekung kanak-kanak lycra sebanyak 50 pasang untuk saiz M dan L. Tempahan adalah dari senior saya semasa di USM. Beliau meminta untuk siapkan 10 pasang dahulu untuk dibuat promosi.



Tempahan pukal untuk tudung kanak-kanak sebanyak 20 pasang pun dalam proses. Sampel tudung telah dihantar ke customer sebelum tempahan dibuat. Customer yang order adalah warga Singapura dan menetap di Kuala Lumpur mengikut suami yang bekerja di sini. Sebelum ini beliau pernah menempah beg telekung sebanyak 15 pasang.




Tempahan pukal seterusnya adalah telekung kanak-kanak jersey. Tempahan adalah dari agen saya. Buat permulaan beliau minta untuk 10 pasang dahulu. Sampel juga telah dibuat dan ditunjukkan kepada agent. Beliau setuju dengan design saya cuma minta buat untuk jersey berwarna.



Alhamdulillah makin ramai yang  mengenali Hanim Creation. Walaupun semakin sibuk melayan dan terima tempahan, saya tetap bersyukur dengan rezeki yang diberi. Tambahan  pula, dengan bantuan tailor saya banyak meringankan kerja-kerja saya.

Ok, nantikan hasil tempahan pukal kami ye...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies