Apa khabar semua? Harap dalam mood ceria menyambut raya. Yang dah mula bekerja hari ni didoakan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberi. Yang dah bermula puasa enam Alhamdulillah diucapkan.
Alhamdulillah, 10 hari bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri hari ini sudah kembali menjahit. Hari ini juga saya dapat pembantu baru. Syukur ke hadrat Ilahi perbincangan yang dibuat dipermudahkan dan Kak Shida(nama pembantu baru saya) bersetuju untuk bekerja di kedai saya bermula esok.
Ok, belum terlambat lagi rasanya untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. Semoga kita istiqamah dengan amalan yang dilakukan walaupun Ramadhan telah berlalu.
![]() |
Wajah ceria anak-anakku di pagi raya |
*************************************************************
Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292
0 comments:
Post a Comment