ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Thursday, 25 September 2014

KEUNIKAN TELEKUNG ILMI ~ JERSEY ~

Assalamualaikum w.b.t,

Bertemu kembali kita di blog HanimHilmi.com. Semoga semua ceria dan berada dalam redha Allah.

Ok, post kali ini saya nak bercerita tentang TELEKUNG ILMI ~ JERSEY ~ yang direka khas oleh saya sendiri. Dari satu eksperimen ke eksperimen  saya cuba untuk mendapatkan design dan saiz kepala yang selesa dan sedap dipakai.

Fokus saya dalam penghasilan telekung ini adalah memberi keselesaan kepada wanita di luar sana dalam mendirikan solat secara selesa dan khusyuk dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.


 Jersey (Awning Lace tanpa Getah)


 Jersey (Awning Lace & Bergetah)


Keunikan telekung saya ini adalah :

~ Fabrik Jersey yg tebal, lembut dan sejuk.
~ Rekabentuk yang ringkas namun eksklusif.
~ Dihiasi renda organza pelbagai warna.
~ Mempunyai lapik dalam (lining) dan tidak perlu memakai anak telekung (scarf)
~ Selesa, ringan dan mudah untuk dibawa.
~ Sesuai untuk Haji dan Umrah serta sebagai hadiah/hantaran perkahwinan.


In shaa Allah saya sedang merancang untuk buka kepada mereka yang berminat untuk menjalankan bisnes dropship TELEKUNG ILMI ~ JERSEY ~. Perancangan dan strategi sedang diatur dan disusun. Doakan semoga apa yang dirancang dipermudahkan dan seiring dengan perancanganNYA.

Ok, jumpa lagi ye nanti.


********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292





Read More

Wednesday, 24 September 2014

SELAMAT DATANG TAILOR BARU HANIM CREATION - WAFA & EFA

Assalamualaikum w.b.t

Salam sayang kepada semua yang mengunjungi HanimHilmi.com. Lebih seminggu saya tak update berita. Ada yang bertanya kenapa tak update. Terima kasih kepada yang sering kunjungi blog saya ni. Niat di hati memang nak update namun kekangan kerja dan masa membataskan segala-galanya.

Alhamdulillah, tempahan pukal semakin rancak saya terima. dalam masa yang sama ramai juga yang bertanyakan kerja kosong di bengkel jahit saya. Atas perbincangan bersama, saya telah terima dua orang tukang jahit yang akan bekerja dari rumah iaitu Efa dan Wafa. Memandangkan saiz kedai dan bilangan mesin jahit yang terhad serta Efa dan Wafa sendiri memiliki mesin jahit di rumah, mereka setuju untuk terima job tersebut.




Wafa - sedang menjahit tote bag


Efa - sedang menjahit tudung


Hari pertama mereka datang saya telah beri job untuk mereka. Sebelum itu, saya minta mereka jahit dahulu untuk lihat hasil jahit mereka. Mereka sebenarnya sudah ada asas menjahit dan lebih mahir dari saya sebenarnya. Efa lepasan Giatmara dalam bidang jahitan dan Wafa memang menjahit membantu mak beliau. 

In shaa Allah, jika tiada aral melintang bengkel jahit saya akan bertukar ke kedai jahit di mana saya akan buka tempahan untuk baju kurung dan jubbah serta servis alter/repair tudung, telekung & baju/seluar.



Ok, setakat ini dulu ya... jumpa pada entri yang akan datang.




********************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292









Read More

Saturday, 13 September 2014

KEJUJURAN SEORANG GADIS

Assalamualaikum w.b.t

Salam hujung minggu kepada semua. Kepada anak-anak di luar sana diucapkan selamat cuti sekolah. Semoga cuti yang ada dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah.

Khamis malam jumaat lepas saya terima private message (pm).

Pm yang diterima


Agak pelik dapat pm ni daripada gadis bernama Lisa. Setelah sesi soaljawab baru saya tahu barang saya tertukar dengan orang lain. Pertama kali terjadi selama menjalankan bisnes online ni.

Yang buat saya terharu adalah kejujuran Lisa hubungi saya untuk maklumkan barang tersalah hantar. Saya telah hubungi syarikat pos tersebut dan tindakan terus dibuat.

Rupa-rupanya mereka tertukar slip penghantaran. Alhamdulillah Lisa dan customer saya (Kak Liza) dan terima parcel masing-masing

WhstsApo dari Kak Liza

Jutaan terima kasih kepada Lisa dan syarikat pos terbabit. Maaf kepada Kak Liza telekung lewat diterima.

# Kita merancang,Allah pun merancang. Namun perancangan Allah tu lebih baik...(",)



Read More

Friday, 12 September 2014

DESIGN BARU - TELEKUNG ILMI~JERSEY~ (DEWASA)

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jumaat kepada semua. Terima kasih kerana mengikuti blog kami hanimhilmi.com. Hampir seminggu saya tak update info kat blog ini. Sibuk kerana saya dah kembali bekerja setelah 3 bulan cuti tanpa gaji atas urusan persendirian.

Alhamdulillah, permintaan TELEKUNG ILMI~JERSEY~ (DEWASA) semakin mendapat sambutan di kalangan kawan-kawan kerja dan di facebook. Rata-rata berpuashati dengan telekung saya. Terima kasih atas komen semua dan memberi semangat kepada saya.

Telekung awning berenda tanpa getah


Ada yang bertanya kenapa tak letak getah di awning telekung supaya sesuai untuk semua saiz muka. Atas permintaan yang ada saya pun try & error. Dari eksperimen yang dibuat maka telekung awning bergetah dan berenda berjaya dihasilkan. 


Telekung awning berenda & bergetah


Alhamdulillah juga, telekung ini telah terjual dan mula mendapat sambutan juga. Ada juga yang minta design yang simple iaitu telekung awning bergetah tanpa renda.

Telekung awning bergetah tanpa renda


Kini, ada 3 design untuk TELEKUNG ILMI~JERSEY~ (DEWASA) :

1. Telekung awning berenda tanpa getah (kod HC --)
2. Telekung awning berenda dan bergetah (kod HC --1)
3. Telekung awning bergetah tanpa renda (kod HC --2)


Kepada yang berminat boleh hubungi saya ye. Belian pukal & ejen dropship dialu-alukan... Ok, jumpa di entri akan datang...


*******************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Thursday, 4 September 2014

TEMPAHAN BAG TAG 16 PCS DARI MIRI

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kita kembali. Semoga semua dalam keadaan sihat & ceria hari ini. 

Alhamdulillah selasa lepas saya sudah kembali bekerja. Walaupun kelam kabut sedikit namun bersyukur dengan pertolongan Kak Alimah dan Kak Shida(tailor saya) kerja-kerja di kedai jahit saya berjalan seperti biasa.

Ok, entri kali ni saya nak tunjukkan bag tag yang ditempah oleh customer dari Miri, Julia. Beliau order sebanyak 16 pieces termasuk untuk office mate beliau. Asalnya saya buat bag tag untuk beg telekung yang ditempah untuk anaknya.

Bag tag di beg telekun

Tak sangka pula beliau dan kawannya berminat untuk tempah bag tag seperti itu. Untuk buat yang lagi comel, dengan bantuan Kak Rose(geng group nv950 di fb) beliau telah tolong design bag tag tersbut sebab saya tiada software.

Proses menyulam bag tag
Proses tebuk lubang & memasang ring
Sebahagian hasil bag tag


Taraaaa!!!! Inilah hasilnya. Saya gunakan kain felt untuk ia lebih keras. Sungguh cute kan. Saya sendiri pun getam je tengok...(",)

Ok, cukup sampai di sini. Didoakan semua ceria selalu dengan kurniaan yang Allah berikan.








Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies