ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Thursday, 23 October 2014

BANTAL MUCUK BY HANIM CREATION

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi setelah lebih seminggu tidak kongsi cerita dengan pengunjung HanimHilmi.com. Terpaksa mencuri masa untuk update cerita terkini dari Hanim Creation. Sebelum terlupa didoakan pengunjung semua dilimpahi berkat dari Yang maha Esa.

Ok, baru-baru ni saya ada terima order dari regular customer iaitu kawan sekerja, Kak Noli untuk buat bantal bersulam nama. Memang ada plan untuk produk baru yang berasaskan cotton dan kekabu. Jadi, eksperimen bermula. Dan hasilnya.....

Tempahan Bantal Mucuk dari Kak Noli

Dalam menyiapkan order Kak Noli, ex-office mate, Pn Ainin pula minta untuk buat juga. Tengah excited buat produk baru saya terima tempahan Pn Aini. Salah satu order adalah untuk anak buah beliau yang baru lahir. Saya cadangkan untuk ditambah selimut. Beliau pun setuju.

Tempahan dari Pn Ainin


Saya pun terfikir untuk sediakan sekali kotak hadiah selepas teringat seorang customer minta saya balut telekung yang ditempah untuk dihadiahkan sempena hari lahir anak beliau. 

Tempahan telekung dari customer

So, saya pun mencari kotak yang sesuai. Alhamdulillah berjumpa dengan kotak yang dicari. Untuk Pn Ainin saya buatkan headband sebagai freegift. Saje cuba untuk buat headband baby.... (",)



Ok, bantal mucuk pun dah sampai ke tuan masing-masing. TQ  Kak Noli dan Pn Ainin yang berpuashati dengan hasil tangan saya. Rasa seronok dapat gembirakan mereka yang order dan yang terima bantal itu nanti.

Jumpa lagi ye nanti... Next project apa ye agaknya????? Tunggu...................


******************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

READY STOCK : TUDUNG KANAK-KANAK COLOURFULL BUTTON

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipertemukan lagi kita dalam blog saya HanimHilmi.com. Didoakan semua dalam keadaan sihat dan gembira dengan apa yang ada di sekeliling.

Beberapa minggu lepas saya ada plan untuk buat ready stok tudung kanak-kanak memandangkan stok kain lycra yang banyak. Dengan bantuan pembantu saya, Efa, saya tunjuk Efa cara-cara untuk membuat tudung.

Efa dalam proses menjahit tudung

Alhamdulillah Efa siapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Kini, masalah tempahan tudung selesai dengan bantuan Efa. Sekurang-kurangnya Efa dapat membantu saya dalam perancangan saya membuat tudung.

Ok, inilah hasil tudungnya. Soft awning dengan pelbagai warna. Sesuai unntuk 3-6 tahun ye..



Dan di bawah ni model kembar yang dipinjam khas dari ex-officemate, Sue. Nama kembar ni Aimi dan Amni. Saya sendiri confuse yang mana satu Aimi dan Amni. Terima kasih kepada Sue atas kerjasama yang diberi.



Ok,untuk lihat di page fb saya sila klik di sini . Sebelum terlupa nantikan produk terbaru saya ye... Apa dia?????? Tunggguuuu....


******************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Thursday, 9 October 2014

BULK ORDER : TUDUNG COLOURFULL BUTTON

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari ni saya rasa begitu lapang fikiran dan masa setelah kesibukan seminggu dua ini dalam menguruskan hal bisnes dan tuntutan lain. Jadi, kesempatan yang ada saya nak update berkaitan bulk order tudung dari regular customer saya.

Customer saya kali ini bernama Musfirah yang berasal dari Singapura. Beliau menetap di Lembah Klang mengikut suami yang bekerja di sini. First order beliau pada mulanya adalah tote bag untuk set telekung yang dijual di Singapura. Hati berbunga-bunga ketika itu almaklum le untuk dijual di oversea.. (",)






Tote bag yang ditempah
Selepas itu, beliau menempah bantal bersulam nama untuk hero-heronya. Ini adalah percubaan pertama dalam menerima tempahan bantal bucuk bersulam.








Dan baru-baru ini tempahan tudung sebanyak 20 pasang telah selamat disiapkan, dipos dan diterima. Alhamdulillah beliau berpuashati dengan hasil tudung tersebut.








Untuk makluman semua, saya dalam proses menyiapkan tudung kanak-kanak 'pinky lycra with colourfull button' dan tudung Mesir berawning.


Ok, tunggu akan promo untuk tudung-tudung tersebut ye... (",)




Read More

BULK ORDER PERTAMA : MATERIAL DARI PELANGGAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah diberi masa dan ruang untuk saya 'berbicara' di dalam blog saya ini HanimHilmi.com yang hampir sunyi. Kesibukan dalam memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu, penjawat awam, bisnes Hanim Creation dan hamba kepadaNya. 

Ok, baru-baru ini saya telah terima contact person yang mencari tailor untuk tempahan telekung. Saya mencuba nasib dan hubungi beliau. Beliau membiasakan dirinya Kak Niza. Kak Niza membuka kiosk di KLCC yang menjual telekung dan tudung.

Pertemuan diatur dan alhamdulillah perbincangan serta persetujuan  tercapai. Walaupun  ada sedikit rasa risau dan kurang yakin, saya tetap ingin mencuba. Sekurang-kurangnya saya tahu kemampuan dan kebolehan yang boleh diperkembangkan dan dipertingkatkan.

Saya diberi kain cotton dan lycra untuk dijadikan sampel. Alhamdulillah Kak Niza setuju walaupun ada beberapa teguran untuk penambahbaikan. 



Sampel telekung yang telah dicuba
 dan dikomen oleh Kak Niza


In shaa Allah order pertama untuk 12 pasang telekung lycra dalam proses pembikinan.


Telekung yang dalam proses pembikinan


Ok, nantikan respon dan komen telekung tersebut ye. Jumpa pada entri akan datang... (",)


Read More

4.10.2014 ~ NABIHAH HUSNA GENAP 1 TAHUN

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua yang berkunjung ke blog saya HanimHilmi.com. Semoga semua sihat sejahtera & di bawah lindungan Allah s.w.t.

Lama saya tak update blog ni. Masa rasa begitu pantas. Isnin mula bekerja sedar tak sedar sudah jumaat. Rasa seperti mahu ditambah 24jam sehari ke 48jam sehari. Boleh ke begitu???? Sebenarnya sudah memadai 24jam yang Allah beri. Mari muhasabah diri masa yang diperuntukan untuk Allah dan hal-hal dunia seimbang atau tidak... (peringatan untuk diri yang lemah ini)

Ok, berbalik pada entri saya kali ini. Puteri bongsu saya sudah genap 1 tahun. NABIHAH HUSNA BINTI MOHD HILMI yang dilahirkan pada 4 Okt 2013. Terima kasih Ya Allah kerana masih panjangkan umur kami sekeluarga.





Rasa belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidil Adha kepada semua. Sama-sama kita hayati pengertian KORBAN dalam setiap aspek.

Kepada yang ingin menempah telekung dan tudung boleh terus hubungi saya melalui whatsApp/Telegram/sms/call ye. Menyepi sebentar kerana sibuk menguruskan bulk order yang semakin bertambah. Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan ini.

Ok,jumpa di entri akan datang ye...(",)


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies