ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Thursday, 9 October 2014

BULK ORDER PERTAMA : MATERIAL DARI PELANGGAN

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah diberi masa dan ruang untuk saya 'berbicara' di dalam blog saya ini HanimHilmi.com yang hampir sunyi. Kesibukan dalam memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu, penjawat awam, bisnes Hanim Creation dan hamba kepadaNya. 

Ok, baru-baru ini saya telah terima contact person yang mencari tailor untuk tempahan telekung. Saya mencuba nasib dan hubungi beliau. Beliau membiasakan dirinya Kak Niza. Kak Niza membuka kiosk di KLCC yang menjual telekung dan tudung.

Pertemuan diatur dan alhamdulillah perbincangan serta persetujuan  tercapai. Walaupun  ada sedikit rasa risau dan kurang yakin, saya tetap ingin mencuba. Sekurang-kurangnya saya tahu kemampuan dan kebolehan yang boleh diperkembangkan dan dipertingkatkan.

Saya diberi kain cotton dan lycra untuk dijadikan sampel. Alhamdulillah Kak Niza setuju walaupun ada beberapa teguran untuk penambahbaikan. 



Sampel telekung yang telah dicuba
 dan dikomen oleh Kak Niza


In shaa Allah order pertama untuk 12 pasang telekung lycra dalam proses pembikinan.


Telekung yang dalam proses pembikinan


Ok, nantikan respon dan komen telekung tersebut ye. Jumpa pada entri akan datang... (",)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies