ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 29 November 2014

KOLEKSI BUKU #1 : MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Assalamualaikum...

Salam minggu pada semua pengunjung HanimHilmi.com. Semoga semua ceria-ceria selalu...

Ok, hari ni saya nak berkongsi buku pertama yang menjadi inspirasi dan rujukan saya semenjak saya serius dengan mengembangkan bisnes saya.  MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI karangan dari SAUDARA FATHURI SALEHUDDIN yang diterbitkan oleh TARBIAH ROHANI.



Banyak tips dan pengalaman sebenar dari pengarang dan insan-insan yang diceritakan boleh menjadi iktibar dan dorongan dalam keyakinan tentang REZEKI. Antara yang terkesan di hati saya adalah : 


Merujuk pada petikan di atas apa beza antara 2 ayat di bawah ?

Ayat 1 : " Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha."

Ayat 2 : " Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan."

Agak lambat faham saya mula-mula baca bab ni. Bila diamati dan difahami barulah saya faham. Ayat 2 lebih tepat digunakan dalam usaha mencari rezeki dan kita jadikan Allah adalah yang pertama dari segala hal. Bukannya Allah dijadikan nombor dua. Seperti contoh yang diberi, tinggal satu batu je hendak diletakkan untuk menyiapkan dinding tersebut tapi dengar sahaja laungan azan si pulan terus tinggalkan kerjanya itu. Kalau kita agaknya macamana ye????? Confirm berat untuk berhentikan.... Sayalah tu!!!!!

Banyak lagi sebenarnya boleh kita dapat dalam buku ni. bagi yang belum memilikinya elok cari. Harga hanyalah RM18.00(SM) dan RM20.00(SS).

Ok, setakat ini dahulu perkongsian koleksi buku dari saya. Jom tambah ILMU & AMAL bagi tingkatkan IMAN kita...






Read More

LEBUR DUITKU RM647 HARI INI!!!!!

Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar pembaca HanimHilmi.com? Semoga semua berada dalam kesihatan yang baik & dilimpahi rahmat dariNya.

Terkejut tak dengan tajuk entri saya ini? Bukan sedikit, banyakkan????? Nak buat macamana, dah ditakdirkan duit saya sebanyak RM647 ditransfer ke akaun maybank seseorang... Nak tau ceritanya tak????

Ok, bermula dari whatsapp di bawah ini :



Semalam Kak Ain(rakan sekerja) datang berjumpa untuk alter awning tudung. Tiba-tiba sahaja mulut saya terus tanya apa Kak Ain amalkan untuk jaga kesihatan masa muda. Kak Ain ni dah nak pencen tapi orangnya nampak muda & sihat.

Panjang lebar Kak Ain menjawab dan beri nasihat. JAGA KESIHATAN... Itu kata-kata yang dia ulang.

Memang saya akui, saya kurang ambil tahu tentang kesihatan saya. Baru-baru ni saya diserang darah tinggi. Ini kali pertama saya kene darah tinggi. Suami juga ada bagitau nak cari supplement untuk diri dia. Memang dua tiga hari ni saya berfikir-fikir tentang ini.


Jadi, petang semalam juga saya whatsapp seseorang bertanyakan produk SHAKLEE...Setelah mendapat penerangan & penjelasan beliau akhirnya saya telah order produk shaklee untuk saya, suami & anak-anak :



Untuk saya & suami :

ESP
Vit Lea
Vit C
B Complex
Omega Guard

Utk anak-anak :

Mealshake
Chew Vit C
Omega Guard

Itulah kisahnya duit saya lebur hari ini. Asalnya bajet hanya rm500 disebabkan rm650 dapat free membership & bonus. Bila dikira-kira stok order saya ini boleh sampai dua tiga bulan, saya rembat le terus rm647.Mudah-mudahan ini adalah permulaan untuk saya menitik beratkan kesihatan diri, suami dan anak-anak. 

Sebenarnya untuk menjaga kesihatan ini adalah fokus saya untuk tahun 2015. Namun kita merancang, Allah pun merancang untuk kita. Terima kasih ya Allah, Engkau mendengar luahan hambaMu ini dan Engkau temukan aku dengan insan-insan yang terlibat dalam kisahku ini sebagai wasilah bagi membantu aku dalam mencari supplement untuk meningkatkan kesihatan kami sekeluarga.

Terima kasih kepada semua... Jom jaga kesihatan demi kesejahteraan dunia & akhirat.





Read More

Monday, 24 November 2014

ANAK BUJANGKU SUDAH BERKHATAN

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kita kembali dalam blog HanimHilmi.com. Cuti sekolah sudah pun bermula. Apa planning anda semua? Bercuti, hantar anak ke kem cuti sekolah atau aktiviti di rumah sahaja? Apa pun planning anda untuk anak-anak didoakan memberi manfaat pada mereka & kita juga.

Ok,saya & suami telah merancang untuk mengkhatankan anak buhang kami Aiman Muiz(7 thn) & Alif Najmi(6 thn). Alhamdulillah Sabtu lepas (22.11.14) mereka telah selamat dikhatankan secara beramai-ramai di Masjid Batu Tiga, Shah Alam.

Alif (kiri) & Aiman (kanan)

Sarapan sebelum majlis bermula


Majlis sungguh meriah seperti sambut pengantin dengan bunga manggar, bunga telur & kompang. Mak ayah yang excited, anak-anak dah muka cuak...he...




Ada pulak acara sembur air bomba dan terjun kolam. Bagus jugak ada acara ni. Hilangkan nervous anak-anak nak berkhatan.





Sebelum tu,dapat sumbangan duit & bungkusan. Rezeki anak-anak dapatlah rm20, kain pelikat, kotak pensel & jajan.




Alhamdulillah.... Aiman dan Alif selamat dah berkhatan. Walaupun lama menunggu giliran 41 & 42 semua berjalan lancar. Ada juga adegan menangis... (",)... Semoga cepat sembuh ye anak-anakku. Next week nak bercuti... (",)

Selamat berkhatan
Ok, berjumpa lagi di entri akan datang. Tunggu promosi sempena cuti sekolah ye...

Read More

Saturday, 22 November 2014

BANTAL MUCUK!!!!!! SUKANYA......



Assalamualaikum w.b.t

Salam pagi sabtu semua. Semoga pengunjung HanimHilmi.com sentiasa ceria & bersemangat menjalani kehidupan hari demi hari.

Entri kali ni saya ingin bercerita pasal bantal mucuk saya. Alhamdulillah tempahan makin bertambah. Sebenarnya saya dalam proses untuk buat set baby bedding. Untuk permulaan ni saya promosikan dahulu bantal mucuk yang bersulam nama.

Di bawah ini adalah antara hasil yang telah saya buat.













Alhamdulillah semua berpuashati dengan hasil saya ini. Di bawah ini adalah gambar yang dihantar oleh customer.. (",)





TQ ye semua...Yang berminat boleh hubungi saya ye...


Read More

Friday, 21 November 2014

PROMOSI ~ BUTTON BADGE DARI RAISTEAM

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua? Semoga sihat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.


Ok, entri sebelum saya ada cerita pasal button badge kan? Ok, sekarang Raisteam sedang membuat promosi di mana harga adalah hanya serendah  rm1.00 tidak kira berapa kuantiti yang nak ditempah. Menarik bukan????


Kepada yang berminat boleh hubungi nombor di atas ye.



Read More

Wednesday, 19 November 2014

BULK ORDER : TUDUNG KANAK-KANAK PASTI AR-RAHMAN 2, TAMAN SKUDAI BARU

Assalamualaikum w.b,t,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk berkongsi dengan pengunjung HanimHilmi.com. Didoakan semua di dalam keberkatan & kerahmatan dariNYA.

Ok, pada 2 Nov 2014 yang lepas kawan lama saya, Juli whatsapp bertanyakan harga tudung kanak-kanak. Beliau ingin menempah 15 pasang untuk persembahan nasyid sempena Hari Penyampaian Sijil di PASTI anak beliau belajar.Agak urgent nak digunakan iaitu pada 15 Nov 2014. 

Selepas berbincang, saya pun setuju untuk terima tempahannya. Alhamdulillah tudung dapat disiapkan seperti yang dirancang. Pada 10 Nov 2014 tudung tersebut telah dipos dan diterima pada 12 Nov 2014.


Tudung beserta badge button

Dalam diam-diam, sebenarnya saya buat surprise kat kawan saya ni. Memandangkan suami sedang buat promosi untuk produk barunya iaitu Button Badge, saya minta suami buat sebagai free gift ke kawan saya ini. 


Badge button


Alangkah terkejut beliau dan guru PASTI tersebut. Beliau terus bertanyakan harga untuk tempahan akan datang sekiranya ada. Saya pun send le kepada beliau promosi produk baru suami saya ini.


Promosi dari Raisteam

Di bawah adalah gambar yang diterima daripada kawan saya. gembira & bersyukur dapat menggembirakan anak-anak comel ini.





Kepada yang berminat nak tempah badge button boleh le hubungi h.p no yang ada di atas ye... Ok, jumpa lagi.... (",)


*****************************************************************

Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


Read More

Sunday, 16 November 2014

11.11.14 ~ GENAP AFNAN HAMIM 3 TAHUN

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar semua? Didoakan berada dalam kesihtan yang baik dan diberkati olehNYA.

Sudah lama saya tak post dalam blog saya ini. Semakin sibuk dengan kerja di pejabat dan bisnes Hanim Creation. Saya hanya sempat update dalam fb page saya je Hanim Creation. Kawan-kawan boleh le ke page saya ye untuk info terkini bua masa ini.

Ok,11.11.14 yang lepas adalan hari ulang tahun anak ketiga saya. Kira penutup untuk tahun ini.

Birthday cake yang dikongsi dengan sepupu, Abg Budin...

Semoga Afnan jadi anak yang soleh ye... ok kawan-kawan. Tunggu post saya yang menarik selepas ini.... (",)



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies