ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Saturday, 27 December 2014

PRAY FOR KELANTAN : JOM HULURKAN BANTUAN

Assalamualaikum w.b.t


Segala puji bagi Allah yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa. Di kala tangan ini menekan keyboard hati terasa sebak sehingga hendak menitiskan air mata. Semalam  saya ber'sms' dengan Ma (Mak Mertua saya) yang berada di PCB, Kota Bharu. Air sudah paras lutut di laman rumah. Inilah kali pertama di landa banjir semenjak mereka tinggal di situ.


Terkenang semasa zaman kanak-kanak dahulu. Rumah kami setiap tahun akan banjir. Bagi kami itulah masa paling seronok sebab boleh main air dan kejar ayam. Ayam dah kesejukan, tak boleh lari. Masa tulah kami adik-beradik kejar ayam dan sembelih.  Dapat le makan ayam ketika itu. Seronok sungguh bila terkenang kisah tersebut.


Namun, banjir yang sedang melanda di Kelantan sekarang membuatkan hati ini begitu sayu dan pilu.. Seperti ingin menjerit "Surutlah air!!! Surutlah engkau!!!"... Ya, Allah...Maha Hebat Engkau Ya Allah. Kami tak berdaya menghalang takdir-Mu.


Keadaan sebelum banjir
Kini bumbung sahaja kelihatan 

Keadaan di salah sebuah hospital di Kelantan
Keadaan Stadium Kelantan

Terbayang di fikiran bagaimana mereka hadapi kesejukan, kegelapan, kekurangan makanan. Sebelum ni, tengok berita dari negara-negara jiran. Kini, berlaku di negara sendiri. Allah!!!






Gambar di atas keadaan mangsa yang lari ke bukit sebelum tentera sampai. Alhamdulillah  mereka semua sudah dipindahkan ke pusat pemindahan Sek. Keb. Temangan.

Sebelum banjir melanda kami sekeluarga sempat pulang ke Kota Bharu untuk mengambil anak (Aiman dan Alif) setelah dua minggu mereka bercuti di sana. Saya sempat pergi ke Pantai Cahaya Bulan untuk melihat sendiri keadaan pantai yang sedang bergelora. Allahumma, memang menakutkan. Itulah pertama kali tengok keadaan pantai dengan ombak dan angin yang kuat.



Semalam, saya telah berbincang dengan pembantu jahit saya untuk kami dermakan telekung yang telah dibuat kepada mangsa banjir. Saya telah minta mereka untuk asingkan telekung yang telah siap dan dibungkus ke dalam plastik. Di rumah pula ada tuala stok untuk sulam dan kain batik belum berjahit. Diharapkan sedikit sumbangan ini dapat mengurangkan penderitaan mereka di sana.


Kepada semua, marilah kita berdoa agar Allah lindungi mereka semua. Mohonlah keampunan sekiranya musibah yang berlaku kerana peringatan dari Allah dan mohonlah ketabahan serta keteguhan iman sekiranya apa yang berlaku adalah ujian dariNya.


Di bawah saya sertakan saluran yang boleh kita hulur sumbangan samada wang atau barang keperluan.





Muslim Care
Tabung Bencana NSTP-Media Prima
Pertubuhan Nisa' Kelantan
Pertubuhan Ikram Malaysia
Pemuda Prihatin Malaysia





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies