Apa khabar semua? Semoga pengunjung HanimHilmi.com baik-baik belaka dari segi kesihatan dan emosi. Jadikan hari Isnin ini hari permulaan bekerja yang seronok ye...
Alhamdulillah Shaklee saya telah saya terima minggu lepas iaitu pada 8 Dis 2014. Sebenarnya sampai awal di pejabat saya, minggu lepasnya saya ada kerja luar di Taiping. Merangkap trip cuti sekolah tu, ingat tak??? He...
Ok, untuk permulaan ni saya order ESP, Vit Lea, Vit C, Omega Guard, Mealshake & Chew Vit C. Untuk pengetahuan semua, saya tidak sembarangan untuk memilih produk Shaklee ni. Sebenarnya saya minta nasihat dari Pn Maria yang merupakan Pengedar Shaklee (boleh lihat blog beliau www.mariafirdaus.com.my tentang aktiviti/info shaklee yang beliau jalankan). Atas nasihat dan cadangan beliaulah saya ambil dahulu produk di atas. Saya juga dapat khidmat nasihat bagi pengambilan harian bagi produk Shaklee ni iaitu seperti jadual di bawah.
NAMA
|
PRODUK SHAKLEE
|
PENGAMBILAN
|
Hanim
|
ESP
|
Awal pagi ( 1 sudu besar
campur dengan air sejuk @ suam)
|
B Complex, + Vitalea +
Vita C + Omega
|
Selepas sarapan (sebiji
setiap satu)
|
|
B Complex
|
Selepas lunch &
dinner (sebiji)
|
|
Hilmi
(suami)
|
B Complex, + Vitalea +
Vita C + Omega
|
Selepas sarapan (sebiji
setiap satu)
|
Aiman,
Alif & Afnan
|
Mealshake
|
- Sehari sekali
- Satu sudu kecil campur
dengan
air sejuk@suam( masuk dalam
air susu/milo diorang je)
|
Chewable Vit C + Omega
|
Selepas sarapan (sebiji
setiap satu)
|
![]() |
Produk shaklee untuk permulaan keluarga saya |
Untuk anak-anak, saya baru cuba Chewable Vit C pada Afnan. Afnan ok sahaja dapat Vit C sebab Afnan cakap gula-gula walaupun ia agak masam,Aiman dan Alif belum lagi sebab diorang ada di kampung Kelantan.
Ok le, tak berani nak cakap lebih-lebih sebab baru seminggu sahaja makan. Kita tunggu Shaklee ni habis sebotol ye nanti. Ok, dah nak bersiap-siap untuk travel ke Alor Setar, Kedah atas urusan kerja. Apa????? Trip Cuti-Cuti Sekolah lagi ke???? He... Tunggu jelah nanti ye...
Jumpa lagi ye nanti... Wassalam
0 comments:
Post a Comment