ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Friday, 25 December 2015

MOOD 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jumaat kepada pengunjung hanimHilmi.com.. 

Lagi 5 hari kita nak ke tahun 2016. Rasa baru semalam menjejak kaki ke tahun 2015. Mashaa Allah, pantasnya masa berlalu.

Ok, untuk mencari mood 2016, saya nak deco sikit worksyop jahit saya. Nak buat ruang untuk letakkan produk Hanim Creation bagi yang nak walk-in. Ramai yang bertanya di mana kedai. He...
Mencari mood baru untuk 2016 - putih ke pink
Ini le rupanya... Sweet pink... (",)
Jadi, dengan sedikit ruang yang ada saya buat sikit le ala-ala show room. Dengan dinding berwarna pink, meja bulat dengan 3 kerusi dan gantungan-gantungan produk Hanim Creation menaikkan semangat saya dan team Hanim Creation untuk maju setapak lagi. In shaa Allah..



Kalau pelanggan atau agent datang pun ok le sikitkan. Ada tempat nak berbincang. Alhamdulillah, perancangan yang tidak dirancang sebenarnya. Namun, ingat akan firman Allah :

“وَمَكَرُواْوَمَكَرَا للّهُ وَاللّهُ خَيْرُالْمَاكِرِينَ“ 

“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang” 
(surah al-Imran :54)


Alhamdulillah juga, semalam dengan izin Allah dapat mengajar tailor baru, Aida jahit telekung. Persediaan menghadapi tahun 2016... In shaa Allah..



Ok, sampai sini dulu... Jumpa lagi ye... (",)


Read More

Wednesday, 23 December 2015

MUHAMMAD S.A.W. ~ DIA KEKASIH ALLAH

Assalamualakum w.b.t,

Alhamdulillah, dengan izinNya diberikan masa dan ruang untuk menikmati hidup ini.

Esok kita akan menyambut hari kelahiran junjungan tercinta kita Muhammad S.A.W.. Apa hadiah yang kita berikan kepada baginda seperti mana kita berikan kepada seseorang pada hari lahirnya? Walaupun telah beribu-ribu tahun baginda meninggalkan kita, 'hadiah' yang dibawa dan diberikan kepada kita masih ada pada hari ini iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Jom, semaikan kecintaan yang mendalam pada kekasih Allah yang telah dipilih untuk memberi sinar Islam di pelusuk dunia..


Hayati bait-bait lagu ini dari Hijjaz...

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah

Hasil carian imej untuk NABI MUHAMMAD KEKASIH ALLAH


Read More

Monday, 14 December 2015

ALHAMDULILLAH..PHOTOSHOOT SELESAI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari yang dirancang untuk photoshoot selesai semalam.

Diduga, model demam dah 3 hari tak baik lagi. Tak sempat nak cari model lain. Berdoa dan tawakal supaya dipermudahkan kesulitan ini.

Alhamdulillah, model dapat hadir walaupun masih ada sisa-sisa demam.

Page baru untuk telekung dah buat, photoshoot dah buat. Tunggu ye promo tahun baru 2016.

Rabbi yassir wala tu'assir...

Hari ni qada' rehat... Almaklum Selangor cuti... (",) Jom cuci mata gambar yang telah diedit oleh photographer...




Read More

BAIT-BAIT INDAH "TELEKUNGKU"

Bismillah...

Telekungku,
Kaulah yang setia menemani aku dalam sujud meraih cinta dan redha dari-Nya,

Telekungku,
Moga engkau menjadi saksi atas solat dan amal ibadahku.

Ya Allah,
Istiqamahkan diri ini,
Menyarung telekung yang aku sayang,
Dalam menghambakan diri ini di hadapan-Mu,

Telekungku,
Semoga engkau bersedia,
menjadi saksiku di hadapan-Nya kelak.

Amin... Ya Rabbi..

# nukilan asal dari Team871 Al Kauthar yang telah diubahsuai. TQ atas keizinan yang diberi.

Koleksi Telekung Ilmi by Hanim Creation


Read More

Sunday, 13 December 2015

SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!! PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Assalamualaikum,

Salam hujung minggu semua.

Saya tertarik dengan post di bawah yang saya ambil dari pemilik fb : Laa Tahzan Dsm. Perkara yang kebanyakan kita ambil mudah. Semoga menjadi peringatan buat kita semua.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... 
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...
kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee.. itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid. sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Hasil carian imej untuk gambar muslimah solat

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

Hasil carian imej untuk gambar muslimah solat

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu qada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuaiannya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Hasil carian imej untuk gambar muslimah solat

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Lelaki kena tahu juga, sebagai ketua keluarga.


Read More

Friday, 11 December 2015

PAGE BARU KHAS UNTUK TELEKUNG HANIM CREATION

Assalamualaikum,

Salam Jumaat bagi penghulu hari... (",)

Alhamdulillah, official baru khas untuk telekung saya telah saya wujudkan semalam. Ok, boleh klik di link ini ya :




Ini adalah salah satu perancangan saya untuk tahun 2016. Doakan saya ye dapat merealisasikan apa yang dirancang demi mencari redha Allah dan dibuka pintu rezeki untuk manfaat di jalanNya..

Amin...

Read More

Wednesday, 9 December 2015

ORDER DARI BOSS LAMA

Assalamualaikum,

Nak share order dari boss lama. Order dari dua orang boss lama di ADTEC Shah Alam. ADTEC Shah Alam yang telah saya tinggalkan dari 2011.

Baby pillow + kids towel untuk family day & face towel untuk hadiah cikgu. Terima kasih Pn Rosnoizam Abd Majid & Pn Ainin Asnawi... (",)

Order dari Pn Ainin

Order dari Pn. Ros
Ukhuwah bertaut kembali..


Read More

DI SEBALIK DOA UNTUK IBUBAPA

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak share sedikit pengisian Motivasi Pagi Ikim.fm berkenaan doa untuk ibubapa.

Doa ni biasa kita baca selepas solat. bunyinya begini :

Carian google
Ok, cuba kita baca maksudnya.kenapa dalam doa tu dinyatakan ... "kasihani ibubapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecil"...

Kita dah besar pun ibubapa sayang kita jugakkan... Kenapa agaknya ye?

Inilah jawapannya. Semasa kita kecil luar biasa kasih sayang ibubapa kat kita...betul tak?Cuba kita imbau kembali anak-anak kita ketika kecil. Kalau anak kecil kita tak berak risaukan kita???? kalau dah besar berak, mcmn??? he...

Jadi, mari kita doakan untuk mak ayah kita... Yang banyak berkorban untuk kita. Sayangi anak-anak kita, supaya mereka sayang juga kat kita...

Ok, jumpa lagi...





Read More

REZEKI SANG PEMBUAT BROOCH

Assalamualaikum,

Apa khabar pengunjung Hanim Creation? Sudah lama saya tak share post ye... Al maklum sibuk dengan kerja di office, bisnes dan aktiviti anak cuti sekolah.

Ok, saya nak share satu cerita. Brooch yang hanya bernilai kurang dari RM3 dibawa sampai ke Mekah.

Nak dijadikan cerita, saya poskan stok brooch yang ada untuk anak sedara jual sempena Hari Usahawan di sekolah anak sedara.Alhamdulillah, ada yang berkenan nak bawa ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah  pada awal Disember ini.

WhatsApp dari kakak ipar

WhatsApp dari pembuat brooch
Itulah yang dinamakan rezeki. Saya doakan, yang order dan si pembuat brooch ini juga akan menyusul ke sana juga nanti... In shaa Allah, amin.....



Read More

Tuesday, 24 November 2015

MAJLIS IHTIFAL & PENYAMPAIAN HADIAH SEKOLAH SRI PINTAR, SEKSYEN 7, SHAH ALAM

Assalamualaikum,

Apa khabar pengunjung HanimHilmi.com? Didoakan sihat ceria selalu.

Ok, Sabtu lepas saya dan suami hadiri Majlis Ihtifal & Penyampaian Hadiah Aiman dan Alif yang diadakan di Balai Seni Islam, Shah Alam.


Majlis dimulakan dengan alunan Asmaul Husna dan ucapan perasmian.


Murid-murid yang telah khatam Iqra' diraikan dengan dihadiahkan senaskah Muqaddam, sejadah, bunga telur dan pulut kuning.

Tidak ketinggalan mereka yang cemerlang dalam kelas & matapelajaran. Juga mereka yang cemerlang dalam UPSR dan PSRA.

Persembahan yang mencuit hati oleh murid-murid dari pra hingga tahun 6.




Alhamdulillah,Aiman tamat sudah Iqra'. Alif akan menyusul kemudian.


Terima kasih mualimah yang sabar mengajar anak-anakku dan anak-anak di Sekolah Sri Pintar.


Read More

Saturday, 21 November 2015

AKTIVITI BERKEBUN

Assalamualaikum,

Kisah hujung minggu yang lalu. Berkebun si Ayah dan anak-anak. Disebabkan tanah sekangkang kera dan anak pokok buah hybrid kecil lagi, kita tanam dalam pasu dulu.

Pokok manggis ada, pokok rambutan ada, pokok delima, pokok jambu air ada, pokok jambu batu ada... He...

Jom layan gambar si Ayah dan anak-anak.... (",)









Read More

SOLATLAH... SAYA SABAR MENUNGGU

Assalamualaikum w.b.t,

Salam hujung minggu semua. Didoakan semua berada dalam mood ceria dan di bawah kasih sayang Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit tentang SOLAT. Pengeposan barang yang saya buat Selesa lepas. Selepas habis kerja saya terus ke agent poslaju. Terkejar-kejar jugak sebab risau kalau van poslaju dah sampai , terlepas le barang saya nak dipos hari esoknya. Biasanya saya pos waktu rehat tengahari, tapi hujan lebat sangat hari tu. He...

Sampai di kaunter tertera perkataan SOLAT. Hanya sekeping kertas yang bertulis solat membuatkan saya cakap dalam hati "Ok, solatlah. Saya sabar menunggu". Kerisauan saya terus lupa dengan terpandang perkataan pendek itu.

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Nasihat untuk diri ini dan semua, solatlah walau sibuk manapun kita. Itulah perkara pertama yang akan ditanya ketika berjumpa Allah nanti.

Wallaahua'lam...


Read More

Monday, 16 November 2015

PROJEK SULAM TOWEL

Assalamualaikum...

Ni kisah saya dan Mr. Brother NV950... He...
Order dari kakak ipar. Dah lama x buat sulam di towel. Sulam pun yang simple je sebelum ni.
Seperti dapat hint dariNya. Elok terdetik nak buat sulam di towel,kakak ipar tanya buat tak towel bersulam.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Namun, perlu diperbaiki lagi hasil sulam itu.


Read More

Sunday, 15 November 2015

11.11.15 - GENAP UMUR AFNAN 4 TAHUN

Assalamualaikum...

Bertemu kembali semua pengunjung hanimHilmi.com.

Pada 11.11.15 yang lalu, genap umur Afnan 4 Tahun. Dilahirkan pada 11.11.11 di Shah Alam Medical Center (SALAM).

Gambar Afnan ketika 10 bulan
Tak sempat nak sambut birthday sebab family suami dari Kelantan datang. Kira sambut birthday sambil berjalan-jalan dengan We, Ayah Long, Ayah Su dan sepupu dari Kelantan.

Bermain dengan Ayah Su dan sepupu dari Kelantan
Dapat hadiah advanced dari pengasuh lagi. Set Lego. Pengasuh yang dipanggil Ibu memang tak pernah miss bagi hadiah kat anak-anak yang diasuh. He... Alhamdulillah....

Menunggu ayah siapkan Lego... (",)
Siap!!!!!!
Ok, Ummi doakan Afnan jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. 


Read More

Monday, 9 November 2015

VENDOR BUTIK PERTAMA SAYA

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, vendor butik pertama yang telah saya pilih untuk mempromosikan produk Hanim Creation.
Telekung, Sejadah & Beg Telekung Hanim Creation
Kepada warga Kota Bharu dan sekitarnya boleh datang ke Dearsister Butik, Kota Bharu. Bersebelahan RHB Bank dan berdepan dengan HUSM Kubang Kerian.
Dearsister Butik, Kota Bharu
Potongan harga 15% setiap pembelian diberi sehingga 30 Nov 2015 ye. Jom beramai-ramai ke Dearsister Butik.




Read More

Sunday, 1 November 2015

KISAH ASHABUL KAHFI

Assalamualaikum,

Salam hujung minggu semua. Selawat dan salam untuk junjungan Nabi kita S.A.W...

Pagi Jumaat lalu seperti biasa saya ikuti majlis bacaan Al-quran & tafsir di tempat kerja. Sambungan bacaan surah Al-Kahfi dari ayat 5 hingga 20.


Ayat-ayat tersebut terkandung cerita ashabul kahfi.Siapa mereka itu?

Segolongan pemuda yang sembunyi di gua bagi menyelamatkan iman mereka.Dan ditidurkan oleh Allah lebih kurang 309 tahun..

Saya sertakan link satu blog yang menceritakan kisah Ashabul Kahfi iaitu shafiqolbu.wordpress.com. Sila klik di sini ye.

Jom kita menyelusuri cerita mereka untuk menjadi ibrah & iktibar untuk kita...





Read More

Thursday, 29 October 2015

SEJADAH ILMI SI CILIK SEMAKIN DAPAT SAMBUTAN

Assalamualaikum w.bt.,

Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi.com? 

Alhamdulillah, kita semua telah pulih dari masalah jerebu yang hampir 2 minggu melanda di beberapa negeri di Malaysia. Semalam, keluar sahaja dari pagar office terpancar cahaya matahari. Oh... Rindunya saya pada sang mentari ketika itu... He...

Ok, saya nak berkongsi sedikit pasal SEJADAG ILMI SI CILIK. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang bertanya dan membeli Sejadah Ilmi. Lagi-lagi saya beri percuma untuk sulam nama di sejadah.







Kepada anak-anak yang dapat hadiah istimewa dari ibu ayah tu, Cik Hanim doakan anak-anak lebih semangat untuk bersolat.



Ok, yang nak order, cara paling mudah dan cepat whatsapp ke 013-2817292 ye...

Jumpa lagi...


Read More

Monday, 26 October 2015

MENGAJAR DAN BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, hujan membasahi bumi Shah Alam petang ini. Sejuk dan dingin sekali... 

Ok, saya nak bercerita sedikit kisah hari minggu yang lepas. Mengajar dan belajar menjahit.

Saya sambung mengajar Aiman & Alif menjahit. Kali ni, jahit butang huruf ikut ejaan nama. Sungguh excited. Selama ni saya simpan butang huruf tu. Sebab tak nak diorang ambil dalam senyap.



Berjayalah Aiman dan Alif jahit ikut nama diorang. Ada jugak le yang saya tolong. Kalau tak sampai ke pagi tak siap nanti.. He..

Esok harinya saya pulak belajar jahit comforter baby di Kolej Komuniti Klang. Seronok dapat ilmu baru. Selama ni jahit ikut syok sendiri.





Ok, setakat ini dulu ye. Yang berminat nak join kursus anjuran Kolej Komuniti Klang, boleh layari facebook Kolej Komuniti Klang untuk bulan November 2015.

Jadual November 2015

Jumpa lagi... (",)
# JAHIT adalah passion saya... (",)


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies