ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 31 January 2015

200++ PASANG BULK ORDER TELEKUNG ILMI KANAK-KANAK & DEWASA

Assalamualaikum w.b.t...

Salam hujung minggu kepada semua pengunjung HanimHilmi.com. Saya doakan semua berada dalam rahmat & kasih sayang Allah.

Alhamdulillah, syukur di atas rezeki yang dikurniakan dari Ilahi. Saya ingin berkongsi rasa gembira saya di mana saya mendapat tempahan pukal 200 pasang telekung dari kawan saya. Terkejut juga ketika membaca Telegram dari beliau. Target kawan saya Mac ini siap untuk jualan beliau di program sekolah anak beliau. Saya ingatkan untuk stok Ramadhan. He...

Setelah berfikir dan berbincang dengan suami serta team Hanim Creation, kami bersetuju untuk terima tempahan beliau. Inisiatif saya untuk tempahan siap pada masanya, saya telah mencari tukang jahit yang menjahit di rumah untuk membantu menyiapkan bahagian-bahagian kecil telekung sepetu awning dan tali telekung. Alhamdulillah, saya dapat mencari dua orang tukang jahit iaitu Siti dan Kak Tina hasil dari banner yang dipasang oleh suami. Berguna betul banner tu kan... (",).



Ok, doakan semua perancangan & perjalanan tempahan berjalan lancar ye.. Kepada yang ingin membuat tempahan individu atau pukal boleh hubungi saya ye.


*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292



Read More

Sunday, 25 January 2015

KELAS INTENSIF BMD - BUSINESS MODEL CANVAS(BMC)

Assalamualaikum w.b.t

Salam hujung minggu semua. Saya doakan pengunjung HanimHilmi.com berada dalam kondisi yang sihat dan ceria bersama insan-insan di sekeliling anda.

Alhamdulillah. Semalam (24.1.15) saya telah hadiri satu bengkel yang diadakan di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Bengkel yang dinamakan Kelas Intensif Master Your Business Model Designing - Business Model Canvas(BMC) yang dianjurkan oleh Pn. Roslina Shaik Dawood dari JR Works Training & Consultancy.

Curi-curi ambil gambar Pn. Roslina
Hampir 30 orang hadiri kursus tersebut yang rata-rata telah mempunyai perniagaan sendiri. Rasa diri ini bertuah kerana dengan izin Allah saya berpeluang hadiri bengkel tersebut dan berkenalan dengan mereka yang bermacam-macam perniagaan yang dijalankan. baik dari perniagaan pakaian, servis dan makanan.

Antara rakan-rakan peserta yang hadir

Dalam bengkel tesebut Pn. Roslina berkongsi pengalaman kerja beliau yang dari menjawat jawatan yang bergaji agak besar, diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi pada 2008 dan bagaimana beliau bangkit semula dengan menjual barangan terpakai. Semangat beliau memang saya kagumi dan memberi semangat kepada saya malah kepada peserta yang lain juga.

Ok, berbalik ke bengkel tersebut, Pn Roslina berkongsi ilmu bagaimana untuk merancang perniagaan hanya dalam sekeping kertas dengan menggunakan kaedah BMC. Dengan menggunakan sticker berwarna-warni kami diajar bagaimana untuk kita merancang dan mengenalpasti pelanggan kita, kelebihan produk/servis kita, peluang, saluran, sasaran jualan, costing dan beberapa perkara lagi. Untuk tahu lebih lanjut kaedah ini anda boleh dapatkan dalam buku Business Model Generation yang dikarang oleh Alexander Osterwalder dan Yves Pigneur.

Buku Business Model Generation karangan Alexander Osterwalder dan Yves Pigneur.

Business Model Canvas (BMC)
Apa yang dikongsi dan diajar oleh Pn. Roslina banyak membantu saya yang baru setahun jagung berbisnes. Kalau sebelum ni tak berani target untuk jualan ribu riban. Tapi selepas diajar oleh beliau baru rasa yakin dan mudah sebenarnya nak target jualan 4 ke 5 angka untuk sebulan. Slot ini yang memang saya rasa best sangat yang saya kira ramai yang tak tahu. Nak tahu ke??????? Join bengkel ni ye. Baru rasa aura semangat tu.

Hasil BMC saya
Bengkel yang diadakan sehari ni memang rasa berbaloi-baloi. Santai dan sungguh enjoy. so, siapa yang brminat atau mahu info lanjut boleh ke fanpage BMD-Business Model Designers atau pm ke fb Roslina Shaik Dawood.

Jom tambah ilmu untuk kita tidak sesat jalan. Kepada kawan-kawan yang hadir bengkel tersebut didoakan sama-sama kita berjaya dalam perniagaan masing-masing dan mencapai target yang kita tetapkan.

Amin......

*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292





Read More

Friday, 23 January 2015

MAKLUMAN : HANIMHILMI.COM SEDANG DALAM PROSES 'MAKE OVER'

Assalamualaikum w.b.t

Salam jumaat kepada pengunjung HanimHilmi.Com. Didoakan semua berada dalam lindungan dan keredhaanNYA.

Ok, jangan terkejut dengan blog HanimHilmi.Com ye. Sedang dalam proses 'Make Over'. Tunggu ye penambahbaikan yang akan dibuat.

Wassalam.... (",)

Read More

Tuesday, 20 January 2015

KEUNIKAN TELEKUNG ILMI ~ JERSEY~ DARI HANIM CREATION

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berjumpa lagi di hari Rabu yang indah ini. Semoga semua dalam kesihatan yang baik  dan bahagia dengan apa yang dikurniakan Ilahi.

Alhamdulillah bisnes telekung dan tudung semakin hari semakin dapat permintaan. Walaupun sibuk dengan urusan kerja hakiki di pejabat dan dirumah, saya tetap menguruskan bisnes sebaik yang boleh. Dengan teknologi yang ada sekarang telah banyak memudahkan kerja kita bukan? Jadi, tiada alasan dan halangan untuk kita maju dan capai apa yang diimpikan. Setuju????

Ok, hari ini saya ingin bercerita berkaitan keunikan yang ada pada telekung saya iaitu TELEKUNG ILMI ~JERSEY~. Lazimnya, saya selalu dapat soalan yang  bila sebut jersey sahaja, kebanyakan akan bertanya "tak panas ke?", "kain macam baju jersey bola ke?". Yang tak tahan lagi respon seseorang yang tak dapat dilupakan "jersey yang orang buat skirting kat meja kenduri kawin tu ke?"... Itulah persepsi kebanyakannya yang pertama kali mendengar telekung saya dibuat dari material JERSEY.

Namun, alhamdulillah selepas customer terima telekung saya itu respon positif yang saya terima. Mereka suka akan material yang saya guna dan juga design telekung yang selesa dipakai.

Untuk pengunjung dapatkan info berkaitan kain jersey bolehlah ke link berikut :


Kembali semula ke tajuk entri saya. Di bawah ini saya senaraikan  keunikan telekung saya ini iaitu : 

TELEKUNG DEWASA
~ Fabrik Jersey yg tebal, lembut dan sejuk.
~ Dihiasi renda organza pelbagai warna.
~ Selesa, ringan dan mudah untuk dibawa.
Rekabentuk yang ringkas namun eksklusif.

~ Tidak melekat dan tidak mengikut bentuk badan.
~ Kain bergetah dan bertali supaya lebih selesa
~ Mempunyai lapik dalam (lining) dan tidak perlu memakai anak telekung (scarf) 
~ Sesuai untuk Haji dan Umrah serta sebagai hadiah/hantaran perkahwinan.




TELEKUNG KANAK-KANAK
~ Fabrik Jersey yg tebal, lembut dan sejuk.
~ Dihiasi renda cotton pelangi.
~ Selesa, ringan dan mudah untuk dibawa.
Rekabentuk yang ringkas namun menarik dan ceria
- Awning dan tali bergetah supaya senang dipakai.
~ Sesuai dijadikan hadiah kepada si cilik untuk menarik minat mereka bersolat


Diharap sedikit info berkaitan telekung saya ini dapat memberi manfaat dan maklumat kepada anda semua. Bagi yang berminat untuk menempah atau pertanyaan boleh hubungi saya ye... 

*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292







Read More

Friday, 16 January 2015

BERBISNES : MEMBAWA SAYA SENTIASA INGAT ALLAH

Assalamualaikum w.b,t

Salam ceria sebagai pembuka bicara pada entri kali ini. Semoga semua dalam mood gembira dan tenang di hari Jumaat bagi penghulu segala hari.

Sudah 16 hari kita berjumpa dengan si 2015. Apa yang telah kita capai ye pada 2014? Dan 2015 pula macamana? Yang telah buat wish list, azam, impian dan yang sewaktu dengannya didoakan berjaya mencapai apa yang diimpikan. Yang masih dan belum ada azam sila cari walaupun hanya satu azam anda untuk 2015.

Alhamdulillah... Walaupun baru setahun jagung Hanim Creation beroperasi secara team - sudah ada worksyop jahit, tailor dan agent, banyak perkara baru yang saya belajar. Dari segi masa, wang ringgit, emosi dan fizikal. Cabaran usah dikata. Kenangan pahit dan manis silih berganti. Namun, perkara yang paling memberi perubahan besar dalam diri saya adalah SENTIASA INGAT ALLAH.


Sebelum ini, saya hanya bekerja sebagai pegawai yang makan gaji. Tak perlu risau pasal duit. 'Rezeki' akan masuk setiap bulan ke akaun Maybank dan segala potongan dah tertulis di dalam slip gaji. Gaji yang berbaki juga sudah sedia maklum untuk diagih-agihkan untuk bayaran bil telefon, kereta, mak di kampung dan keperluan sendiri. Kerja pun dari 8.00 pagi ke 5.00 petang. Hujung minggu habiskan masa bersama keluarga. Itulah rutin setiap bulan. 

Namun, setelah serius berbisnes hampir semuanya berubah. Setiap duit keluar masuk perlu dicatat & dikawal. Perlu 'aktif' dalam berwhatsapp/fb/pm/blog yang memerlukan pengorbanan masa & emosi. Kadang-kala tak terlayan dengan pertanyaan yang masuk. 

Bab masa yang agak stress bila sudah berbisnes. Sebelum ke pejabat perlu ke kedai dahulu & sebelum pulang dari pejabat ke kedai dahulu. Sebelum tidur check dahulu order pelanggan/agent dan stok kain. Masalah, sibuk, tekanan datang tanpa kira masa dan waktu. Pendek kata kene bersiap siaga sepanjang 24jam.



Saat-saat stress macam tulah baru kita rasa perlu luahan dan pertolongan dariNya. Di sinilah segalanya bermula...SAYA SENTIASA INGAT ALLAH.. Dalam setiap saat, sedih, gembira, stress, lapang dan hampir putus asa hati sentiasa ingat Allah. Allah yang pertama dicari.

Syukur Alhamdulillah saya dipilih olehNya untuk berbisnes yang asalnya menjahit adalah sebagai hobi saya. Kini hati saya tertarik dan ditarik olehNya. Semoga saya dapat istiqamah dengan apa yang saya lakukan - solat awal waktu, solat dhuha & tahajud, sedekah, membaca Al-Quran. Begitu juga dengan pengunjung semua. Jadikan 2015 ini tahun yang lebih baik dari tahun lepas.




Ok, sampai sini dahulu coretan bagi entri kali ini. Apa???? Produk baru dari Hanim Creation? In shaa Allah akan muncul tak lama lagi. Tunggu ye...



*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292











Read More

Saturday, 10 January 2015

HADIAH BUAT TEAM HANIM CREATION

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali kita di tahun baru 2015. Belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 dan tidak lupa Salam Maulidurrasul pada semua. Semarakkan cinta kita kepada junjungan mulia Muhammad S.A.W dengan mengikuti sunnahnya & perintah Ilahi.

Alhamdulillah, apa yang saya rancang pada minggu terakhir 2014 tercapai. Sungguh seronok tailor saya - Kak Shida, Efa & Wafa. Saya telah 'hadiahkan'  mereka kelas percuma menjahit tudung, beg dan telekung lycra kanak-kanak.








Dah le percuma, boleh pilih kain sendiri & bawa balik hasil jahitan. Seronokkan!!!! Di bawah ni adalah hasil tudung dan beg yang dihasilkan oleh Kak Shida, Efa dan Wafa.





Saya buat pun sebenarnya untuk persediaan 2015. Saya ingin tambahkan lagi produk terkini selain tudung.

Ok, nantikan akan produk terkini dari Hanim Creation.







Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies