ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 28 March 2015

PART 2 : PENGALAMAN PERTAMAKU DI PASARNITA@TELEKUNG FEST

Assalamualaikum w.b.t,

Salam ceria saya ucapkan kepada pengunjung HanimHilmi.com. Saya doakan kalian semua sentiasa di bawah naungan dan kasih sayang Allah.

Ok, sudah baca ke entri PART 1 saya pasal festival telekung tempoh hari? Bagi yang belum boleh klik di sini sebelum baca entri saya seterusnya ni.. He..

Sambungan dari Part 1....

PASARNITA@Telekung Fest (12-14 Mac 2015)

Pada 12 Mac 2015, bermula festival tersebut. PASARNITA adalah inisiatif keusahawanan & perniagaan oleh Pej. Penasihat Pembangunan Keusahawanan & Ikhtisas Wanita JPM yang diterajui oleh Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil(merujuk pada instagram@pasarnita).

PASARNITA@Telekung Fest yang dianjurkan pada 12-14 Mac 2015 adalah salah satu program untuk membantu pengusaha/vendor telekung Malaysia mempromosi produk masing-masing. Selain itu, adalah untuk menarik perhatian orang ramai untuk membeli telekung buatan tempatan yang mana kita perhatikan telekung yang dijual di luar sana kebanyakannya dari negara luar terutamanya Indonesia dan Vietnam.


Berbalik pada kisah saya sepanjang festival tersebut. Pada hari pertama, kami semua sibuk menyusun dan menghias gerai-gerai kami. Seronoknya kami seperti sudah kenal lama. Sama-sama bantu susun barang, bercerita tentang produk dan bisnes masing-masing. 



Haaa taraaa.... Inilah gerai saya yang tak seberapa.... Heee.... Malu-malu pulak model saya sorang tu... (",)



 


Kat gerai saya ni, saya buat Cabutan Bertuah. Idea dari seorang rakan saya. Hasilnya agak memberangsangkan, ramai jugak yang datang ke gerai saya. Sambil isi borang maklumat pengunjung sebelum cabut nombor, masa tu le saya promote produk saya dan bagi flyers & bisnes card pada mereka. Bagi yang nak buka gerai @ booth nanti boleh buat le cuba ye... He...




Ni le hari kemuncaknya. Dato Sri Shahrizat merasmikan festival telekung tersebut. Meriah sumgguh dengan kehadiran artis-artis. Kebetulan tapak festival ni ramai artis-artis yang bukak kedai kat sini. Zul Yahya, Aza Elite, Bienda dan ada lagilah. Kenal muka tak kenal nama... He...





Yang menggembirakan saya, telekung saya dapat join fashion show. Berbunga-bunga hati saya tau... Macam tak sangka boleh join. Dapat le naik pentas bergambar dengan Dato Sri. Kenangan yang tak dapat dilupakan... (",)







Alhamdulillah, berakhir sudah story saya pasal Pasarnita@Telekung Fest. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNYA saya dapat join festival ni. Dalam masa yang sama dapat berjumpa dengan kawan-kawan baru yang sealiran bisnes dengan saya, dapat berkongsi ilmu dan tukar pendapat. Yang penting bagi saya adalah networking antara kami selepas ini.


Ok, ini sahaja yang sempat saya kongsikan. Banyak sebenarnya nak bercerita tapi masa sangat mencemburui kita. Jumpa lagi entri yang akan datang dengan pelbagai cerita yang menarik lagi.

Wassalam... (",)


*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 


Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292



Read More

Monday, 23 March 2015

PART 1 : PENGALAMAN PERTAMAKU DI PASARNITA@TELEKUNG FEST

Assalamualaikum w.b.t,

Bertemu kembali bersama saya di HanimHilmi.com. Sebelum memulakan bicara pada entri kali ni sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi dengan limpah kurniaNya kepada kita semua.

Walaupun telah seminggu berlalu namun masih segar di ingatan saya. PASARNITA@TELEKUNG FEST, Itulah pengalaman pertama saya membuka gerai sebagai langkah pertama mempromosi telekung saya.


PASARNITA@Telekung Fest di Busana MARA, Kuala Lumpur
Pada 27 Feb 2015, Kak Zai(rakan & sifu group telekung) telah post info pasal festival telekung ni yang akan diadakan pada 12-14 Mac 2015. Dalam sibuk menyiapkan 200 pasang telekung yang saya target 1 Mac siap, terlintas di kepala saya" Peluang baik ni, Gerai pun free..". Lagipun, projek 200 pasang telekung ni dah nak siap masa tu. Jadi, tanpa berlengah saya terus pm(private message) Kak Zai untuk info lanjut.

Post fb yang dikongsi oleh Kak Zai
Alhamdulillah, pada 2 Mac 205 saya call urusetia program, Pn. Ita, dapatlah booking satu gerai untuk saya sertai festival tersebut. Gerai dah booking, jadi step seterusnya... Preparation untuk festival telekung le... He...

Setelah perbincangan yang dibuat dengan Team Hanim Creation, kami buat telekung dewasa & kanak-kanak serta beg telekung untuk stok jualan. Saya dan suami juga berbincang untuk membuat bunting, flyers dan bisnes card untuk diletakkan di gerai nanti.

Agak penat untuk buat preparation festival tersebut. Bertambah kalut apabila dimaklumkan festival adalah berkonsepkan butik. Namun, dengan niat untuk mencari pengalaman dan mahu perkenalkan telekung saya ni kuatkan semangat juga untuk memikirkan konsep yang diminta.

Pada malam 11 Mac 2015 bermula jam 10 malam, kami diminta untuk loading barang supaya festival esok hari berjalan lancar. Balik kerja petang tu terus ke kedai untuk final checking barang-barang yang nak dibawa. Selepas solat Isya' kami pun mengangkut barang-barang dan bergerak ke tapak festival yang bertempat di Busana MARA, Kuala Lumpur.


Anak-anak diangkut jugak... (",)
Dalam jam 11.30 malam kami selesai loading barang. Penat yang tak terkata. Sampai rumah terus melelapkan mata untuk menempuh hari esoknya. Sebelum tidur, macam-macam yang bermain di kepala. Excited, takut, nervous, dan macama-macam lagi le. Almaklum pertama kali join festival dan berdepan dengan orang ramai untuk promote produk sendiri. Selama ini promote hanya di atas talian... He...

Ok, nak tau cerita semasa festival tersebut??? Tunggu entri pada Part 2 nanti ye... Tak sabar nak kongsi sebenarnya. Banyak benda yang saya dapat... So, tunggu ye...

Preparation di pagi festival

*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 


Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292


Read More

Thursday, 19 March 2015

ALHAMDULILLAH,PROJEK 200 TELEKUNG SELESAI

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pengunjung HanimHilmi.com? Semoga pengunjung semua di bawah limpahan kasih sayang & rahmatNya.

Ok, ingat tak dengan entri saya tempahan 200 telekung kanak-kanak & dewasa pada awal Februari tu? Alhamdulillah telah selesai disiapkan awal Mac yang lalu. Terima kasi pada team Hanim Creation yang fulltime & parttime bertungkus-lumus menyiapkan tempahan tersebut.

Kawan saya juga berpuashati dengan hasil tempahan yang diterima. Rasa lega sungguh semua perancangan siap pada masanya. Hasil tempahan pun dah mula dijual sempena hari sukan sekolah anaknya. 

Sedang set up jualan sempena hari sukan... (",)
Suka saya tengok kawan saya ni. Dia cakap dia jual ni pun nak didik anak-anak berniaga dari kecil lagi. Hmmm... Boleh tiru ni cara kawan saya ni utk anak-anak kitakan.... Rasulullah pun diajar berniaga sedari kecil... (",)

Ok, itu saje entri saya kali ni. Apa???? Ooooo nak tau pasal cerita Pasarnita@ Telekung Fest minggu lepas. Tunggu ye entri saya dalam sehari dua ni... Jumpa lagi...


Pasarnita@Telekung Fest
Wassalam


Read More

Friday, 6 March 2015

KOLEKSI BUKU # 2 : ALLAH TEMPAT MEMINTA

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi,com? Didoakan kalian semua dalam kerahmatan & keberkatanNYA pada hari ini iaitu penghulu segala hari. Jom sama-sama perbanyakkan doa dan membaca surah Al-Kahfi pada hari ini.

Ok, saya baru sahaja membeli buku terbaru dari penulis FATHURI SALEHUDDIN yang menulis buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI(MMR) . Bagi yang belum baca entri saya berkaitan buku tersebut boleh le klik di sini ye..

Alhamdulillah, sejak buku ALLAH TEMPAT MEMINTA (ATM) dikeluarkan 3 kali percubaan untuk beli secara online baru saya dapat kerana habis terjual. Apa yang menarik hati saya untuk beli buku ini adalah perkongsian penulis tentang 40 kisah benar individu yang diduga Allah dengan kesempitan rezeki yang mana akhirnya mendapat pertolongan dari Allah.


Sedikit perkongsian kisah pertama dalam buku ATM ni adalah Allah Maha Pemberi di mana kisah ini berlaku pada September 2014. Hamba Allah ini ditimpa masalah kewangan. Dengan gaji yang telah ditolak hutang-piutang baki yang tinggal hanyalah RM250 sahaja.



Dengan perasaan yang berkecamuk beliau mendirikan solat Zohor dan mencapai Al-Quran. Alhamdulillah tenang seketika diri beliau setelah berdoa memohon pertolongan dariNYA. Doa pertama yang beliau ucap " Terima kasih Ya Allah, kerana di sebalik musibah kewangan, ia mendekatkan saya kembali kepada yang Maha Pencipta". Beliau memohon untuk diberi jalan keluar akan kesulitan yang melanda.

Yang membuat saya merenung sebentar adalah beliau teringat akan pesan ustaz Yuotube ' ....kalau berdoa masa hujan lebat, in shaa Allah, doa dimakbulkan Allah...". Allahumma, biasanya bila hujan lebat kita terfikir '..lebatnya hujan, dah le nak drive balik rumah ni...", "...alahai basah le baju di jemuran..." macam ayat dalam cerita Pendekar bujang Lapuk tu... He...

Balik semula kepada cerita tadi, dengan airmata yang berlinangan beliau terus mengangkat tangan berdoa kepadaNYA. Selepas itu beliau mendirikan solat Dhuha, Solat Hajat, membaca ayat 26 & 27 Surah Ali-Imran dan beliau berserah sepenuhnya kepada Allah.

Pengunjung tahu apa yang berlaku selepas itu????? Beliau terus dapat call dari adik beliau yang mahu bank in duit ke akaun beliau. Selang beberapa hari beliau terima WhatsApp ada orang nak beli kereta lamanya. Baru beliau ingat yang beliau ada bagitau kawan-kawan mahu jual kereta lamanya.

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar.... Maha Pemberi Engkau Ya Allah... Hampir berlinang air mata saya membacanya ketika itu sambil mendengar Doa Taubat alunan dari kumpulan nasyid Hijjaz.

Banyak ibrah yang boleh kita perolehi dari kisah inikan... Pertamanya kembalilah kepada Allah yang mencipta kita dan jangan berputus asa dengan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Allah turunkan dugaan pada kita bukan Allah benci kita, tapi ALLAH SAYANG KITA  sebenarnya.



Ok, saya memang syorkan pengunjung HanimHilmi.com untuk dapatkan buku ni. banyak pengajaran yang boleh kita dapat dan muhasabah bagi ke arah yang lebih baik... Jumpa lagi semua...

Wassalam...


Read More

11 FEB 2015 ~ ULANGTAHUN AIMAN KE-8

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Jumaat pada semua yang mengunjungi HanimHilmi.com. Didoakan semua pengunjung sihat dan ceria bersama insan di sekeliling anda semua.

Cerita yang hampir sebulan tertangguh. Tajuk telah lama disimpan dalam senarai entri saya. Maaf ye Abang Aiman, agak lewat untuk Ummi kongsikan dalam blog kita.

Ok, pada 11 Februari 2015 genap anak sulong kami AIMAN MUIZ BIN MOHD HILMI berusia 8 tahun. Permintaan dari Aiman ingin memberi hadiah pada kawan-kawan. He... Biasanya kawan-kawan bagi hadiahkan? Dengan mencari hadiah yang dalam bajet RM2, Aiman pilih untuk bagi set alatulis untuk kawan-kawannya.

Hello Kitty untuk kawan perempuan,
Hot Wheel untuk kawan lelaki

Memandangkan dah bagi set alatulis kepada kawan, saya hanya membeli kek dan air kotak untuk Aiman sambut hari lahirnya bersama-sama kawan di sekolah.



Ok, Ayah dan Ummi doakan Abang menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada Ayah dan Ummi.

Apa??? Cerita terkini dari Hanim Creation?? Ada... tunggu ye entri akan datang... Ok, jumpa lagi semua...


*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 


Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292


Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies