ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 23 May 2015

DI SEBALIK 5 WAKTU

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua. Saya doakan semua dalam mood yang baik dan ceria bersama insan di sekeliling kita.

Ok, post kali ni saya nak berkongsi ilmu yang saya ambil dari majalah Solusi Isu 61. Di ruangan Fizikr yang ditulis oleh Ustaz Norazmi Anas. Tajuk yang best bagi saya iaitu ' Di Sebalik 5 Waktu'.
Majalah Solusi Isu 61
Anas bin Malik menceritakan : "Solat diwajibkan ke atas Nabi s.a.w pada malam Baginda diisrakkan sebanyak 50 kali, lalu dikurangi hingga menjadi 5 kali. Kemudian Baginda diseru : " Wahai Muhammad, sesungguhnya ketetapan di sisi-Ku tidak diubah. Dan sesungguhnya dengan lima waktu ini kamu akan mendapatkan pahala 50 waktu."-(Riwayat Ahmad)

             ~ Petikan dari artikel tersebut ~

Alhamdulillah, kita baru je menyambut hari Israk dan Mikraj pada 27 Rejab bersamaan 16 Mei 2015 yang lalu. Kisah di mana Rasulullah diangkat ke langit. Salah satu 'hadiah' yang diterima oleh Rasulullah iaitu solat yang asalnya diwajibkan 50 kali berkurang menjadi 5 kali.

Allahumma.... Cuba bayangkan sekiranya dituntut solat 50 waktu sehari semalam. Mampukah kita sedangkan 5 kali pun kadang-kadang tak terjaga. Rasa kerdilnya diri ini bila baca kembali cerita Israk Mikraj Rasulullah. :(


DI SEBALIK 5 WAKTU

Ok, berbalik pada artikel yang saya nak kongsikan. Kita sedia maklum, waktu yang berbeza-beza dikhususkan untuk kita mengerjakan solat pasti ada hikmah disebaliknya. Merujuk pada surah Al-Nisa' ayat 103 bermaksud :

"Sesungguhnya solat itu kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman."
Jom sama-sama kita bongkar rahsia di sebalik 5 waktu tersebut.


SOLAT SUBUH ~ Permulaan Penuh Kesegaran

Kita tahukan untuk mendapat udara paling segar adalah di awal pagi. Mereka yang solat di awal pagi secara tidak langsung mengambil udara sihat. Paru-paru akan menyerap oksigen sebagai bahan bakar untuk metabolisme tubuh supaya dapat melakukan aktiviti harian dengan baik. Ini membuatkan kita lebih bersemangat dan minda menjadi segar.

Otak dan tubuh yang cergas memudahkan ilmu diserap dan difahami kesan daripada kandungan oksigen yang tinggi di dalam badan. Datang ofis pun sentiasa dalam mood aktif dan positif. Betul tak???


SOLAT ZUHUR ~ Penyegar Tubuh

Selepas solat Subuh, kita semua bertebaran dengan melakukan aktiviti harian tidak kiralah bekerja, belajar, menjaga anak dan lain-lain. Segala aktiviti tersebut memerlukan tenaga yang banyak. Kita mula rasa penat dan letih bila menjelang tengahari.

Secara logiknya, mengapa disyariatkan untuk Solat Zuhur pada masa badan sedang letih dan penat? Ya, sebenarnya solat Zuhur  berperanan sebagai penyegar tubuh badan dan semangat setelah penat bekerja. Ia umpama bateri yang memerlukan tenaga tambahan apabila lemah dan perlu dicas semula.

Selain itu, solat Zuhur adalah sebagai penenang sementara daripada kesibukan kerja yang dilakukan dari pagi hingga tengahari. Ada baiknya juga kita tidur sebentar sebelum masuknya solat Zuhur yang mana ini adalah sunnah Rasulullah.

Dari sudut kesihatan pula, solat Zuhur berfungsi sebagai fasa penyejuk bagi sebelas sistem tubuh badan kita kerana sistem tubuh telah dikerah bekerja secara optimum pada pagi hari. Jantung kita akan menjadi sihat dan berfungsi dengan baik kerana diberi kerehatan secukupnya.


SOLAT ASAR ~ Mengimbangi keletihan

Bila tiba waktu petang, kita akan mula rasa semakin penat dan letih dengan kerja seharian. Ketika itu tenaga dan produktiviti kita berkurang. Satu kajian oleh Dr. Zahir Qarami membuktikan bahawa solat Asar mampu manjauhkan kita dari penyakit jiwa & mental di mana kadar penghasilan hormon adrenalin dalam tuduh kita.

Jika solat Asar tidak didirikan, kita masih berada dalam keadaan tertekan yang menyebabkan hormon adrenalin sentiasa berada dalam darah dan terus meningkat. Keadaan inilah yang menyebabkan kehadiran penyakit jiwa dan fizikal.

Fasa ini dikenali sebagai fasa toksifikasi tubuh badan. Ginjal dan usus kecil berperanan membuang sisa-sisa metabolisme tubuh untuk menjadikan tubuh lebih sihat dan terhindar dari penyakit.


SOLAT MAGHRIB & ISYAK ~ Berehat Dengannya

Solat Maghrib merupakan fasa detoksifikasi bahan-bahan pembuangan metabolisme tubuh badan kita. Biasanya waktu ini semua kerja seharian kita telah selesai. Suasana terang pun sudah menjadi gelap dan seterusnya membawa kita ke waktu rehat.

Solat Isyak pula akan mengakhiri aktiviti seharian kita. Waktu inilah yang sesuai untuk memperbaiki peredaran darah dan mengatur pernafasan menjadi lebih baik. Selain itu, fungsi hati dan pancreas juga dioptimumkan.

Ketahanan diri juga menjadi lebih kuat hasil daripada penggantian  sel-sel mati dan sistem imun tubuh badan menjadi lebih kuat.



5 KALI SOLAT ~ Rutin Memperbaharui Syahadah

Alhamdulillah, terungkai sudah hikmah di sebalik 5 waktu. Namun, hikmah yang saya kira paling besar adalah rutin memperbaharui syahadah kita. Kita semua tidak lari dari melakukan dosa dan kesalahan sama ada sedar atau tidak. Begitu juga dengan dosa syirik yang kadangkala perbuatan kita ada berunsurkan syirik kepada Allah.

Di dalam solat kita akan membaca syahadah di saat tahiyat awal dan akhir. maka, jika kita syirik secara tidak sengaja, solat kita mampu menyelamatkan syahadah kita.

Ok, itulah petikan yang saya ambil dari artikel tersebut. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua terutamanya diri saya ini. Jom, kita cuba amalkan solat di awal waktu kerana Rasulullah pernah ditanya oleh Abdullah bin Mas'ud : " Apakah amalan yang utama?". Jawab Rasulullah : " Solat tepat pada waktunya".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Wallahu'alam.....




Read More

Sunday, 17 May 2015

TELEKUNG ILMI - SAYA 'REBRANDING' TELEKUNG SAYA

Assalamualaikum w.b.t
 
Bertemu lagi kita sekian kalinya. Diharap pengunjung HanimHilmi.com berada dalam kesihatan yang baik dan diberkati olehNya.
 
Alhamdulillah, saya telah selesai update design terbaru telekung kanak-kanak & dewasa.Maaf ye yang menunggu lama. Pengunjung boleh terus ke link di bawah untuk lihat design terkini berserta harga,

 
Alhamdulillah juga saya telah 'rebranding' nama telekung saya iaitu TELEKUNG ILMI. Puas mencari nama yang sedap dan mudah disebut. He... Di bawah ini adalah logo bagi telekung baru saya yang telah digunakan semasa PBAKL 2015 di booth Galeri Ilmu.
 

Logo terbaru TELEKUNG ILMI
 
Ok, kepada yang berminat untuk menempah bolehlah hubungi saya ye. Jumpa lagi semua...
 
Wassalam...
 
***************************************************************************************
Kepada yang ingin menempah dan pertanyaan lanjut boleh pm/hubungi 
saya di fanpage saya Hanim Creation @ 013-2817292


 




Read More

Monday, 11 May 2015

TELEKUNG ILMI ~ PENAJA LANGGANAN PBAKL 2015 BAGI MAJALAH ANIS & ASUH

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi.com. Sudah sebulan tidak bersua. Maaf ye, dengan kesibukan masa saya sempat update cerita Hanim Creation di "Muka Buku" sahaja. Sebelum itu, saya doakan pengunjung semua diberkati dan dirahmati olehNYA.
PENAJA LANGGANAN PBAKL 2015 BAGI MAJALAH ANIS & ASUH
Alhamdulillah, PBAKL 2015 sudahpun tamat. Sempat juga saya bawa anak-anak ke PBAKL 2015 di PWTC Kuala Lumpur. Pesan kat Aiman, Alif dan Afnan  Ummi bagi RM50 seorang untuk beli buku yang awak semua suka. Seronoknya mereka. Pertama kali diberi peluang cari buku sendiri.


Sibuk mencari buku masing-masing


Aiman belajar untuk bayar sendiri

Si kecil Husna yang sibuk
membelek buku... (",)

 
Ok, bercerita tajuk post saya kali ni. Syukur tak terhingga kepada Allah s.w.t diberi peluang untuk menjadi penaja untuk Galeri Ilmu bagi yang melanggan Majalah Anis & Asuh. Terima kasih kepada Yusniza, teman seperjuangan yang baru berjumpa ketika sama-sama buka booth di Pasarnita@TelekungFest beberapa bulan lalu. Beliaulah yang telah bagitau berkaitan penajaan tersebut.
Penghargaan yang kami terima sebagai penaja langganan, kami diberi iklan percuma di Majalah Anis. Itu yang best sangat-sangat. Gembira tak terhingga dengan rezeki yang satu-persatu Allah kurniakan.



Terselit logo Telekung Ilmi
by Hanim Creation


Antara pengunjung Galeri Ilmu yang
mendapat hadiah langganan
dari Hanim Creation
 
Ok, setakat ini dulu ye... Yang nak order Telekung Ilmi sempena Ramadhan yang bakal menjelma cepat-cepat ye. Order semakin banyak ni. He.. Jumpa lagi ye...


*******************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 



Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292

 



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies