Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi.com. Sudah sebulan tidak bersua. Maaf ye, dengan kesibukan masa saya sempat update cerita Hanim Creation di "Muka Buku" sahaja. Sebelum itu, saya doakan pengunjung semua diberkati dan dirahmati olehNYA.
PENAJA LANGGANAN PBAKL 2015 BAGI MAJALAH ANIS & ASUH
Alhamdulillah, PBAKL 2015 sudahpun tamat. Sempat juga saya bawa anak-anak ke PBAKL 2015 di PWTC Kuala Lumpur. Pesan kat Aiman, Alif dan Afnan Ummi bagi RM50 seorang untuk beli buku yang awak semua suka. Seronoknya mereka. Pertama kali diberi peluang cari buku sendiri.
![]() |
Sibuk mencari buku masing-masing |
![]() |
Aiman belajar untuk bayar sendiri |
![]() |
Si kecil Husna yang sibuk membelek buku... (",) |
Ok, bercerita tajuk post saya kali ni. Syukur tak terhingga kepada Allah s.w.t diberi peluang untuk menjadi penaja untuk Galeri Ilmu bagi yang melanggan Majalah Anis & Asuh. Terima kasih kepada Yusniza, teman seperjuangan yang baru berjumpa ketika sama-sama buka booth di Pasarnita@TelekungFest beberapa bulan lalu. Beliaulah yang telah bagitau berkaitan penajaan tersebut.
Penghargaan yang kami terima sebagai penaja langganan, kami diberi iklan percuma di Majalah Anis. Itu yang best sangat-sangat. Gembira tak terhingga dengan rezeki yang satu-persatu Allah kurniakan.
![]() |
Terselit logo Telekung Ilmi by Hanim Creation |
![]() |
Antara pengunjung Galeri Ilmu yang mendapat hadiah langganan dari Hanim Creation |
Ok, setakat ini dulu ye... Yang nak order Telekung Ilmi sempena Ramadhan yang bakal menjelma cepat-cepat ye. Order semakin banyak ni. He.. Jumpa lagi ye...
*******************************************************
Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini :
Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:
Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292
0 comments:
Post a Comment