ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Tuesday, 28 July 2015

TURQOISE KAMI TAHUN INI... (",)

Assalamualaikum w.b.t,

Pembuka bicara saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin atas kesilapan dan kekhilafan yang ada.


Bagaimana cuti raya semua? Tentu seronokkan.... Tahun ni raya di mana ye??? He, dah baca tak post saya sebelum ni? Kalau belum dan nak baca dulu sila klik di sini ye ... (",)

Ok, dah baca ke? harap lepas ni kita faham akan tanggungjawab kita tidak kira bila dan di mana. Jangan dikesampingkan hukum dan ajaran yang dianjurkan dalam Islam. Walaupun tiada istilah giliran balik raya, namun konsep ihsan antara suami isteri perlu ada agar silaturrahim kedua-dua keluarga terpelihara dengan baik mudah-mudahan.

Alhamdulillah, tahun ni kami beraya di belah saya dahulu iaitu di Kulai, Johor. Kalau beraya di belah saya memang meriah sebab adik beradik 13 orang ( sebelum ni 14 orang, seorang abang meninggal tahun lepas).

Yang seronok sangat ada amalan 'munjung'. 'munjung' tu amalan menghantar juadah raya ke rumah jiran-jiran. Biasa sehari sebelum raya atau di pagi raya kami menghantar dan terima juadah raya.So, memang banyak le makanan & bermacam-macam. Rezeki jangan ditolakkan... He...

Juadah yang  akan dihantar ke jiran

Afnan(kiri) & sepupu-sepupu pun excited nak gi munjung

Ok, ni gambar di pagi raya... jom layan...

Antara anak-anak sedaraku. Total anak sedara & cucu sedara dalam 40 orang..
Abang Nan (abang ketiga) melayan anak sedara mintak duit raya
Antara gambar-gambar yang sempat Aiman snap guna handphone... (",)



Namun dalam kemeriahan kami sambut raya, dalam hati masing-masing pasti terselit kesedihan pada arwah abang, Nor Zaidi bin Haron yang telah meninggalkan kami semua pada 5 Ramadhan tahun lepas disebabkan kanser. Semoga roh abangku dicucuri Rahmat olehNya... Al-Fatihah.


Kembali ke tajuk post saya, tema baju raya kami sekeluarga adalah turqoise. Begitulah kebanyakannya kita. Nak sedondon satu famili. Baru feel raya tu terasakan... He...

Ini le gambar yang paling comel diambil.. (",)

Suamiku & Husna

Ok, setakat ni dulu cerita raya kami tahun ini. Hari ni dah start kerja. Operasi team Hanim Creation pun dah bermula hari ni. Alhamdulillah... Rezeki dariNya yang Satu...

Wassalam...



Read More

Wednesday, 15 July 2015

GILIRAN BALIK RAYA???

Assalamualaikum dan salam 28 Ramadhan buat semua pengunjung HanimHilmi.com...
Alhamdulillah.... masih diberi peluang untuk berada dalam hari yang ke-28.
 
2 hari lepas seorang encik di office bertanya saya beraya di mana tahun ini? " Tahun ni saya raya Johor dulu. Raya ke-4 baru balik Kelantan"... Jawab dengan perasaan excited gitu. Almaklum raya belah saya.
 
Saya ditanya lagi. " Awak rasa adil ke macam tu?"... Dengan sepantas kilat saya soal balik  sambil berseloroh.."Tak adil ke macam tu? Dua-dua balik"... Masa tu sebenarnya ada sedikit rasa tak puas hati. Namun, mengenangkan Ramadhan kali ni nak tarbiyah diri, saya berlembut sedikit dan bertanya kembali. " Kenapa En. XXX tanya macam tu?"
 
Hujah pun diberi... bla..bla...bla.... Oooo, perkara yang mungkin saya terlupa dan terlepas pandang. Nak tahu tak apa jawapan dari En. XXX ???? Ok, baca petikan di bawah. Saya petik dari fb seorang kawan yang baru saya baca sebentar tadi... Lebih kurang begitulah jawapannya...

(Petikan dari fb Ummi Ismahani)
 
Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.Sedangkan seorang isteri nak keluar rumah pun perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.
Carian google
 Namun apa yg diamalkan (giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan (giliran balik raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri agar silaturrahim kedua-dua keluarga terpelihara dengan baik mudah-mudahan.
 
Jadi jika ada sesuatu keadaan yang sangat perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan sangat memerlukan. 
 
Contohnya ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi kerana masalah uzur, sakit atau masalah kewangan dan lain-lain.Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya dengan hati yang lapang dan redha.
 
Carian google
 Terkadang kita lupa dalam Islam:

1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih utama dari isteri.
2. Ada isteri yang lupa bahawa suaminya lebih utama dari ibubapanya.
3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mengutamakan suaminya dari 
    ibubapa. 
4. Ada isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi   
    isteri.
5. Ada anak lelaki lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka
    dan bukan pada anak-anak perempuan. 
6.Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada
   suami lebih dari ibubapanya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya..Selamat menyambut Hari Lebaran.Moga diampuni segala kesilapan yg telah hamba lakukan...wallahu'alam


*********************************************
Carian google

Ok, itulah sedikit bingkisan perkongsian dari saya. Yang nak balik beraya tu, hati-hati di jalan raya. Yang berkesempatan untuk solat tarawikh jom kita dirikan malam ni kerana mungkin malam ini malam terakhir Ramadhan pada tahun ini...

Kesempatan yang ada, saya dan suami mohon maaf atas kesilpan dan kekhilafan yang berlaku sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak...
 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..









Read More

Wednesday, 8 July 2015

APA ADA PADA 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN?

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar pengunjung HanimHilmi.com semua. Rasa belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Ramadhan pada semua. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik dari tahun  sebelumnya.

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan untuk menemui Ramadhan yang ke-20 hari. Bermakna kita telah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan. Apa ada pada 10 hari terakhir Ramadhan????

Ya, tidak asing lagi iaitu LAILATUL QADAR.



Lailatul Qadar (Malam Qadar) yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai,“lebih baik daripada seribu bulan”
Aishah (RA) berkata bahawa nabi bersabda : Carilah Lailatul Qadr pada malam bernombor ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan (Bukhari).
Nabi juga ada berkata: “Sesiapa sembahyang pada malam Qadar dengan iman dan harapan untuk ganjarannya, semua dosa-dosa sebelum ini akan diampuni.”(Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Jom kawan-kawan, kita memaksimumkan 10 malam terakhir Ramadhan kali ini. Perbanyakkan doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w sepanjang 10 malam terakhir ini.



Ok, setakat ini dahulu perkongsian dari saya. Wassalam.




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies