ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Wednesday, 15 July 2015

GILIRAN BALIK RAYA???

Assalamualaikum dan salam 28 Ramadhan buat semua pengunjung HanimHilmi.com...
Alhamdulillah.... masih diberi peluang untuk berada dalam hari yang ke-28.
 
2 hari lepas seorang encik di office bertanya saya beraya di mana tahun ini? " Tahun ni saya raya Johor dulu. Raya ke-4 baru balik Kelantan"... Jawab dengan perasaan excited gitu. Almaklum raya belah saya.
 
Saya ditanya lagi. " Awak rasa adil ke macam tu?"... Dengan sepantas kilat saya soal balik  sambil berseloroh.."Tak adil ke macam tu? Dua-dua balik"... Masa tu sebenarnya ada sedikit rasa tak puas hati. Namun, mengenangkan Ramadhan kali ni nak tarbiyah diri, saya berlembut sedikit dan bertanya kembali. " Kenapa En. XXX tanya macam tu?"
 
Hujah pun diberi... bla..bla...bla.... Oooo, perkara yang mungkin saya terlupa dan terlepas pandang. Nak tahu tak apa jawapan dari En. XXX ???? Ok, baca petikan di bawah. Saya petik dari fb seorang kawan yang baru saya baca sebentar tadi... Lebih kurang begitulah jawapannya...

(Petikan dari fb Ummi Ismahani)
 
Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.Sedangkan seorang isteri nak keluar rumah pun perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.
Carian google
 Namun apa yg diamalkan (giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan (giliran balik raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri agar silaturrahim kedua-dua keluarga terpelihara dengan baik mudah-mudahan.
 
Jadi jika ada sesuatu keadaan yang sangat perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan sangat memerlukan. 
 
Contohnya ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi kerana masalah uzur, sakit atau masalah kewangan dan lain-lain.Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya dengan hati yang lapang dan redha.
 
Carian google
 Terkadang kita lupa dalam Islam:

1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih utama dari isteri.
2. Ada isteri yang lupa bahawa suaminya lebih utama dari ibubapanya.
3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mengutamakan suaminya dari 
    ibubapa. 
4. Ada isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi   
    isteri.
5. Ada anak lelaki lupa bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka
    dan bukan pada anak-anak perempuan. 
6.Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada
   suami lebih dari ibubapanya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya..Selamat menyambut Hari Lebaran.Moga diampuni segala kesilapan yg telah hamba lakukan...wallahu'alam


*********************************************
Carian google

Ok, itulah sedikit bingkisan perkongsian dari saya. Yang nak balik beraya tu, hati-hati di jalan raya. Yang berkesempatan untuk solat tarawikh jom kita dirikan malam ni kerana mungkin malam ini malam terakhir Ramadhan pada tahun ini...

Kesempatan yang ada, saya dan suami mohon maaf atas kesilpan dan kekhilafan yang berlaku sama ada sengaja atau tidak, sedar atau tidak...
 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN..









0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies