ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Tuesday, 28 July 2015

TURQOISE KAMI TAHUN INI... (",)

Assalamualaikum w.b.t,

Pembuka bicara saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin atas kesilapan dan kekhilafan yang ada.


Bagaimana cuti raya semua? Tentu seronokkan.... Tahun ni raya di mana ye??? He, dah baca tak post saya sebelum ni? Kalau belum dan nak baca dulu sila klik di sini ye ... (",)

Ok, dah baca ke? harap lepas ni kita faham akan tanggungjawab kita tidak kira bila dan di mana. Jangan dikesampingkan hukum dan ajaran yang dianjurkan dalam Islam. Walaupun tiada istilah giliran balik raya, namun konsep ihsan antara suami isteri perlu ada agar silaturrahim kedua-dua keluarga terpelihara dengan baik mudah-mudahan.

Alhamdulillah, tahun ni kami beraya di belah saya dahulu iaitu di Kulai, Johor. Kalau beraya di belah saya memang meriah sebab adik beradik 13 orang ( sebelum ni 14 orang, seorang abang meninggal tahun lepas).

Yang seronok sangat ada amalan 'munjung'. 'munjung' tu amalan menghantar juadah raya ke rumah jiran-jiran. Biasa sehari sebelum raya atau di pagi raya kami menghantar dan terima juadah raya.So, memang banyak le makanan & bermacam-macam. Rezeki jangan ditolakkan... He...

Juadah yang  akan dihantar ke jiran

Afnan(kiri) & sepupu-sepupu pun excited nak gi munjung

Ok, ni gambar di pagi raya... jom layan...

Antara anak-anak sedaraku. Total anak sedara & cucu sedara dalam 40 orang..
Abang Nan (abang ketiga) melayan anak sedara mintak duit raya
Antara gambar-gambar yang sempat Aiman snap guna handphone... (",)



Namun dalam kemeriahan kami sambut raya, dalam hati masing-masing pasti terselit kesedihan pada arwah abang, Nor Zaidi bin Haron yang telah meninggalkan kami semua pada 5 Ramadhan tahun lepas disebabkan kanser. Semoga roh abangku dicucuri Rahmat olehNya... Al-Fatihah.


Kembali ke tajuk post saya, tema baju raya kami sekeluarga adalah turqoise. Begitulah kebanyakannya kita. Nak sedondon satu famili. Baru feel raya tu terasakan... He...

Ini le gambar yang paling comel diambil.. (",)

Suamiku & Husna

Ok, setakat ni dulu cerita raya kami tahun ini. Hari ni dah start kerja. Operasi team Hanim Creation pun dah bermula hari ni. Alhamdulillah... Rezeki dariNya yang Satu...

Wassalam...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies