ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Monday, 31 August 2015

SET AL-FURQAN & VCD UNTUK PERMULAAN MENGAJAR ANAK MENGAJI

Assalamualaikum w.b.t

Salam Hari Merdeka saya ucapkan kepada pengunjung HanimHIlmi.com. Didoakan semua merdeka dari segala sifat mazmumah dan sentiasa bermujahadah di jalan Allah...

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit bahan mengajar kepada ibu ayah di luar sana. 2 VCD dan set Al-Furqan yang saya gunakan untuk ajar anak2 saya untuk permulaan mereka mengenal huruf hijaiyah dan mengajar mengenal baris.
Set Al-Furqan & 2 VCD mengaji
Ini kali kedua beli. Pertama kali beli 3 tahun lepas untuk Aiman & Alif. VCD dah rosak & buku dah lunyai. Jadi, kenelah beli baru untuk Afnan & Husna... He.....

Kat mana saya beli? Saya beli online sahaja di www.islamicparentingnetwork.net

(Afnan mula mengaji)

Maghrib tadi saya mula ajar Afnan dengan Al-Furqan buku 1. Sebenarnya saya dah mula ajar Afnan mengaji menggunakan Al-Furqan setahun yang lalu. Tapi terhenti kerana kesibukan dalam mengurus rumah dan anak-anak terutamanya Husna yang masih kecil. Lagipun cabaran nak mengajar masa tu amatlah tinggi. Jadi, saya stop dahulu dan tumpukan pada Aiman dan Alif yang baru start dengan Iqra' ketika itu.
Afnan (Putera ke-3)
Sekarang Afnan dah 4 tahun. Minat belajar dah ada. Sebelum ajar tadi dimintanya pensil warna untuk warna gambar yang ada. Ok, Ummi izinkan Afnan warna sementara menunggu buku mewarna & CD Menyanyi Al-Furqan sampai. Nanti kita warna sama-sama.
Husna yang sibuk nak mengaji juga... (",)
Ok, itu sedikit perkongsian dari saya. Bukan untuk niat saya berbangga dalam mengajar anak. Sebenarnya, sedikit kesedaran timbul kerana masa anak terbuang begitu sahaja sebagaimana yang berlaku pada Aiman dan Alif. Diharap dengan masa yang ada ini dapat saya didik anak-anak syurga ini sebaik mungkin. Impian untuk mereka bergelar Hafiz dan Hafizah dititipkan setiap kali dalam doa saya. Semoga Allah makbulkan doa saya ini.

Amin....




Read More

Thursday, 27 August 2015

SUNNAH RASULULLAH #1 : SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH

Assalamualaikum...

Salam ceria semua pengunjung HanimHilmi.com.. Semoga semua sihat dalam menjalankan kehidupan hari ini.

Ok, saya nak kongsi sedikit berkaitan amalan Nabi kita s.a.w iaitu Solat sunat sebelum Subuh. Baru-baru ni saya dengar slot tazkirah dalam radio IKIM berkaitan solat sunat Subuh.

Ustaz IKIM tersebut menerangkan bahawa Rasulullah menganjurkan kita melakukan solat sunat tersebut kerana kelebihannya adalah seperti sabda baginda :

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".


Untuk pengetahuan semua, Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh juga dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.

Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh. Dilakukan 2 rakaat di mana rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas merujuk sabda baginda :

“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)

Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)

Jom semua, kita amalkan sunnah Rasul tercinta untuk permulaan hari kita...


Carian Google
Ok, bertemu lagi semua... (",)


Read More

Thursday, 20 August 2015

MISTERI REZEKI DARI ALLAH S.W.T

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua? Semoga dalam keadaan yang sihat dan ceria.

Hari ni saya ingin kongsikan sedikit kisah benar saya berkaitan rezeki dari Ilahi.  Diharap dapat manfaat bersama...

Carian Google
** Petikan yang saya ambil dari 'muka buku' saya.

Bermula dari iklan di majalah Anis,Pn Hafizah menempah sepasang telekung dariku. Walaupun tersalah faham dengan order beliau yang mana beliau mahukan telekung hijau lace hijau. Yang aku faham telekung putih lace hijau.

Alhamdulillah Pn Hafizah suka dengan telekung tersebut walaupun tersalah buat. Malah repeat order utk telekung coklat cair lace coklat gelap... (",)

Beliau ada request SEJADAH MINI utk dihadiahkan kepada sahabat yang akan mengerjakan haji. Dengan confidentnya aku kata boleh. Beliau order 4 helai bersulam nama.

Alhamdulillah untuk kali keduanya, dapat aku tunaikan hajat beliau untuk sejadah mini bersulam nama. Gembira tak terkata apabila beliau order lagi 5 helai..

Sejadah mini yang ditempah
Ya Allah, cantik sungguh jalan cerita rezeki yang Engkau berikan. Dari tersilap ambil order Engkau mahu berikan rezeki kepadaku.Rasa kerdil dan tidak layaknya aku untuk terima semua ini...

Kini, terhasilnya produk baru SEJADAH MINI dari Hanim Creation

Terima kasih Allah....

Carian Google
Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat pada kita semua. Doa, usaha & tawakal jangan dikesampingkan dalam mencari keberkatan dan kemurahan rezeki dariNya. Pasakkan niat kerana Allah Yang Satu.

Carian Google


*****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292




Read More

Monday, 17 August 2015

GELAGAT HUSNA BERSOLAT... (",)

Assalamualaikum w.b.t,

Berjumpa lagi semua. Terima kasih masih setia membaa coretan saya yang tak seberapa ni.

Ok, hari ni nak kongsi sikit video Husna, puteriku bersolat. Nak tergelak jugak tengok dia solat. Jom tengok... (",)


Husna suka pakai telekung dan sejadah pink tu. Kalau namanya girl, pink je le yang kita nampak..

Ok le, bagi yang berminat nak order telekung dan sejadah tu boleh call @ whatsapp saya ye 013-2817292.

Jumpa lagi... (",)

Read More

Saturday, 15 August 2015

NAMA-NAMA TELEKUNG ILMI

Assalamualaikum w.b.t,

Didoakan semua pengunjung HanimHilmi.com sihat dan ceria selalu.

Hari ni saya nak kongsi sikit nama-nama Telekung Ilmi. Sebelum ni, payah sungguh nak explain design & jenis Telekung Ilmi. He.... Kesian saya dan customerkan?

Alhamdulillah, dengan izinNya datang idea untuk menamakan telekung saya ni supaya senang untuk disebut. He...

Ok, untuk telekung kanak-kanak ada 3 design telekung iaitu :

1. Telekung Ilmi Najlaa
2. Telekung Ilmi Khaira
3. Telekung Ilmi Hannah
TELEKUNG ILMI NAJLAA
TELEKUNG ILMI KHAIRA
TELEKUNG ILMI HANNAH

Untuk dewasa pula ada 4 design :

1. Telekung Ilmi Raudhah
2. Telekung Ilmi Haifa
3. Telekung Ilmi Huwaida
4. Telekung Ilmi Afeefa
TELEKUNG ILMI RAUDHAH
TELEKUNG ILMI HAIFA
TELEKUNG ILMI HUWAIDA
TELEKUNG ILMI AFEEFA
Diharap lepas ni memudahkan saya dan customer untuk bertanya dan buat tempahan Telekung Ilmi.

Ok, yang berminat boleh whatsapp saya ye 013-2817292.



Read More

Thursday, 13 August 2015

"KUN ANTA" (JADILAH DIRIMU)

Assalamualaikum w.b.t,

Sekarang tengah famouskan lagu ni. KUN ANTA. Lagu  dendangan anak muda dari Kuwait, Humood Alkhudher. Anak saya, Husna yang baru 2 tahun pun sukakan lagu ni.

So, saya post lirik lagu ni ye. Biar semua faham akan maknanya. Bukan sekadar suka pada muziknya sahaja ye... (",)

Hasil carian imej untuk kun anta
KUN ANTA ~ HUMOOD ALKHUDHER

Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim  /   لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan mereka,
aku telah meniru apa yang ada pada mereka



Fabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,  /  فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر

Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga


Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina  /  و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى

dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir,  /  فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر

Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.


La la,                               /                   لا لا
La nahtajul ma-la,         /        لا نحتاج المال
Kai nazdada jama-la,   /      كي نزداد جمالا
Jauharna huna,            /           جوهرنا هنا
Fi qalbi talala,              /        في القلب تلالا
Tidak..Tidak...
Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. 

Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar

La la,                               /                      لا لا
Nurdhin nasi bima-la,   /    نرضي الناس بما لا
Nardhohu la na ha-la,   /         نرضاه لنا حالا
Za-ka jamaluna,             /              ذاك جمالنا
Yasmu yataa’la              /            يسمو يتعالى
Tidak..Tidak...
Kita bukan diterima orang lain dengan apa yang tidak ada. 

Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita. 
Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia


Kun anta tazdada jamala  /  كن أنت تزدد جمالاً

Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada



Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum  /  أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم

Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka

Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni   /  إلا بما يرضيني، كي أرضيني

Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
 


Sa akunu ana, mithli tamaman hazana  /  سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا

Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.

Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni / فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني

Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku


Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum  /  

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku.
Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku


Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum  / 

وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi seperti diriku.
Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk diterima mereka



Hasil carian imej untuk kun anta
BAIT YANG SUNGGUH INDAH... (",)


Read More

Wednesday, 12 August 2015

11.8.15 ~ BERTAMBAH USIA ALIF NAJMI

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dengan kasih sayang dariNya dapat kita bertemu lagi. Didoakan pengunjung HanimHilmi.com berada dalam keberkatan dari Allah s.w.t.

Ok, semalam genap anak kedua saya, Alif Najmi berumur 7 tahun. Majlis hari lahir akan dibuat di sekolah pada Jumaat nanti Inshaa Allah.. Saya masih memikirkan apa yang nak dibawa selain kek birthday...he...

Semoga Alif jadi anak yang soleh dan seorang tahfiz satu hari nanti. Saya dan suami dalam planning untuk masukkan Aiman dan Alif ke pusat tahfiz. Itulah impian saya untuk anak-anak saya. Mohon doa kalian semua agar impian saya dimakbulkan Allah.

Terima kasih semua... (",)


Alif - semoga jadi anak yang soleh... (",)


Read More

Saturday, 8 August 2015

PERJALANAN 3 SAHABAT TELEKUNG

Assalamualaikum w.b.t

Selamat berhujung minggu semua... Pasti ramai hari ni yang masih hadiri jemputan rakan-rakan dan saudara-mara sempena Syawal yang hampir pada penghujungnya. Saya pun baru hadiri jamuan raya di sekolah anak dan jemputan kawan sempena ibu beliau yang akan terbang untuk menunaikan haji pada 18 Ogos 2015 ini. Sama-sama kita doakan agar ibu beliau mendapat Haji yang mabrur... Amin...

Ok, sedikit cerita pasal 3 sahabat telekung ni.... (",)

SEJARAH PERTEMUAN 3 SAHABAT TELEKUNG

Pertemuan mereka yang tidak dirancang semasa membuka booth di PASARNITA@Telekung Fest pada 12-14 Mac 2015 di Busana MARA, Kuala Lumpur. Ketika itulah mereka bertiga beramah mesra dan berkenalan antara satu sama lain.

Segalanya bermula di sini.... (",)
Pertemuan mereka tidak tamat setakat itu sahaja. Mereka bertukar-tukar business card supaya ukhuwah yang terjalin tidak disia-siakan. Tambahan pula mereka mengusahakan bisnes yang sama iaitu TELEKUNG.

Alhamdulillah, sekarang mereka rasa tidak berseorangan dalam mengusahakan bisnes masing-masing seperti sebelum ini. Mereka sentiasa bertukar-tukar pendapat dan nasihat tentang bisnes , sentiasa ingat-mengingati sesama mereka dan berkongsi idea.

SIAPAKAH MEREKA???

Dua sahabat yang sudah kenal lama sebelum saya berjumpa mereka di TelekungFest. Yus dan Linda yang ditemukan kerana TELEKUNG juga. Kini kami bertiga sama-sama membina networking bagi meneruskan perjuangan kami dalam bisnes telekung. Sedikit pengenalan kami bertiga.

Empunya tuan : Hanim
Page fb : Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Empunya tuan : Yusniza
Page fb : TelekungNajwa
Blog : www.telekungnajwa.blogspot.com
Web : www.telekungnajwa.my
Hasil carian imej untuk telekungkidz
Empunya tuan : Roslinda
Page fb : Adda Wardrobe-TelekungKidz
Blog : www.telekungkidsonline.blogspot.com

HADIRNYA IDEA 'TEAM 3 SAHABAT TELEKUNGKU'

Bermula dari info Yus (TelekungNajwa) sebanyak 30 pasang telekung wakaf diperlukan untuk program QASEH SUCI RAMADHAN 2015 yang dianjurkan oleh USRAH SUCI dengan kerjasama JAKIM, PPZ, BAITULMAL & MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC pada Ramadhan yang lalu.

Kami bertiga bersetuju dan berpakat untuk sama-sama mengumpulkan 30 pasang telekung wakaf. Alhamdulillah berkat kerjasama dan niat murni kami ini, kami dapat mengumpulkan 30 pasang tepat pada masanya walaupun tempoh agak terhad ketika itu.

Dengan kejayaan yang mungkin kecil bagi orang lain tetapi besar pada kami, maka datanglah idea untuk menubuhkan TEAM 3 SAHABAT TELEKUNGKU. Kami berikrar akan meneruskan perjuangan bisnes telekung , pakaian solat dan penggerak projek wakaf telekung di Malaysia.


  


Read More

Friday, 7 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA ANAK-ANAK DARI RUMAH AMAL AL-FIRDAUS

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Saya nak kongsi sedikit jamuan raya di ofis yang telah diadakan semalam.

Semalam, saya dan rakan-rakan ofis menyambut jamuan raya bersama-sama anak yatim dan anak-anak asnaf. Jamuan raya yang diadakan oleh Kelab Kebajikan CIAST. Anak-anak syurga yang dijemput dari Rumah Amal Al-Firdaus, Denai Alam, Selangor.

Comel-comel sungguh anak-anak ini. Saya sempat berbual-bual dengan 2 orang si cilik yang berumur 6 tahun. Zahrah dan Zainab. Petah bercakap. Walaupun berbual sambil bergurau dengan mereka namun dalam hati Allah sahaja yang tahu. Sayu  dan meruntun hati ini.

Saya share video yang diambil oleh rakan ofis saya, Tim. Persembahan dari anak-anak kecil ini. Terhibur dalam sedih sebenarnya..


Di bawah ni beberapa gambar yang sempat diambil dari fb rakan ofis juga...





Semoga anak-anak kecil ini membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... Amin...

Read More

TELEKUNG ILMI BERIKLAN DALAM MAJALAH ANIS JULAI & OGOS

Assalamualaikum....

Bersua kita kembali pada hari Jumaat yang barakah ini. Jom banyakkan berdoa pada penghulu  bagi segala hari.

Ok, saya nak kongsi cerita gembira saya. Ingat tak Telekung Ilmi jadi penaja bagi Majalah Anis & Asuh pada Pesta Buku Antarabangsa KL 2015 yang lalu? Kalau ada yang nak baca post saya tu boleh klik DI SINI ye....

Cerita gembira yang saya nak kongsi adalah iklan Telekung Ilmi keluar dalam Majalah Anis & Asuh pada keluaran Julai dan Ogos. Alhamdulillah, semuanya bermula dari saya buka booth di PASARNITA@TelekungFest pada Mac yang lalu rezeki mempromosi Telekung Ilmi bertambah.

Iklan Telekung Ilmi dalam Majalah Anis


Hasil dari iklan itu juga pengunjung blog saya ni semakin meningkat. Biasa paling banyak pageview cecah 300. Tapi, beberapa hari selepas raya terkejut saya pageview mencecah hampir 2000. Syukur sangat-sangat dan gembira tak terkata.

Pageview di blog hampir 2000
Panggilan telefon dan sms/whatsapp pun semakin bertambah. Kini, Telekung Ilmi semakin dikenali ramai. Saya pun tak sangka bisnes yang asalnya hobi dan minat menjahit boleh sampai ke tahap begini.

Perancangan dan aturan Allah yang sangat indahkan? Menjahit sebenarnya memang cita-cita saya dari sekolah menengah lagi. Betul janji Allah kan. Dia akan makbulkan hajat hamba-hambaNya. Cuma cepat atau lambat sahaja.Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Carian google
 Ok, itu saje coretan saya untuk hari ini. Nantikan info terbaru berkaitan telekung Ilmi ye... Design baru akan ditampilkan tak lama lagi...Tunggu ye...




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies