Assalamualaikum...
Salam ceria semua pengunjung HanimHilmi.com.. Semoga semua sihat dalam menjalankan kehidupan hari ini.
Ok, saya nak kongsi sedikit berkaitan amalan Nabi kita s.a.w iaitu Solat sunat sebelum Subuh. Baru-baru ni saya dengar slot tazkirah dalam radio IKIM berkaitan solat sunat Subuh.
Ustaz IKIM tersebut menerangkan bahawa Rasulullah menganjurkan kita melakukan solat sunat tersebut kerana kelebihannya adalah seperti sabda baginda :
Untuk pengetahuan semua, Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh juga dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.
Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh. Dilakukan 2 rakaat di mana rakaat pertama dibaca surah Al-Fatihah & Surah Al-Kafirun dan rakaat kedua dibaca surah Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas merujuk sabda baginda :
“Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar, surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)
Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)
Jom semua, kita amalkan sunnah Rasul tercinta untuk permulaan hari kita...
![]() |
Carian Google |
0 comments:
Post a Comment