ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Wednesday, 30 September 2015

TELEKUNG SPECIAL UNTUK KAUREEN NADHRAH

Assalamualaikum,

Salam ceria untuk semua pengunjung HanimHilmi.com.

Dah lama saya tak update blog ye. Maaf ye,minggu lepas bercuti seminggu sempena cuti sekolah dan Raya Haji. Minggu ni baru kembali aktif setelah berehat dari cuti.

Ok, nak cerita sikit order dari seorang customer ni. Ini adalah pertama kali saya terima order customer, kain adalah dari customer.


Telekung ini adalah kain dari customer. Customer minta buat sepasang telekung untuk anaknya Kaureen Nadhrah berusia 2 thn.

Baki kain agak banyak. Jadi, saya buat sehelai seluar telekung, beg bersulam nama dan sejadah.

Sungguh comel Kaureen dengan telekungnya!!!!!



Alhamdulillah,ramai yang bertanya akan telekung comel ini. Yang berminat boleh le hubungi saya ye. Upah jahit dari rm45.00 ye...



****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 
https://www.facebook.com/pages/Hanim-Creation

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:


Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292




Read More

Wednesday, 16 September 2015

DIDOAKAN KALIAN MENDAPAT HAJI YANG MABRUR

Assalamualaikum,

Salam pagi Rabu yang indah. Selamat Hari Malaysia saya ucapkan pada semua rakyat Malaysia pada hari ini. 

Alhamdulillah kita telah memasuki 2 Zulhijjah hari ini. Bermakna 8 hari lagi kita hendak menyambut Hari Raya Haji. Dan menjadi agenda besar kepada bakal haji yang mendambakan HAJI MABRUR.

Jumaat lepas, kita dikejutkan dengan runtuhan kren di Masjidil Haram. Ramai yang mati dan cedera. Didoakan semoga bakal haji yang telah dipanggil Ilahi tergolong dalam MATI SYAHID.. Amin..

Damailah semua di sana...Amin
Syukur saya panjatkan kepada 3 orang insan yang saya kenali menerima panggilan haji dari Ilahi tahun ini. Seorang kawan lama, Izan dan seorang agen telekung, Kak Mas telah berada di sana. Alhamdulillah khabar dari mereka,mereka selamat dari tragedi runtuhan kren.

Seorang dari group jahit, Kak Asma akan pergi pada 17 Sept 2015 ni setelah rayuan beliau diterima. Semoga kalian diberikan kesihatan yang baik dan diterima amalan olehNya. HAJI MABRUR saya doakan untuk kalian bertiga...

Labbaikallahummalabbaik....



Read More

Tuesday, 15 September 2015

TOPENG JEREBU.. (",)

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah suasana pagi yang indah walaupun cuaca di luar diselubungi jerebu. Sekolah pun banyak yang diarah tutup hari ini termasuklah sekolan Aiman & Alif.

Ok, saya nak bercerita pasal topeng jerebu. He.. Kelakar pulak saya. Dari suka-suka buat untuk anak, ada pulak nak order topeng jerebu ni.

Kisah 13 Sept 2015 (Ahad)

Kisah bermula pada Ahad lepas. Aiman & Alif sibuk cari sapu tangan nak buat topeng mulut nak ke surau dengan kawan-kawan. Lagi 20 minit macam tu le nak Maghrib.Tiba-tiba kaki saya ringan je nak ke bilik jahit. Saya ambik kain, getah kecil. Potong kain, on mesin. Pecut semaksima mungkin... Siappppp!!!!!
Alif dengan topengnya.. (",)
Maka, terhasil le TOPENG JEREBU gambar tranformer lagi. Tu yang tak tahan. Terpegun anak-anak tengok topeng muka masing-masing. Husna pun tak ketinggalan nak... (",)


Husna dengan hello kitty
Ada yang nak order pulak dah. Pandai anak-anakku promote ye... (",)

Kisah 14 Sept 2015 (Isnin)

Semalam sampai je saya kat depan pintu rumah terus Alif bagitau dapat 3 order dari kawan. Aiman dapat 2 order.

Nak tak nak buat jugak le saya. Dapat le 9 keping dari baki kain. Buat 1 keping hello kitty untuk anak kawan opis.


Kisah 15 Sept 2015 (Selasa)

Alif yang excited akhirnya frust sebab tak dapat bagi kat kawan hari ni. Cuti jerebu. Khamis nanti le baru bagi ye Alif... (",)

Saya pulak saje je update dalam muka buku saya cerita topeng jerebu saya ni. Tengok-tengok ramai pulak yang nak order. Ok, disebabkan esok cuti boleh le saya ambil order. Tunggu ye pada yang dah order tu...

Itu le sedikit perkongsian saya hari ni... Jumpa lagi ye..


****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 
https://www.facebook.com/pages/Hanim-Creation

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:


Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292






Read More

Saturday, 12 September 2015

SURAH AL-ISRA' AYAT 23 & 24

Assalamualaikum...

Pembuka bicara, didoakan pengunjung HanimHilmi.com di bawah naungan rahmat & kasih sayang Allah s.w.t.. (",)

Ok, saya nak berkongsi sedikit ilmu Al-quran. Pagi Jumaat semalam seperti biasa saya hadiri bacaan Al-quran & terjemahan di surau ofis. 
Bersama-sama pelajar baru
Sampai ayat 23 surah Al-Isra', En. Is (ketua bagi majlis ilmu ini) tersekat-sekat membaca & menangis. Bila dibaca terjemahannya, ayat tersebut rupanya menceritakan berbuat baik kepada ibu bapa.


Al-Isra' : ayat 23 & 24

Memang kita selalu dengar ayat inikan. Pada ayat 24 terkandung doa yang sering kita baca... " Ya Allah,  sayangilah ibubapaku sebagaimana mereka mendidikku semasa kecil"... Betulkan?

Oleh itu, ayuh kita sayangi ibu ayah kita dan doakan yang baik-baik untuk mereka.


Hasil carian imej untuk surah al-isra 23 & 24
Carian google
Ok,sampai di sini dahulu pertemuan kita kali ini. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat manfaat kita semua..

Amin...



Read More

Friday, 11 September 2015

KELAS MENJAHIT MINI SEJADAH KHAS UNTUK TEAM HANIM CREATION

Assalamualaikum w.bt,

Alhamdulillah, ketika menaip post ni hujan turun dengan lebatnya. Semoga Allah s.w.t menurunkan rahmat dan inayahNYA untuk kita semua... Amin...

Ok, sabtu yang lepas saya telah buat kelas menjahit mini sejadah khas untuk tailor-tailor saya a.k.a Team Hanim Creation. Alhamdulillah Kak Shida dan Siti mudah dan cepat faham apa yang saya tunjukkan. 




Siti yang dulunya adalah tailor part time saya kini jadi tailor full time saya. Siti menggantikan tailor saya, Wafa yang telah mendapat kerja baru. Didoakan wafa gembira dengan kerja sekarang dan bertambah rezekinya. Amin... Namun, wafa tetap berminat untuk jadi tailor part time saya... Terima kasih wafa masih mahu bersama tean hanim Creation... (",)




Ok, in shaa Allah MINI SEJADAH ILMI akan mula dijual tak lama lagi. Bagi yang berminat boleh hubungi saya ye..

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 
https://www.facebook.com/pages/Hanim-Creation

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292


Read More

Tuesday, 8 September 2015

KEGILAANKU BILA MOOD MENJAHIT DATANG

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, sekian lamanya tak memegang mesin jahit. Minggu lepas diberi kesempatan olehNya untuk saya menyiapkan beg telekung bersulam nama. Memang lama saya tak ambik tempahan beg telekung bersulam nama. Sebab agak ambik masa untuk menyulam... He...
Bila tangan ni dah pegang mesin jahit jangan diganggu. Dikacau pun akan buat dekk aje....Lagi-lagi bila dah menyulam.Itulah bila ia menjadi passion kita. Lagi seronok kalau yang terima sangat2 suka...

Beg Telekung bersulam nama


Sabtu lepas, sempat buat gift untuk majlis akikah x-officemate saya. Set bantal baby & selimut. Tiba-tiba rasa nak buat pagi tersebut sedangkan majlis petangnya... Kalau dah seronok menjahit semua sanggup diredah... (",). Alhamdulillah, menjadi jugak akhirnya.

Set bantal baby & selimut
Nak dijadikan cerita, berebut pulak dengan puteri kecil saya ini, Husna. Jadi, terpaksalah saya buat on the spot. Si abang-abang nak jugak... Tapi, tak larat nak buat. So, next timelah buat untuk hero-hero saya tiga orang ni..he....

Husna & bantal mucuknya... (",)
Ok, itu sahaja perkongsian saya kali ini. In shaa Allah akan jadi produk baru Hanim Creation tak lama lagi. Doakan dipermudahkan segalanya ye... Amin...

Jom bersyukur setiap masa dan ketika kepada NYA... (",)

*****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:

Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies