ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Tuesday, 15 September 2015

TOPENG JEREBU.. (",)

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah suasana pagi yang indah walaupun cuaca di luar diselubungi jerebu. Sekolah pun banyak yang diarah tutup hari ini termasuklah sekolan Aiman & Alif.

Ok, saya nak bercerita pasal topeng jerebu. He.. Kelakar pulak saya. Dari suka-suka buat untuk anak, ada pulak nak order topeng jerebu ni.

Kisah 13 Sept 2015 (Ahad)

Kisah bermula pada Ahad lepas. Aiman & Alif sibuk cari sapu tangan nak buat topeng mulut nak ke surau dengan kawan-kawan. Lagi 20 minit macam tu le nak Maghrib.Tiba-tiba kaki saya ringan je nak ke bilik jahit. Saya ambik kain, getah kecil. Potong kain, on mesin. Pecut semaksima mungkin... Siappppp!!!!!
Alif dengan topengnya.. (",)
Maka, terhasil le TOPENG JEREBU gambar tranformer lagi. Tu yang tak tahan. Terpegun anak-anak tengok topeng muka masing-masing. Husna pun tak ketinggalan nak... (",)


Husna dengan hello kitty
Ada yang nak order pulak dah. Pandai anak-anakku promote ye... (",)

Kisah 14 Sept 2015 (Isnin)

Semalam sampai je saya kat depan pintu rumah terus Alif bagitau dapat 3 order dari kawan. Aiman dapat 2 order.

Nak tak nak buat jugak le saya. Dapat le 9 keping dari baki kain. Buat 1 keping hello kitty untuk anak kawan opis.


Kisah 15 Sept 2015 (Selasa)

Alif yang excited akhirnya frust sebab tak dapat bagi kat kawan hari ni. Cuti jerebu. Khamis nanti le baru bagi ye Alif... (",)

Saya pulak saje je update dalam muka buku saya cerita topeng jerebu saya ni. Tengok-tengok ramai pulak yang nak order. Ok, disebabkan esok cuti boleh le saya ambil order. Tunggu ye pada yang dah order tu...

Itu le sedikit perkongsian saya hari ni... Jumpa lagi ye..


****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 
https://www.facebook.com/pages/Hanim-Creation

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:


Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies