ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Thursday, 29 October 2015

SEJADAH ILMI SI CILIK SEMAKIN DAPAT SAMBUTAN

Assalamualaikum w.bt.,

Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi.com? 

Alhamdulillah, kita semua telah pulih dari masalah jerebu yang hampir 2 minggu melanda di beberapa negeri di Malaysia. Semalam, keluar sahaja dari pagar office terpancar cahaya matahari. Oh... Rindunya saya pada sang mentari ketika itu... He...

Ok, saya nak berkongsi sedikit pasal SEJADAG ILMI SI CILIK. Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang bertanya dan membeli Sejadah Ilmi. Lagi-lagi saya beri percuma untuk sulam nama di sejadah.







Kepada anak-anak yang dapat hadiah istimewa dari ibu ayah tu, Cik Hanim doakan anak-anak lebih semangat untuk bersolat.



Ok, yang nak order, cara paling mudah dan cepat whatsapp ke 013-2817292 ye...

Jumpa lagi...


Read More

Monday, 26 October 2015

MENGAJAR DAN BELAJAR

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, hujan membasahi bumi Shah Alam petang ini. Sejuk dan dingin sekali... 

Ok, saya nak bercerita sedikit kisah hari minggu yang lepas. Mengajar dan belajar menjahit.

Saya sambung mengajar Aiman & Alif menjahit. Kali ni, jahit butang huruf ikut ejaan nama. Sungguh excited. Selama ni saya simpan butang huruf tu. Sebab tak nak diorang ambil dalam senyap.



Berjayalah Aiman dan Alif jahit ikut nama diorang. Ada jugak le yang saya tolong. Kalau tak sampai ke pagi tak siap nanti.. He..

Esok harinya saya pulak belajar jahit comforter baby di Kolej Komuniti Klang. Seronok dapat ilmu baru. Selama ni jahit ikut syok sendiri.





Ok, setakat ini dulu ye. Yang berminat nak join kursus anjuran Kolej Komuniti Klang, boleh layari facebook Kolej Komuniti Klang untuk bulan November 2015.

Jadual November 2015

Jumpa lagi... (",)
# JAHIT adalah passion saya... (",)


Read More

Sunday, 25 October 2015

CUSTOMER DARI SINGAPURA

Assalamualaikum w.b.t

Salam hujung minggu kepada pengunjung HanimHilmi.com

Kisah yang saya nak kongsi ni kisah Rabu lepas. Gembira campur terharu...

Saya mendapat kunjungan seorang customer dari Singapura. Datang untuk survey telekung kanak-kanak. Kebetulan mereka sekeluarga datang ke Kuala Lumpur.

Habis kerja Rabu lepas, saya terus berkejar ke bengkel jahit saya. Berdebar juga rasa sebab tak pernah berjumpa secara face to face customer dari luar Malaysia. Sekadar whatsapp sahaja sebelum ni.

Setelah berjumpa, saya sangat-sangat kagum dengan customer ini dengan suami & anak-anaknya. Ciri-ciri Islam sentiasa ada sepanjang pertemuan dekat sejam. Percakapan, perbuatan sangat-sangat kagum dan terkesan di hati.

Customer dan anak-anaknya yang comel
Walaupun diri saya bertudung labuh, saya dapat rasakan jauh beza saya dengan mereka. Kerdilnya rasa diri ini.

Terima kasih Allah dengan kehadiran mereka ke kedaiku dengan izinMu semalam. Bukan peluang bisnes yang terbuka di depan mata jadi sandaran aku tetapi kehadiran mereka membuatkan aku terasa insaf & muhasabah diri akan kekurangan yang ada.

Keluarga yang terpancar nur Islam dalam diri mereka
Sungguh indah aturan Allah untuk kita... Muhasabah saya sepanjang pulang ke rumah selepas jumpa mereka.

Ya Allah, ampuni hamba-Mu ini yang terleka dan lalai dalam mencari cinta dan redha-Mu..



Read More

Thursday, 22 October 2015

ANAK BUJANGKU BELAJAR MENJAHIT

Assalamualaikum,

Salam ceria kepada pengunjung HanimHilmi.com...

Ni kisah anak-anak bujang saya yang sibuk nak belajar menjahit.

Tak nak menghampakan permintaan diorang, saya ajar le jugak. he... Aiman dan Alif saya ajar untuk jahit butang. Afnan pula saya ajar gunting2 je..

Afnan
Alif
Aiman
Excited sungguh masing-masing.. Sebelum tidur malam hujung minggu yang lalu saya mulakan dengan ajar Aiman dan Alif menjahit satu butang.

Esoknya, pagi-pagi lagi dok tanya bila nak jahit lagi. Tapi saya busy pagi tu. Jadi, petang baru dapat layan permintaan anak bujang tiga orang ni.

Alif yang khusyuk menjahit.
Good idea jugak diorang mintak saya ajar menjahit. Kurang le masa mereka nak berkepit dengan gajet & tv...(",).. Alhamdulillah, pertolongan dari Allah jua ni.


Next projek.. Kita main jahit felt pulk... Tungguuu..

Ok, jumpa lagi semua.


Read More

Sunday, 18 October 2015

5S BENANG DI BILIK JAHITKU

Assalamualaikum semua,

Selamat berhujung minggu semua..

Selamat sudah benang-benang jahit saya. Sarung telur yang selalu org buat bunga telur tu jadi sarung benangku..
Proses 5S
TQ kepada yang bagi idea ni... (",)

Selepas 5S
Dah tau lama tapi nak buatnye tu yang baru sekarang nak buat. Pada pengunjung HanimHilmi.com yang hadapi situasi yang sama macam saya boleh cuba ye..
Husna pembantu cilikku yang setia teman di bilik jahit... (",)

Ok, jumpa lagi..




Read More

Friday, 16 October 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437

Assalamualaikum,

Apa khabar semua pengunjung HanimHilmi.com.. Didoakan semua dilimpah berkat dan inayah dariNya.

Rasa belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah pada semua. Semoga tahun baru ini memberi penghijrahan sebenar buat kita semua dari segi jasmani dan rohani.

Jom check kembali azam yang telah dibuat sebelum ni sudah terlaksana belum. Kalau belum, jangan berputus asa. Jom baharui azam kita untuk tahun ini demi penghijrahan yang sebenar-benarnya..

Sedikit gurauan manis dari saya....

Hijrah saya untuk tutup aurat dengan sempurna. Tapi tak jumpa stokin tangan Ummi... (",)

Husna dengan gaya comelnya,,, (",)
Salam Maal Hijrah semua.




Read More

Tuesday, 6 October 2015

PERANCANGAN MEMBUKA KEDAI JAHIT

Assalamualaikum semua...

Apa khabar pengunjung HanimHilmi.com? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan ceria... (",)

Ini kisah saya pada hujung minggu yang lalu di workshop jahit. Dah lama tak bertapa di sana. Bila dapat bertapa  rasa satu nikmat yang tak terkata. He...


Saya ditemani dua pembantu cilik saya Aiman dan Afnan. In shaa Allah workshop jahit saya dalam perancangan dijadikan kedai jahit. Maksudnya, pengunjung boleh datang sendiri ke kedai untuk beli dan tempah produk dari Hanim Creation. 



Semoga perancangan saya ini dipermudahkan segalanya olehNYA...Doakan ye semua... (",)


Ok, jumpa lagi post yang lain.

****************************************************
 Nak tengok lebih banyak hasil kerja Hanim Creation, jom cuci mata di sini : 
https://www.facebook.com/pages/Hanim-Creation

Bagi anda yang ingin membuat sebarang pertanyaan mahupun tempahan,
boleh hubungi Hanim Creation melalui:


Sms/WhatsApp/Telegram : 013-2817292



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies