ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Sunday, 25 October 2015

CUSTOMER DARI SINGAPURA

Assalamualaikum w.b.t

Salam hujung minggu kepada pengunjung HanimHilmi.com

Kisah yang saya nak kongsi ni kisah Rabu lepas. Gembira campur terharu...

Saya mendapat kunjungan seorang customer dari Singapura. Datang untuk survey telekung kanak-kanak. Kebetulan mereka sekeluarga datang ke Kuala Lumpur.

Habis kerja Rabu lepas, saya terus berkejar ke bengkel jahit saya. Berdebar juga rasa sebab tak pernah berjumpa secara face to face customer dari luar Malaysia. Sekadar whatsapp sahaja sebelum ni.

Setelah berjumpa, saya sangat-sangat kagum dengan customer ini dengan suami & anak-anaknya. Ciri-ciri Islam sentiasa ada sepanjang pertemuan dekat sejam. Percakapan, perbuatan sangat-sangat kagum dan terkesan di hati.

Customer dan anak-anaknya yang comel
Walaupun diri saya bertudung labuh, saya dapat rasakan jauh beza saya dengan mereka. Kerdilnya rasa diri ini.

Terima kasih Allah dengan kehadiran mereka ke kedaiku dengan izinMu semalam. Bukan peluang bisnes yang terbuka di depan mata jadi sandaran aku tetapi kehadiran mereka membuatkan aku terasa insaf & muhasabah diri akan kekurangan yang ada.

Keluarga yang terpancar nur Islam dalam diri mereka
Sungguh indah aturan Allah untuk kita... Muhasabah saya sepanjang pulang ke rumah selepas jumpa mereka.

Ya Allah, ampuni hamba-Mu ini yang terleka dan lalai dalam mencari cinta dan redha-Mu..



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk berkongsi tentang bisnes, perkongsian pengalaman dan catatan peribadi saya sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

LITUPI BY HANIM CREATION

Melengkapi Keperluan SOLAT & HIJAB Sekeluarga

HUBUNGI KAMI

HANIM CREATION
Tel : 013-2817292
Fanpage : Litupi by Hanim Creation
Blog : www.hanimhilmi.com
Web online : www.litupi.com
Emel : litupibyhc@gmail.com

SUKA??? JOM LIKE

TETAMU

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies