ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Monday, 25 September 2017

SET BATU SEREMBAN & CEPER

25 September 2017

In shaa Allah...

Yang nak cari set batu seremban & set ceper(penutup botol) jom datang kedai Ummi. Ada beg senang nak simpan. Harga RM5/set.




Read More

Friday, 22 September 2017

TEMPAHAN BANTAL COMEL

22 September 2017

Alhamdulillah...

Dah lama tak buat bantal comel macam ni. Ex-officemate order untuk si kembarnya. Mintak bantal sahaja. Kerajinan terlebih, buat sekali dengan selimut bersulam nama.

Tq Harniza Harman. Terpaksa menunggu lama untuk siapkan.  Terima seadanya  ye.

Salam Maal Hijrah untuk semua..




Read More

Wednesday, 20 September 2017

SELAMAT TAHUN BARU 1439H

20 September 2017

Hari ni Hello Kitty dipakaikan tudung. Alasannya keluar rumah kena pakai tudung. Nasib pakai tudung dia. Kalau tudung Ummi??? Bayangkanlah sendiri.

===========

Esok Maghrib dah masuk tahun baru 1439H. Simpan siap-siap doa akhir tahun & awal tahun ye dalam handphone. Boleh dibaca tak kira kita di mana nanti. Pastikan juga bateri full ye. 

Selamat menyambut tahun baru. Selamat memasang azam baru.

Sedikit renungan bersama :

"Orang yang berjaya adalah hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi adalah hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka adalah hari ini lebih teruk dari semalam." (maksud Hadis)




Read More

Tuesday, 19 September 2017

SURAT DARI KAWAN AIMAN

19 September 2017

Masih simpan surat dari kawan-kawan Aiman ketika datang ziarah selepas Aiman keluar dari hospital hujung Mac yang lalu.

Baca balik surat ni selepas kejadian kebakaran sebuah tahfiz minggu lalu. Sayu di sudut hati kerana mereka adalah anak-anak tahfiz seperti Aiman, Alif & kawan-kawan.

Keakraban Aiman, Alif dengan kawan-kawan dan ustaz-ustaz yang seperti adik-beradik dan ayah. Dapat rasai sepertimana keakraban mereka di tahfiz sana.

Semoga yang dijemput Ilahi sudah bersenang-senang di 'sana'. Yang di sini didoakan terus berjuang untuk menjadi Pencinta Al-Quran.

Ada yang bertanya Ummi kenapa pada anak umur muda dah hantar ke tahfiz. Sukar untuk dijawab. Memang ada dalam perancangan Ummi dan suami untuk hantar anak-anak menghafaz Al-Quran namun bukan secepat ini.

Namun Ummi yakin Allah bagi yang terbaik untuk kami sekeluarga. Inilah hikmah yang cukup-cukup besar di sebalik dugaan yang diberikan kepada Aiman. UJIAN YANG HADIRNYA SERIBU NIKMAT.

Mohon doakan anak-anak kita dan kita semua diberi keikhlasan dan istiqamah dalam menjadi PENCINTA AL-QURAN.

Wallahua'lam.

Surat dari kawan-kawan Aiman




Read More

Thursday, 14 September 2017

TUDUNG LABUH BERDAGU

14 September 2017

Alhamdulillah...

Permintaan dari seorang customer online. Inginkan lapik dagu untuk Tudung Ilmi NABIHAH yang ditempah. 3 kali try & adjust baru menjadi.

In shaa Allah, setiap permintaan akan cuba dipenuhi demi manfaat bersama & mencari redhaNya.

Hari ini datang seorang ustazah bertanyakan tempahan tudung berdagu seperti ini. Allah... Cantik Allah susun. Tidak terkata apa kecuali terima kasih padaNYA.





Read More

Monday, 11 September 2017

TERIMA KASIH USTAZAH YATI

11 September 2017

Allah..

Kisah petang tadi..

Aturan yang sangat indah. Kerana ingin melihat sendiri Tudung Ilmi DHIA dan Tudung Ilmi NABIHAH, walaupun tersesat akhirnya sampai jua ke kedai Ummi.

Terima kasih Ustazah Yati dari Shah Alam. Pertemuan yang sungguh indah. Nanti boleh shopping lagi ye.  Terkesan di hati ini apabila beliau sampai berdoa ketika sesat tak jumpa tempat. "Ya Allah, jika Engkau tak redha aku ke sini, tunjukkanlah jalan pulang."

Memang nampak pada riak muka beliau keterujaan sepanjang Ummi melayani beliau memilih tudung. Allah...Allah...Tak tahu untuk katakan apa kecuali kesyukuran tak terhingga padaMu Ya Allah.

TQ Allah..




Read More

GOOD LUCK FOR UPSR

11 September 2017

Alhamdulillah...

Selesai kertas UPSR untuk hari ini. Ummi tengok semua dengan muka ceria. Mudah-mudahan ceria sehingga kertas terakhir ye anak-anak semua. In shaa Allah...

Good luck anak-anak Tahun 6 seluruh Malaysia. 




Read More

Friday, 8 September 2017

KELAS MENGAJI PERTAMA

8 September 2017

Ada yang intai-intai kedailah.. 

Baru perasan ada tudung labuh koshibo ye..
Dah2 masuk kelas dulu ye. Ustazah dah tunggu tu. Minggu depan boleh jenguk lagi. In shaa Allah..

Kepeningan kepala petang ni. Pergi pos barang dengan hujan sungguh lebat tadi. Alhamdulillah selesai urusan yang dirancang hari ni.

Perancangan yang paling best adalah hari ini Jumaat pertama Ummi & team LITUPI mulakan KELAS MENGAJI di bawah bimbingan seorang ustazah. Impian yang terpendam lama, kini Allah makbulkan jua. Alhamdulillah...

Semoga ia menjadi santapan rohani kami setiap hari Jumaat. TQ Allah..




Read More

SALAM JUMAAT

8 September 2017

"Ummi bawak beg Husna. Husna bawak beg Ummi."

Alahai Husna. Stokin tu yang tak tahan nak gelak.

Salam Jumaat semua.




Read More

Monday, 4 September 2017

HARI TASYRIK TERAKHIR

4 September 2017

Alhamdulillah..

Sudah berada di bumi Shah Alam.

Allah izin perjalanan semalam Kota Bharu - Shah Alam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Traffik lancar dari Kota Bharu sehingga Karak mula jem. Sampai tol Bentong 3.30 ptg tak bergerak-gerak.

Patah balik ke Karak untuk lalu jalan biasa. Tak mahu ambil risiko anak-anak meragam nak buang air, lapar dan seangkatannya.

Sg Pelangai - Jelebu - Hulu Langat. Tenang dalam perjalanan. Tengok rumah-rumah kampung di Kuala Klawang. Tengok kehijauan alam. Anak-anak pun tak meragam. Alhamdulillah..

In shaa Allah, hari Tasyrik terakhir hari ini. Perbanyakkan takbir kepadaNya. Semoga dapat berjumpa lagi Aidil Adha tahun hadapan. Yang sudah ada niat untuk Qurban untuk tahun hadapan, jom mula saving sekarang.  




Read More

Wednesday, 30 August 2017

MUSAFIR YANG BUKAN BIASA-BIASA

30 Ogos 2017

Alhamdulillah...

Berhenti sebentar mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu.

Ada yang minta Ummi doakan untuk beliau sepanjang musafir Ummi. Bersungguh-sungguh beliau mohon Ummi doakan. Allah.. Kadangkala terlupa akan perkara ini. Mustajabnya doa ketika musafir.

Moga musafir kali ini menjadi titik tolak musafir yang bukan biasa-biasa. Bukan sekadar untuk me time & family time. Masih ada yang memerlukan kita walaupun secebis doa untuk mereka.

Teringat juga pesanan seorang akak di office. Buatlah solat sunat musafir ketika musafir/berjalan jauh. Ayuh, mulakan musafir kita kali ini yang bukan biasa-biasa.

Selamat bermusafir semua.
Selamat Hari Merdeka.
Selamat Aidil Adha.

Jemput makan semua



Read More

DOA ARAFAH

30 Ogos 2017

Rebutlah peluang dan ganjaran kedua yang Allah berikan pada bulan Zulhijjah (sepuluh hari awal) selepas pada bulan Ramadhan (sepuluh hari akhir) dengan melipat gandakan amal ibadah kita semua.

Getaran yang semakin terasa... 2 hari lagi..

Carian Google



Read More

Tuesday, 29 August 2017

TELEKUNG COTTON DARI KAMI

29 Ogos 2017

Alhamdulillah...

Kesabaran & ketekunan team tailor Ummi menghasilkan telekung cotton. Permulaan yang menampakkan tekanan di riak wajah masing-masing.

Namun, setelah dapat rentak semua tersenyum puas. Tambahan komen membina yang diterima dari customer.

Benar ayat Allah...

Selepas kesusahan ada kemudahan.

Tempahan 'tertutup' telah selesai. In shaa Allah tempahan 'terbuka' akan dibuat selepas raya nanti.
Pesanan dari Whatsapp group surau di tempat Ummi.

" Bagi bukan jemaah Haji tahun ini,esok puasa sunat Tarwiyah Lusa puasa sunat Arafah"

Telekung Cotton dari kami




Read More

Wednesday, 23 August 2017

MURAH @ TAK????

23 Ogos 2017

Mesin jahit tepi ni harganya RM1350. Dah siap serviskan & tukar tapak. Kalau anda tukang jahit murah atau tak???

Tuan mesin sempat pakai 2 bulan dan simpan dekat 2 tahun. Rezeki pada tuan baru. Bukan Ummi ye tuan baru tu. Jadi orang tengah je.  

Dan rezeki pada tuan technician. Pergi ambil mesin ni jiran sebelah mintak biz card. Pergi hantar mesin ni jiran Ummi tanya orang baiki mesin.

Alhamdulillah.. Happy hari ni dapat tolong menolong dengan izinNya jua.




Read More

Saturday, 19 August 2017

HARI PRESTASI AIMAN & ALIF

19 Ogos 2017

Alhamdulillah...

Hari Prestasi untuk Aiman & Alif hari ni.

Sudah lepas fasa pertama tahun ini. Tahun pertama Aiman & Alif dalam menghafaz Al-Quran.

Komen & nasihat dari ustaz kami terima dengan syukur setinggi-tingginya dariNya. Satu yang Ummi terharu. Kesungguhan ustaz Aiman beri perhatian & semangat kepada Aiman selepas keluar hospital tempoh hari.

Allah, hanya Engkau yang mampu balas jasa ustaz & ustazah anak-anak syurga ini.

"Hidup Mulia Bersama Al-Quran"




Read More

Friday, 18 August 2017

AKHIRNYA SAMPAI JUA....

18 Ogos 2017

Dah buat sampel, dah dapat feedback dari mereka yang pakai, dah try & adjust sana sini, dah ada yang order, dah photoshoot. Tup, tup supplier bagitau stok takde.  

Namun penantian kami akhirnya dapat hari ini. Jumaat yang indah. Alhamdulillah. Next week kita start projek. Yang menanti & ternanti tunggu ye. In shaa Allah...

Kain cotton je pun yang dinanti. He... Untuk buat telekung cotton khas dari kami.

TQ Abang KTMD
Kain Cotton yang dinantikan




Read More

SAYA BOIKOT!!!!

18 Ogos 2017

Saya boikot!!!
Kenapa takde muka saya kat banner..
Mana gambar saya????

Cukup-cukup le. Asyik awak je.
Jom tunggu Zohor. Doa banyak-banyak supaya ada balik gambar awak ye.

============================

Alhamdulillah...

Banner baru dah siap dipasang. Lebih banyak pilihan. Jemput datang semua.. 




Read More

Thursday, 17 August 2017

TEMPAHAN NAME TAG

17 Ogos 2017

Hai, kami nak pergi school. Dah ada name tag ni.

Alhamdulillah.. 

Mesin sulam sudah boleh beroperasi. In shaa Allah bulan Oktober kita open order. Yang nak booking awal pun dah boleh. Slot nama dulu ye.





Read More

Wednesday, 16 August 2017

BERJEMAAH MENJAHIT

16 Ogos 2017

Ada yang potong tudung.
Ada yang pasang butang.
Ada yang jahit tepi.

Berjemaah dan berkongsi rezeki demi manfaat bersama.

Assalamualaikum semua.




Read More

Monday, 14 August 2017

TEMUJANJI AIMAN DENGAN DOKTOR PAKAR

14 Ogos 2017

Alhamdulillah...

Selesai temujanji Aiman dengan doktor pakar hari ini. Dapat pula buku & info dari PPUM yang sangat-sangat bermanfaat. Masih perlu lagi belajar kiraan karbo & insulin. Masih banyak perlu digali & dipraktik.



Semalam baru berborak dengan kawan yang punyai anak yang sakit. Ummi setuju dengan pendapat beliau. Ujian emosi yang paling mencabar dalam hadapi situasi kami ini. Harap kami dapat bertenang dalam segala hal.

Doakan kami dan kita semua.



Read More

Saturday, 12 August 2017

SUNGGUH MENGGAMIT KENANGAN

12 Ogos 2017

Sambil rehat-rehat menanti Asar, mujahid Ummi buka video ni.

===========
I am fun
I am pretty
I am me..
============

Dalam hati bagus jugak diorang tengok. Simple englishkan. Layankan jelah.

Tapi yang tak boleh tahan. Mujahid ketiga terus cakap " Ummi, tu kawan Ummikan. Ummi pernah gambar sama-samakan."

Gara-gara gambar ini, dikatanya kawan Ummi. Kawan pun kawanlah. Yang penting mereka yang di atas tu punya semangat & impian masing-masing. Termasuk Ummi.

Kenangan sungguh gambar ni. Pertama kali buka booth sempena Telekung Fest di Kuala Lumpur pada tahun 2015.




Read More

Friday, 11 August 2017

GENAP 9 TAHUN MUJAHID KEDUA UMMI DAN AYAH

11 Ogos 2017

Alhamdulillah…

Genap 9 tahun mujahid kedua Ummi dan Ayah hari ini. ALIF NAJMI BIN MOHD HILMI. Minta sambut di sekolah bersama kawan-kawan.

Memandangkan mujahid pertama tak sambut di sekolah tempoh hari, kita gabunglah supaya takde yang jealous. Hari ni genap umur AIMAN MUIZ 10 tahun 6 bulan.

Semoga jadi anak yang soleh dan Al Quran sentiasa di hati. Ummi dan Ayah sayang kalian berdua.


Potong kek lepas bermain dengan kawan-kawan. Berpeluh-peluh...



Read More

Thursday, 10 August 2017

TELEKUNG UNTUK ORANG MATI

10 Ogos 2017

Ya Allah, bilakah ajalku? Ku harapkan husnulkhotimah di akhir hayatku, Ya Allah...

===============================

Hari ni asyik fikir mati. Sebab....

Sebab jahit tempahan telekung untuk orang mati. Tempahan dari seorang yang menguruskan jenazah Islam.




Read More

Wednesday, 9 August 2017

TEMPAHAN TELEKUNG DAN TOWEL SULAM

9 Ogos 2017

Allahuakbar…

Ummi punyalah kelam kabut nak pos tempahan kawan Ummi ni. Ingatkan minggu lepas dia last kat tempat kerjanya. Rupanya esok.

Kawan Ummi yang order pulak lupa nak bagitahu berapa helai towel sulam dia nak order. Namun, Alhamdulillah dua-dua sempat disiapkan dan selamat dipos.

 Ummi ucapkan selamat bekerja di tempat baru ye. Terima kasih sudi order telekung dan towel sulam dengan Ummi.





Read More

Sunday, 6 August 2017

GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Subhanallah...

Dah tiga hari TNB bekalkan elektrik kat kawasan rumah Ummi dan beberapa kawasan Jalan Kebun guna generator besar ni. Malam-malam dengarlah bunyi generator ni.

Dimaklumkan terdapat kabel bawah tanah di Jalan Kebun rosak. Load tinggi. Warga TNB sedang cuba buat yang terbaik.

Kasihan jiran-jiran yang berdekatan dengan generator. Bunyi generator 24jam. Kasihan juga pada pekerja TNB yang 24jam kene jaga lori generator. Harap sama-sama kita bersabar.

Selamat berhujung minggu semua..





Read More

Saturday, 5 August 2017

3 SAHABAT AKRAB

Kisah semalam & Khamis. Memang 3 sahabat akrab bila ditanya.

“Pakai tudung ni pergi qiamullail nanti ok ni”. Tersenyum Ummi dengar. Namun dalam hati, macam mahu nangis. Rasa nak peluk je kamu bertiga.

Semalam datang lagi test tudung.

“Acik, tudung ni memang sehelai je ke?”
“Ada banyak. Kenapa?”
“Ingat satu je. Nak beli tiga.”
“Memang sahabat akrablah ni.”

Tudung2 ini adalah tudung edisi pertama Ummi keluarkan. Bermula dari Ummi memakainya untuk diri sendiri. Ramai pula yang bertanya. En Suami pun bertanya. Kenapa tak buat tudung macam ni?

Alhamdulillah, segalanya bermula di situ. Terhasillah tudung ini. Dengan niat & hasrat Ummi dapat melengkapkan keperluan muslimah di luar sana untuk berhijab dengan sempurna. In shaa Allah.

Doakan Ummi dan kita semua ye.





Read More

Friday, 4 August 2017

DIDOAKAN SHARIFAH JADI ANAK YANG SOLEHAH

Sambil-sambil jahit Ummi doakan Sharifah jadi anak yang solehah.

Sharifah owner tudung ni. Bersekolah rendah. Datang nak beli tudung ni. Tapi besar sikit.
Jadi, Ummi cakap "nanti Acik alter". "Alter tu apa?" "He… Nanti Acik kecikkan" "Oooo.." 

Alahai, Acik pun macam cakap dengan orang dewasa.

Ummi ni excited kalau anak-anak puteri ni datang nak beli tudung macam ni. Ada kisah di sebaliknya. In shaa Allah, jika diiznkan nanti Ummi share ye...




Read More

Thursday, 3 August 2017

AIMAN JADI RUJUKAN UNTUK KAJIAN KES

Alhamdulillah...

Dapat WhatsApp dari Pakar Pemakanan HTAR tengahari tadi.

Alhamdulillah, Aiman dipilih untuk rujukan kajian kes beliau. Apa-apa memang banyak rujuk beliau terutamanya masa puasa tempoh hari.

Diary makan pun dah macam scrap book kata beliau. Takpelah, janji senang nak rekod & doktor nak rujuk.

Ujian yang hadirnya seribu nikmat






Read More

"PELIK DENGAN ALLAH"

Afnan : Ummi, Anan peliklah dengan Allah.
Ummi : Kenapa?
Afnan : Dah malam tapi kenapa langit terang.
Ummi : Tu Allah nak tunjukkan kat Anan kuasa Allah. Walaupun malam, langit tu terang. Sebab ada cahaya bulan, ada bintang. Sebab tu terang.
Afnan : Ooooo...

Kisahnya malam tadi black out. Konon nak gi kedai Ummi. Black out jugak. ☺Jadi, bertemankan lilin & Si Merah le malam tadi. Nasib Si Merah dah full battery.

'Pelik dengan Allah' yang nak tergelak Ummi dengar. Alhamdulillah, sesuatu yang Afnan belajar & juga asbab untuk Ummi renung ciptaan & kuasa Ilahi.

Bertemankan lilin & Si Merah



Read More

Saturday, 29 July 2017

FEEDBACK DARI JIRAN

Alhamdulillah...

Feedback dari jiran. Sebelum ni hantar 5 helai telekung mak untuk alter bahagian kepala.. Ni dia yang nak hantar pulak.

Semoga diberi kekhusyukan dalam solat sebagaimana selesanya memakai telekung dari kami.

Amin..




Read More

Friday, 28 July 2017

KATA BIJAK TUKANG JAHIT

=========================

Jadilah seperti Jarum dan Benang,
Usah jadi seperti Gunting.

=========================

Inilah kata bijak Tukang Jahit.  Salam Jumaat untuk semua.

Carian Google



Read More

Wednesday, 26 July 2017

MUKA ADA HAPPY!!!

Ok, bagi kakak blue 2..
Bagi kakak green 1..

Cakap 2 ringgit, 5 ringgit tak faham pulak nanti.

Sibuk nak tolong Ummi hari ni.. Excited.. Ramai pulak kakak-kakak yang datang.

Alhamdulillah...

Muka ada happy!!!





Read More

Tuesday, 25 July 2017

TEMPAHAN TELEKUNG HAJI DIBUKA

Tamat sudah Syawal…

Tempahan telekung tarawikh, telekung raya dah berlalu.

Tempahan telekung haji pula dibuka. Rata-rata tempahan yang Ummi terima untuk dijadikan hadiah.
Biasanya Ummi akan cadangkan Telekung Ilmi Raudhah. Sesuai untuk semua saiz muka.

Labbaikallahummalabbaik..




Read More

Monday, 24 July 2017

'BIRTHDAY FRUIT' UNTUK EN. SUAMI

Alhamdulillah...

Penutup 30 Syawal. Surprise birthday En. Suami. Pakat dengan 3 Arjuna Ummi. Kita buat 'birthday fruits'.
Didoakan suamiku diberi keberkatan dalam seluruh hidupnya. 

Terima kasih Allah atas kurniaanMu.

'Birthday Fruit'




Read More

Sunday, 23 July 2017

PERIKSA KIT DIABETES AIMAN

Hampir tiap malam sebelum tidur...

Periksa beg Aiman. Pastikan cukup semuanya. Hampir 5 bulan Aiman bermain dengan alat ni. Dan semakin faham dan semakin mahir.

Setiap kali jumpa pakar pasti ada perkara baru yang Aiman, Ayah & Ummi dapat. Kita sama-sama try & error, try & adjust. Ilmu yang tak semua orang perolehi.

Terima kasih Allah atas kurniaan ini.





Read More

Saturday, 22 July 2017

TELEKUNG LAMA BERTUKAR BARU

Alhamdulillah…

Telekung lama yang diperbaharui. Tukar awning baru.

Lupa pulak nak snap gambar sebelum. Semua gambar selepas.





Read More

Thursday, 20 July 2017

PELBAGAI GUNA SI MERAH NI

Kisah malam tadi..

Alif : Ummi, Ayah nak ear phone.
Ummi : ????????

Rupa-rupanya kerahan untuk hafaz Surah Al-Mutaffifin. Hari ni ada ujian hafazan dengan ustaz;

Teringat pulak zaman guna walkman dan kaset.

Pelbagai guna Si Merah ni sebenarnya.




Read More

Wednesday, 19 July 2017

BUKU RUJUKAN UNTUK DIABETES

Alhamdulillah….

Buku ini yang Ummi & Suami jadikan rujukan untuk lihat pertukaran karbohidrat setiap apa yang Aiman makan. Buku ini juga rujukan doktor pakar setiap kali temujanji.

Alhamdulillah, buku ini sangat membantu bagi mereka yang menghidap diabetes. Lagi-lagi yang newly diagnose. Berapa kuantiti yang boleh diambil untuk setiap jenis makanan.

Ummi beli kat mana?

Ummi beli online.. RM100.00 termasuk pos. Ummi tak jual ye buku ni. Just nak share je.

Yang nak cari buku ni boleh ke laman web ni www.mdcpublishers.com





Read More

Saturday, 15 July 2017

TARBIYAH DARI KISAH INI

Allahuakbar….

Kisah yang membuat Ummi senyum..Refleks balik ke diri Ummi.

Sepanjang Ramadhan, Aiman & Alif  diberi tugasan oleh ustaz.  Aiman & Alif diminta catat segala ibadah/perkara yang dibuat. Puasa, Solat tarawikh, Tadarus, Sedekah & beberapa lagi. Akan ada hadiah yang diberi bagi yang terbaik.

Ummi perhatikan Aiman lebih konsisten isi buku catatan yang diberi berbanding Alif. Dan Aiman yang hantar awal dari Alif. 

Tapi bila tiba masanya, Alif yang dapat hadiah. Tanya punya tanya....

"Kelas Alif 3 orang je hantar. Kelas Abang semua hantar."

Sesuatu yang Ummi belajar.

~ Usaha macamana pun kalau bukan rezeki kita, tetap bukan rezeki kita.
~ Mungkin usaha yang kita buat Allah nak ganjarkan di akhirat nanti.
~ Terus istiqamah & ikhlas dalam jalankan perintahNya.

Rezeki Alif lah dapat RM10. Takpe,nanti Ummi bagi hadiah untuk Aiman juga atas usaha yang Aiman buat.




Read More

Friday, 14 July 2017

KALI PERTAMA & TERAKHIR MANDIKAN MAK

Di sinilah kali pertama & terakhir memandikan Mak Ummi.

Alhamdulillah di saat pengakhiran Mak, diizinkanNya kami bergilir-gilir menjaga Mak di hospital.
Pemergian yang tidak diduga namun Ummi sekeluarga redha. Pemergian yang selama-lamanya.

Bilakah saat pemergian kita? Semoga pemergian husnul khotimah untuk kita semua. Amin..

Al fatihah buat Mak dan yang telah pergi meninggalkan kita..

Tempat mandi mayat Islam, Hospital Besar Tun Aminah, Johor



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies