ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Wednesday, 25 January 2017

SABAR.. SABAR..

Sabar... Sabar... 

Ingat sharing Motivasi Pagi tadi....

Mereka sedang membina kreativiti & imaginasi. Walaupun Ummi nampak kecik besar kecik besar je...

Sekian tahunnya tak shopping tupperware. Blink blink mata Ummi tengok tupperware... 
Sesekali reward diri sendiri...

Dah..dah.. Times up. Ummi nak simpan kat dapur. Esok kita rasmikan ye yang hijau tu...

Oh my tupperware!!!!

Kreatif sungguh anak Ummi, Afnan Hamim

Dibuatnya penyapu pulak, Nabihah Husna



Read More

USAH BANDINGKAN ANAK-ANAK KITA

Hari ni ada yang tanya Ummi, takde ke story pasal Motivasi Pagi Ikim.fm...:-)

Aah le, busy campur lupa sebenarnya..

Ok, kongsi sikit ye..:-)

Pagi ni agak touching sikit. Kisah benar yang diceritakan oleh penceramah perihal seorang ayah & anak lelaki. Si ayah membeli roti sambil bercakap dengan nada yang kurang senang kat si anak. Membanding-bandingkan si anak. Anak membisu sahaja.

Kisah lain, di mana seorang anak yang bermasalah di sekolah. Bila dikaunseling rupanya si anak kecewa kepada ayahnya yang tak suka si anak aktif bersukan.

Si anak mengharapkan si ayah datang ke hari sukan di mana si anak mewakili sekolahnya. Di garis penamat, mata si anak melilau mencari si ayah. Si ayah tiada..Bermula hari itulah si anak menanam benci kepada si ayah.

Penceramah pesan (lebih kurang begini) :

💖 Usah kita bandingkan anak2 kita....
💖 Usah kita perkecilkan anak2 kita....
💖 Hargai setiap kejayaan anak2 walaupun sekecil2 kejayaan...
💖 Santuni anak2 setiap ketika..
💖 Jaga kata2 yang kita ungkapkan kepada mereka kerana kata2 itu adalah doa...

Allah...

Lepas Ummi dengar teringat kat anak2 Ummi. Bersalah pada anak2 Ummi. Kadang kala itulah yang berlaku.

Balik nanti kita peluk anak2 kita ye...

Mintak tisu sikitttttt....


Read More

Tuesday, 24 January 2017

TEMPAHAN TELEKUNG

Sampai kedai, telekung2 telah beratur di atas meja untuk COD dan dipos esok..

Alhamdulillah..:-)

TQ Allah, TQ team tailor Ummi..

Jom balik rumah, jumpa suami & anak2..

Tempahan yang telah siap



Read More

Sunday, 22 January 2017

JUALAN AWAL TAHUN

Alhamdulillah...

7 hari seminggu bekerja minggu ni. Sabtu & Ahad duduk di kedai sambut tetamu yang datang. Tidaklah ramai mana yang datang ke kedai namun keletihan le jugak melayan tetamu. Selalu kita jadi customer. Bila jadi tuan kedai berpeluh jugak nak layan customer.

Pertama kali buat sale di kedai yang baru beroperasi 6 bulan. Pengalaman yang berharga buat Ummi dan team LITUPI. Face to face untuk closing sale. Nak bercakap, nak bungkus barang, nak kira total, nak terima duit, nak pulang baki duit. Semua perlu dibuat dengan sebaik mungkin supaya customer tak tertunggu2 untuk dilayan.

Sale masih ada sehingga Jumaat ni ye. Team LITUPI sentiasa menanti kehadiran anda..

Ok, masa untuk Ummi meluruskan pinggang.. Selamat beristirehat jugak untuk semua..

Jualan Awal Tahun



Read More

Friday, 20 January 2017

MOTIVASI PAGI IKIM.FM

Sobahulkhoir...

Untuk mencari DAMAI di hati, ayuh didik hati untuk MEMOHON MAAF dan MEMBERI MAAF..

Ingatlah kisah Nabi Adam dan Syaitan yang diuji oleh Allah.

Dengan memohon keampunan kepada Allah, ADAM diterima taubatnya.

Kerana ego SYAITAN kekal selama-selamanya di neraka kelak..

Jadikan iktibar ini yang telah tercatat dalam Al-Quranul Karim..

~ Motivasi Pagi, Ikim.fm ~
21 Rabiulakhir 1438H/
20 Januari 2017M

Salam Jumaat sahabat Ummi..


Read More

Thursday, 19 January 2017

UPDATE WARNA RENDA

Ummi pergi kedai pakai baju batik ke?????

Hari nikan hari Khamis. Pergi office pakai le baju batik.

Balik kerja singgah kedai. Plan hari ni update warna renda. Renda baru tak sempat buat sampel lagi. Team tailor busy siapkan tempahan. So, Ummi pun kene turun padang jugak le.

Ada yang tanya, esok rehat solat Jumaat ada di kedai tak? In shaa Allah ada. Biasa Ummi minta staff Ummi tutup. Tapi sempena sale, Ummi akan buka. Hanya yang tak pergi Solat Jumaat ye...he...

Ok, selamat beristirehat semua. Al-Kahfi jangan lupa ye...

Update warna renda



Read More

Monday, 16 January 2017

IRON PHILIPS AMWAY

Sebelum lelap mata, meh tengok apa Ummi buat kat kedai tadi..

Masa yang sangat-sangat tepat. Iron Philips Amway telah Ummi rasmikan. Alhamdulillah last finishing untuk stok tudung sekolah sempena Jualan Awal Tahun LITUPI by Hanim Creation. Mudah dan pantas... Terima kasih kawan office Ummi, Kak Hanira, perkenalkan gadget baru ni..he..he..

Yang warna warni tu stok telekung untuk puteri-puteri cilik ye.. Hasil tungkus lumus team tailor Ummi...

" Ya Allah, permudahkan urusan jualan awal tahun kami ini"...

Ok, selamat malam semua...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Mudah kerja-kerja menggosok



Read More

Sunday, 15 January 2017

SOBAHULKHOIR

Alhamdulillah, hampir-hampir waktu subuh tadi cuaca sejuk,bunyi dentuman guruh, bunyi angin yang bersiul-siulan. Disambung pula dengan laungan azan yang sayup2 kedengaran.

Allah, tenang sungguh Ummi rasa pagi ni...

Sobahulkhoir ye semua...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam untuk kita semua...


Read More

Monday, 9 January 2017

KISAH SEMALAM

Kisah semalam...

Sukarela nk tolong Ummi packing handsock. Alif Najmi nama diberi. Alhamdulillah, dah ada pembantu untuk adhoc job..

Ok, selamat beristirehat semua.. Mimpi yang indah2 ye..

Assalamualaikum semua..

Arjuna Kedua Ummi



Read More

Sunday, 8 January 2017

RUTIN DI HUJUNG MINGGU

Alhamdulillah...

Sarapan pun sudah. Hari ni Ummi buat jemput-jemput jagung versi Ummi. Lepas le untuk En. Suami & anak-anak. :-)

Ok, mahu ke kedai sekejap pagi ni. List job minggu ni untuk team tailor. Beginilah rutin Ummi. Kalau x sempat Ummi Whatsapp je. Beginilah situasinya buat dua kerja. Makan gaji & berbisnes.

Tak penat ke Ummi??????

He.. Sebab BIG WHY Ummi so so BIG, tepikan penat tu.. Allah dah bagi jalan. Segala road block yang ada kita lalui dengan sabar & mohon pertolonganNYA.

Dapat sesuatu tak????


Jemput-jemput jagung versi Ummi



Read More

Saturday, 7 January 2017

OPERASI 5S

Operasi 5S hari ni...

Last week Ummi & team dah settlekan ruang menjahit. Hari ni nak settlekan kain yang ada kat stor. Stok baru menunggu nak masuk je tu..
Eh... Macam ada yang tanya Ummi jahit apa????

He.. Ummi jahit TELEKUNG dan TUDUNG.. Dari suka-suka jadi serius pulak.. Alhamdulillah...
Ok, jom sambung kemas. Semangat 2017 ni..

Operasi 5S



Read More

Monday, 2 January 2017

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Ehhhh!!!! Besarnye nametag Husna...:-)

Hepinya anak-anak Ummi ye..

Esok dah start sekolah ye semua. Dah takde nak lepak2 kat kedai Ummi macam ni dah..

Esok juga bermula episod baru untuk 3 arjuna Ummi. Sekolah baru, kawan baru, guru baru...

Semoga Allah permudahkan segala urusan Ummi sekeluarga...

Rabbi yassir wala tuassir...

Happy sungguh ye...



Read More

Sunday, 1 January 2017

TEMPAHAN 20 PASANG TELEKUNG WAKAF

Salam hujung minggu..:-)

Hari ni Ummi bersilat di kedai Ummi. Kemas untuk mood 2017...

Alhamdulillah... Team tailor Ummi sedang siapkan 20 pasang telekung wakaf dari individu yang katanya nak letak di RnR. Semoga niat murni customer Ummi ni diberkati oleh-Nya..

Ok, jom rehat jap tunaikan solat Zohor.. Lunch jangan lupa ye...

ALLAH is calling...


Sebahagian yang telah siap


Read More

SELAMAT TAHUN BARU 2017

"Ya Allah, kurniakan aku cinta-MU, cinta orang yang cinta kepada-MU, cinta orang yang cinta kepada seseorang yang hampir kepada-MU. Dan jadikanlah cinta itu yang boleh aku dambakan."

Inilah doa cinta yang Ummi jumpa di dalam majalah Anis tahun 1998 & Ummi amalkan sehingga sekarang...

Semoga kita semua temui CINTA HAKIKI kita...

Selamat Tahun Baru 2017..

Sobahulkhoir semua...



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies