ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Monday, 27 February 2017

PENGORBANAN BESAR TU DIK....

Inilah tempat Ummi kalau nak menyulam sejadah kanak-kanak. Di GM Klang. Sambil menunggu sulam siap berborak dengan adik kedai ni.

======================

Kak, saya cuti lama nanti kak. Nak jaga ayah sakit kat kampung.
Semoga Allah permudahkan segala urusan awak ye dik. Pengorbanan besar tu dik.

=====================

Ummi doakan :
~ Adik kedai ni diberkati oleh Allah dunia & akhirat...
~ Si cilik yang memakai sejadah ini menjadi anak soleh & solehah, musleh & muslehah...
Amin...

Jom zohor..

Sulam sejadah



Read More

Friday, 24 February 2017

SHARING MOMENT BERSAMA FOUNDER TELEKUNG SK

Kisah petang semalam...

Sesi santai bersama founder Telekung Siti Khadijah, Pn Padzilah dan suami.

Walaupun 2 jam cuma, banyak perkongsian yang Ummi dapat. Perkongsian berharga bagi kami semua geng-geng telekung.. Pakat turun ramai-ramai..

Pn Zai Amaludin, Pn Yusniza Yusof, Pn Hawani Harun, Pn Zaleyda Zaini, Pn Saripah Bakar, Pn yana, Pn Amy..

Alhamdulillah, berukhuwah ramai-ramai kami di sini...

Perlu ada keberanian. Namun, tugas utama sebagai isteri jangan dikesampingkan... Antara pesanan yang Ummi sempat catat dan akan Ummi pegang..

Syukur atas izinMu Allah...

sharing moment

Geng-geng telekung

Gambar kenang-kenangan



Read More

Monday, 20 February 2017

BORAK-BORAK BISNES

Ramai yang tanya Akak, takde design baru ke?

=======================================

Inilah sedikit borak-borak bisnes dengan seorang akak tokey telekung yang hampir 2 tahun team tailor Ummi jahitkan produk telekung beliau.

Seorang yang sangat senang untuk berbincang dan sangat risau kalau Ummi lewat bagi bil. He... he... he...

Hari ini berbincang untuk design baru telekung. Sempena Ramadhan yang bakal menjelma.

Semoga urusan kami dipermudahkan... Doakan kami ye semua..

borak-borak bisnes



Read More

Sunday, 19 February 2017

BELANJA AIR & JAMBU POTONG

Dah teman Ummi di kedai, belanja air & buah jambu potong.

Tak plan pun ke kedai pagi ni. Tapi memandangkan kedai semalam tak berkemas lagi lepas cat sikit bahagian hadapan. Pergilah sebentar kemas apa yang patut..

Alhamdulillah... Depan kedai Ummi banyak deretan gerai. Dari jual air, sarapan pagi, tengahari, petang.. Semua ada... Serba lengkap.. Tak perlu pening nak cari makanan.

Belanja air &jambu potong



Read More

Thursday, 16 February 2017

AL-ISRA' : 80

Allahuakbar...

So amazing!!!!

==============================

Pagi tadi selepas Ummi post doa sujud akhir tahajud terdetik dalam hati. Doa ini ayat dalam Al-Quran. Tapi tak ingat surah apa.

Sambil bersoal dalam hati Ummi menuju ke bilik anak-anak bujang Ummi untuk gosok baju sekolah. Rutin Ummi gosok baju awal pagi. He...

Buka pintu sahaja, Ummi terdengar bacaan ayat yang Ummi cari tadi dari komputer. Anak2 Ummi memang akan pasang bacaan Al-Quran sejak mereka mula menghafal Al-Quran.

Ummi terus tekan komputer untuk tengok bacaan surah apa tadi. Al-Isra' ayat 80 rupanya..

MashaAllah... Subhanallah.. Allahuakbar..

Tak terkata apa kecuali ucap syukur sebanyak-banyaknya padaNya... Allah dengar apa yang Ummi cari... 

Jadi, Ummi share di sini. Semoga dapat beri manfaat untuk kita semua...

Ok, selamat berehat semua di petang hari..

Al-Isra' : 80



Read More

DOA SUJUD TERAKHIR TAHAJJUD

" Wahai Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah aku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia. Dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.."

Amin ya Rab...

Salam tahajjud...

Carian Google



Read More

Wednesday, 15 February 2017

TAKE A BREAK

Terlentok habis team tailor Ummi...

Dari semalam buat R&D telekung. Nak bagi lebih kemas, selesa & cantik. Segala postmortem, brainstorming & idea2 dikeluarkan...

Yang kurang bercakap pun jadi terlebih bercakap.. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan Ummi untuk upgrade kualiti produk kami..

Dan yang best sangat2... Semalam jumpa geng telekung Pn. Yusniza Yusof, founder TelekungNajwa. Bincang & tukar2 pendapat. Bukan itu sahaja, dapat telekung cotton free lagi.

Macam tahu2 je Ummi tengah cari idea untuk design telekung cotton. TQSM Pn. Yusniza...

Rehat Time



Read More

Tuesday, 14 February 2017

SAYU & TENANG MENDENGARNYA

Perdengarkan hafalan anak Ummi... Di 4 baris terakhir, terasa sayu & tenang mendengarnya...

~ Wahai jiwa yang tenang!
~ Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha & diredhai-Nya
~ Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
~ Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku

Allah...kurniakanlah kami hati yang tenang & masukkan kami ke syurgaMu...

Amin...

Al-Fajr : 27 -30



Read More

Sunday, 12 February 2017

PERTAMA KALINYA KELUAR DARI KAMPUNG HALAMAN

1998...

Tempat inilah pertama kalinya Ummi jejak keluar dari kampung halaman.Dari Johor ke Kelantan...

Dulu namanya Kolej Yayasan Pelajaran Mara, Kem Kijang, PCB. Ngaji setahun Matrikulasi USM.

Balik PCB wajib singgah. Cerita yang sama pada anak-anak Ummi belajar sini dulu. Namun, anak-anak masih tak faham..

Kenapa Ummi sekolah sini? Kampung Ummi kan kat Johor. Patut Ayah yang sekolah sini.

Lagi confuse bila bagitau Ummi tak jumpa Ayah kat sini. Haaaa... Haaaa... Haaaa

Habis jumpa kat mana? Gi tanya Ayah le... Penat le Ummi je story...

===========================================================

Bila bersendirian mengenangkan perjalanan hidup ini, Subhanallah... Indah sungguh Allah susun hidup ini...

TQ Allah...

Kenangan Matrikulasi di sini



Read More

Saturday, 11 February 2017

11 FEB 2017 : AIMAN MUIZ 10 TAHUN

11 Februari 2017...

Genap anak sulong Ummi 10 tahun. AIMAN MUIZ BIN MOHD HILMI..

Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu ini. Sabar dan istiqamahkan daku & suami dalam mendidik anak soleh kami ini menjadi hamba yang terbaik di sisiMu...

Amin...

Merenung jauh melihat kebesaran Ilahi...

PCB, Kelantan

Aiman Muiz bin Mohd Hilmi



Read More

Friday, 10 February 2017

SET SOLAT KETIKA MUSAFIR

Set persalinan yang mesti Ummi bawa ketika musafir. Telekung dan stokin tebal.

Tengok pada keadaan. Sekiranya tak ramai jemaah Ummi akan pakai telekung. Sekiranya ramai Ummi akan pakai pakaian sedia ada dan stokin tebal yang Ummi bawa.

Ok, sedikit sharing dari Ummi ketika Ummi bermusafir...

Salam Jumaat...


Read More

Thursday, 9 February 2017

KEDAI RUNCIT CIK ADAM

Kedai Runcit Cik Adam...

Anak-anak Ummi adalah pelanggan tegar. Sampai Cik Adam dah naik hafal nama anak-anak Ummi. Akan ditanya kenapa takde kalau tak cukup korum..

Teringat zaman kecil Ummi. Ada jugak kedai macam ni, kami panggil Kedai Abang Lu. Pelanggan tegar jugak masa tu..

Masih ada jajan yang sama dengan zaman kecil Ummi.. Cuma beza pada SAIZ dan HARGA...

Itulah dia... jajan & kanak-kanak tak dapat dipisahkan.. he..he..

Ummi pun menumpang sekaki le jajan anak-anak...

Tau tak JAJAN tu apa?????

Kedai Runcit Cik Adam



Read More

Wednesday, 8 February 2017

ISTIKHARAHLAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Perkongsian ustazah dalam Whatsapp Group Usrah yang Ummi join..

Tiap-tiap hari kita berhadapan dalam membuat keputusan, pilihan & tindakan. Pasti kita harapkan yang sebaik-baiknya kan..

Jadi, solusinya...

Amalkan Solat Sunat Istikharah setiap hari. Semoga kehidupan sehari-hari kita dilorong & dipandu dengan petunjuk dan pertolongan dariNya..

(Psstt.. Istikharah bukan untuk pilih jodoh je tau... he... )

================================================

In shaa Allah, customer order dicatat dan job disusun supaya siap pada due date nya...

Alhamdulillah... rezeki dikongsi bersama..

Tempahan dicatat & kerja-kerja disusun



Read More

Tuesday, 7 February 2017

ALHAMDULILLAH... DIBERI KEMUDAHAN DARINYA

Adik : Kak, nak pos barang ke?

Ummi : Aah dik. Ramai le pulak hari ni.

Adik : Aah kak. Biasa tak ramai. Takpelah kak. Kongsi nombor dengan saya.

Aummi : Boleh ke dik?

Adik : Boleh.. Lama nak tunggu tu kak..

Ummi : Ok. Terima kasih dik..

Adik : Sama-sama..

============================================

Alhamdulillah...

Hari ni Allah permudahkan urusan Ummi.

Pergi ke post office belah petang. Biasa En. Suami yang pos order. Tapi ada hal. So, jadi runner sekejap hari ni.

Dapat nombor giliran 2156. Nombor sekarang 2140. Dapat pos barang 2143..

TQ dik... Tak sempat nk tanya nama tadi.. Semoga adik tadi dimurahkan rezeki olehNya...

Jom ready for Maghrib..


Read More

Monday, 6 February 2017

TELEKUNG SEDONDON

Hari ni sedondon telekung Ummi dan Husna. Pakat tukar telekung baru.. Yang lama bagi basuh..

Ok, nak luruskan pinggang jap sementara menunggu Isya'...

Telekung Ibu-Anak



Read More

HALAMAN RUMAH DI KAMPUNG HALAMAN

Pohon menghijau, langit membiru, awan memutih...

Indah ciptaan Allah kan...

Lokasi : Halaman rumah di kampung halaman
Sumber : Profile WA kakakku..

Jangan marah ye kakakku....

Kampung halaman - Kg. Ayer manis, Kulai, Johor



Read More

Sunday, 5 February 2017

SIMPLE TAPI BESAR MAKNANYA

UMMI, JALAN YANG LURUS TU JALAN ALLAH KAN..
UMMI, PAHALA TU HADIAH DARI ALLAH KAN..

Arjuna ke-3 Ummi sampaikan ilmu yang diajar oleh teacher di tadika beberapa hari lepas. Dengan muka beria-ia nak bercerita. Sampai sekarang terbayang cara penceritaannya..

Simple je ayatnya tapi beri pengertian besar sebenarnya kan...

Ok, selamat berhujung minggu semua.. Yang bekerja mulakan harimu dengan niat yang ikhlas dan mood yang ceria...

Assalamualaikum...


Read More

Saturday, 4 February 2017

SEHARIAN DI TECH MAHINDRA, CYBERJAYA

Seharian di Tech Mahindra, Cyberjaya...

Hadam ilmu perniagaan digital. Ada ilmu yang telah dipelajari sebelum ni & ada ilmu baru yang Ummi dapat hari ni.. Alhamdulillah...

Yang best kursus percuma.. Banyak praktikal dari dengar je.. Tengok tu, tuan penceramah minta kami selfie..

TQ kawan office Ummi, Kak Saluwa. Bagi kongsi laptop. Kawanmu ini tak baca betul-betul pesanan penganjur minta bawa laptop... he.. he..

Khusyuk dengar.. he...
Selfie kita...




Read More

Friday, 3 February 2017

KITA LENGKAP-MELENGKAPI

Salam Jumaat yang barakah...

Curi-curi ambil gambar tailor tengah menjalankan tugas...

Tanpa mereka tiadalah LITUPI by Hanim Creation.

Setiap kita saling lengkap melengkapi. Itulah indahnya melakukan sesuatu secara berjemaah..

Jom Solat Zohor..

Curi-curi ambil gambar tailor



Read More

Thursday, 2 February 2017

DIDIK ANAK UMPAMA UKIR DI ATAS BATU

Usai solat Maghrib...

Abang Aiman & Abang Alif siapkan homework...
Husna selesai mengaji, nak color-color...
Afnan menangis kena denda dengan Ayah, solat main-main...

Nampak indah je deretan anak-anak di depan mata... Namun hakikatnya amanah besar yang kita sedang galas..

Teringat sharing dari rakan fb...

" Kita didik anak seperti ukir di atas batu.. Jika halus ukirannya, cantiklah ia.. Jika kasar ukirannya, kurang cantiklah ia.. "

Ayuh sama-sama kita doa supaya istiqamah & ikhlas dalam mendidik amanah Allah ini untuk menjadi hamba Allah yang soleh & solehah, musleh & muslehah...

Amin...

Anak soleh & solehah Ummi Ayah



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies