ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Thursday, 30 March 2017

KAWAN-KAWAN & USTAZ AIMAN DATANG ZIARAH

Alhamdulillah…

Hari ni kawan-kawan kelas Aiman & ustaz Aiman datang ziarah. Happy sungguh diorang. Sayu pula hati melihat keakraban diorang walaupun Aiman baru sebulan sekolah di tempat baru ni sebelum masuk ke hospital tempoh hari.

Aiman & kawan-kawan

En. Suami & Ustaz
In shaa Allah, Isnin hadapan Aiman mula kembali ke sekolah. Harap semua berjalan lancar. Seronok tengok anak-anak soleh ni. Siap ajak ustaz selfie. Hee...



Ok, selamat betistirehat semua..



Read More

Tuesday, 28 March 2017

"AKHIRNYA ABANG DAPAT PIJAK TANAH UMMI"

"Akhirnya Abang dapat pijak tanah Ummi."

Alhamdulillah... Itulah ayat yang keluar dari mulut Aiman.

27 hari Aiman berkampung di hospital. Akhirnya 28 Mac 2017 bersamaan 1 Rejab 1438H jam 8.00 malam Aiman dibenarkan pulang ke rumah. 

Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Doakan kesihatan Aiman selepas ini ye.

Terima kasih doktor dan jururawat Wad 6A, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang atas rawatan dan sokongan yang diberikan.

Terima kasih Allah...
Terima kasih semua..

Kenangan yang tak akan dilupakan-Wad 6A, HTAR



Read More

Monday, 27 March 2017

HARI KE-26

Hari ke-26.

Masih di sini. Silih berganti 'adik angkat' Aiman.

Hari ke-26
Doktor baru check pagi tadi. "Ok, better than before. Kita tunggu Dr. Yee check lepas ni." Tunggu doktor pakar check pulak nanti. Dah sengih-sengih Aiman. Semoga ada harapan nak balik rumah. Amin…

Esok Maghrib dah masuk 1 Rejab. Dah terasa bahang Ramadhan.Ummi selitkan doa bulan Rejab untuk kita amalkan sama-sama ye..

Carian Google




Read More

Wednesday, 22 March 2017

HONEYMOON PERIOD - DIABETES TYPE 1

Gambar ni diambil dua hari sebelum Aiman masuk hospital.


Ustazah yang pernah bawa seorang murid yang merupakan anak yatim. Ini kali kedua ustazah ini bawa murid yang dijaganya di asrama.

Berkenan dengan telekung kawannya kata ustazah. Perasaan rasa lain kalau yang datang anak-anak syurga macam ni. 

Allah, hampir tiga minggu Ummi tak jenguk kedai. Berwhatsapp & call tailor di kedai sahaja. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dikurniakan tailor yang jujur & berdisiplin.


Aiman masih tak dapat keluar. Bacaan dh cantik tetiba lepas 2 jam makan tengahari dan makan malam tadi gula rendah pulak.

"Alahai Aiman, kenapa rendah pulak.Pagi dah cantik dah." Jururawat  pulak yang frust. Hee.. Ummi senyum je le..

Doktor ada bagitahu Newly Diagnose Diabetes Type 1 ni ambil masa untuk tetapkan pengambilan insulin yang sesuai. Dan Diabetes Type 1 akan alami 'honeymoon period'. Di mana, kadang kala pesakit akan sembuh untuk sementara waktu.

Walau bagaimanapun, rawatan & penjagaan makanan & diri perlu dijaga kerana ia mungkin akan kembali. Jadi, doktor masih monitor kemungkinan yang berlaku kat Aiman ni.

Alhamdulillah, dapat info baru minggu ni. Ok, Ummi nak cari sikit info honeymoon period ni sambil2 honeymoon dengan Aiman yang tak kisah dah ni...

Ok, selamat beristirehat semua...



Read More

Saturday, 18 March 2017

DAPAT ANG POW & GOODIES

Alhamdulillah...

Rezeki Aiman hari ni. Dapat ang pow & goodies dari sebuah NGO. Tak pasti pula dari mana. Sebab Ummi turun ke kafeteria makan tengahari semasa mereka datang.

Hari ni doktor adjust lagi dos insulin. Tengok sehari dua ni macam mana bacaan gula Aiman. Harap ok semuanya.

Petang tadi terima WhatsApp dari kampung Johor, rumah mak & kakak alami banjir kilat. Air naik mendadak. Alhamdulillah, air tak masuk ke rumah mak Ummi. Tapi rumah kakak Ummi 2 orang rumah dimasuki air. Semoga urusan mereka semua dipermudahkan. In shaa Allah...

Ok, selamat malam semua.

Muka ada happy 😁




Read More

Thursday, 16 March 2017

GAJET BARU AIMAN - GLUCOMETER

Alhamdulillah…

Semalam Aiman dapat ‘gadget’ baru lagi.Glucometer-alat untuk check bacaan gula. Aiman pun dah mahir guna semua gadget tu. Ummi cuma monitor dan catat kat diari makan Aiman. 

Sedikit sharing Ummi hari ini. Dua hari lepas, ada dua pesakit diabetes remaja masuk wad dan satu bilik dengan Aiman. Diberi kaunseling dengan doktor sebab bacaan gula tinggi. Ummi pun diminta oleh doktor untuk dengar kaunseling sekali. Untuk kebaikan masa akan datang kata doktor.

Kaunseling sebelum ni memang pakar diabetic bagitahu. Pada umur remaja memang waktu mencabar untuk ibubapa pantau mereka. Malu ada diabetes, pengaruh kawan2, jiwa nak cuba pelbagai makanan, tiada kerjasama sesama family. Jadi, cuba didik dari sekarang.

Bila dengar, macam-macam pulak dalam fikiran Ummi. Allah…. Mudah-mudahan Ummi sekeluarga dapat buat yang terbaik untuk Aiman. 

Hari ni dah hari ke-15 di hospital. Sampai ada yang panggil Ummi doktor pulak. Senyum je le...

===================

" Maka sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.."

~ Al-Syarh 94 : 5-6 ~

===================

Gajet baru Aiman - Glucometer



Read More

Monday, 13 March 2017

UJIAN HAFAZAN

=======================
Sabda Nabi s.a.w :

"Orang yang membaca Al-Quran dan dia pandai membacanya, maka dia akan bersama para malaikat utusan mulia dan penuh ketaatan. Dan, orang yang membaca Al-Quran dengan tidak fasih dan dia merasa sukar membacanya, maka dia akan mendapat dua balasan pahala.." (Muttafaq 'alaih)

=======================

In shaa Allah, Alif dan kawan-kawan akan duduki ujian hafazan minggu ni. Ujian untuk Aiman, kami mohon ditangguhkan. Alhamdulillah, pihak tahfiz tiada masalah dengan perkara ini.

Sebenarnya, Aiman dan Alif baru sahaja ,asuk tahfiz awal tahun ni. Alhamdulillah, doa Ummi dan Suami untuk hantar Aiman dan Alif ke tahfiz termakbul awal tahun ni.

Doakan Alif dan kawan-kawan dipermudahkan urusan ujian hafazan & dilancarkan pembacaan mereka.

Amin..Amin..Amin..

Good luck anak-anak Maahad Tahfiz Al-Aqsa



Read More

Sunday, 12 March 2017

KUTIPAN TABUNG AIMAN

Salam hujung minggu...

=======================

Rasulullah s.a.w bersabda :

"Antara kebahagiaan seseorang ialah mempunyai rumah yang luas, JIRAN YANG BAIK dan kenderaan yang selesa.."

~ Riwayat Al-Bukhari, Al-Adab Al-Mufrad ~

=======================

Pagi-pagi selak majalah Solusi terus nampak petikan di atas. Terus nak share kisah jiran-jiran Ummi.

Alhamdulillah, Ummi dikurniakan jiran-jiran yang baik. Minggu lepas, jiran-jiran Ummi buat kutipan sumbangan untuk Aiman. Terharu sangat-sangat.

Terima kasih jiran-jiran Ummi.
Terima kasih Allah.

TQ jiran-jiranku..



Read More

Friday, 10 March 2017

HARI KE-9

Alhamdulillah...

Hari ke-9 berkampung di hospital. Aiman kembali ceria. Namun bacaan gula masih tak menentu.  Dos insulin bertambah sedikit dari 2 hari lepas.

Syukur rasa di hati. Hari-hari dapat info baru dan support dari doktor yang datang check Aiman. Jururawat-jururawat pun dah macam geng dia. 

Ok, doakan Aiman diberi kesembuhan & dipermudahkan segala urusan kami ye...

(Foto : Aiman tengah layan geng sebelah katil sementara ibunya balik ke rumah sebentar.)




Read More

Sunday, 5 March 2017

HARI KE-4

Hari ke-4.

Aiman mula catat sendiri makanan yang dimakan, masa & sukatan air yang diminum dan air kencing. Nurse bagitau lepas ni sediakan satu buku untuk DIARI MAKAN AIMAN. Senang untuk pantau dan rujukan doktor nanti.

Doktor masih memantau makan dan dos insulin yang diberi. Setiap badan lain penerimaannya.. Namun, alhamdulillah Aiman semakin aktif dan cergas.

In shaa Allah, esok 10.00 pagi ada sesi kaunseling diabetes dengan pakar pemakanan. Mudahan urusan dipermudahkan.

Terima kasih atas doa yang tak putus2 dari semua..

Mula catat makan/minum & air




Read More

Saturday, 4 March 2017

PUNCA DIABETES TYPE 1

Alhamdulillah...

Tengahari tadi Aiman sudah keluar dari wad NICU. Namun masih di wad Zon Kritikal (Red Zone). Ibubapa sahaja yang dibenarkan datang melawat & jaga. Bacaan gula Aiman pun masih tak menentu. 

In shaa Allah, Ummi kongsi sedikit apa punca Diabetes Type 1.

======================
Punca sebenar diabetes type 1 tidak diketahui. Dalam kebanyakan mereka yang menghidap Diabetes Type 1, sistem imun dalam badan yang biasanya melawan bakteria dan virus berbahaya tersilap memusnahkan sel-sel insulin dalam pankreas.
=======================

Itulah yang doktor terangkan kepada Ummi dan Suami. Ummi cari  juga info di internet. Ummi kongsi sikit di bawah ni untuk makluman kita semua. Sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Selama ni ingat punca diabetes kanak-kanak sama macam orang dewasa.. Rupanya tidak.

Ok, selamat beristirehat semua. Doakan ye kesihatan Aiman.

Sumber dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor



Read More

MACAMANA AIMAN DIKESAN DIABETES TYPE 1

Alhamdulillah...

Aiman semakin bertenaga hari ini. 24 jam dipantau oleh doktor dan jururawat di NICU. Ketika dimasukkan ke wad, darah aiman sudah berasid. Memang perlu pemantauan yang rapi dari hospital.

Pemantauan 24jam di wad NICU

Ramai yang tanya macamana boleh detect diabetes. Begini kisahnya...

Dalam seminggu yang lalu Ummi perhatikan badan Aiman susut dan cepat letih. Makan banyak, cepat haus & kerap kencing pada tengah malam. Aiman memang jenis yang susah nak makan. Tapi kalau mood makan dating memang bertambah-tambah. Dan jenis yang tidur lewat. So, badan memang tak gemuk mana & pagi kadang-kadang mengantuk nak ke sekolah.

Tapi perubahan seminggu tu memang lain seperti biasa. Selasa lepas pergi ke klinik swasta untuk check. Dari simptom yang Ummi cerita doktor terus check gula dalam darah. Bacaan HI.

Terus doktor buat surat rujuk ke hospital. Check di Emergency HTAR Klang, follow check up ke Klinik Kesihatan Bandar Botanic, akhirnya warded ke zon kritikal HTAR Klang.

Pendekkan cerita,dari pemeriksaan & pemantauan 2 hari di HTAR doktor bagitau Aiman mengidap "Newly Diagnosis Diabetes Type 1"

Banyak yang tanya soalan di atas? 
~Aiman umur berapa?
~Aiman suka minum air gas ke?
~Aiman suka makan manis2 ke?
~Aiman obes ke?
~Ada keturunan/genetik ke?

Aiman sekarang 10 tahun. Adakah pertanyaan2 di atas puncanya? In shaa Allah, Ummi akan sambung pada entri akan dating.

TQ semua yang WA, PM . Yang PM untuk sharing pengalaman anak menghidap Diabetes Type 1 pun ada. Syukur dapat sahabat2 yang prihatin..

Love you all..

Alhamdulillah... Aiman semakin bertenaga




Read More

Friday, 3 March 2017

AMBIL INSULIN SECARA INJECTION

Alhamdulillah....

Hari ke-2 di NICU Aiman mula ambil insulin secara injection. Inilah yang akan diambil Aiman sebagai pengidap Diabetes Type 1 sepanjang hidupnya.


Semoga dipermudahkan segala urusan Aiman & kami sekeluarga.

"Kita merancang, Allah pun merancang. Namun perancanganNya lebih baik"
Terima kasih atas doa semua.

Set insulin untuk Aiman



Read More

Thursday, 2 March 2017

NEWLY DIAGNOSIS DIABETES TYPE 1

Allahuakbar….
Laahawlawalaa quwwatailla billah…

Perubahan yang sekejap. Hanya seminggu perubahan anak sulong Ummi. Badan susut dan cepat letih..

Naluri seorang ibu yang mana tidak risau. Bawa ke klinik, terus diminta rujuk ke hospital.

Disahkan NEWLY DIAGNOSIS DIABETES TYPE 1

Kini warded di HTAR, Klang. Doakan anak sulong Ummi AIMAN MUIZ diberi kesembuhan. Tiada daya dan upaya melainkan pertolongan dan keizinan dariNYA.

Aiman ketika dalam ambulans



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies