ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Thursday, 27 April 2017

REHLAH DI KALUMPANG RESORT

Alhamdulillah...

Rehlah Alif & kawan-kawan berjalan lancar hari ni. Dekat-dekat Maghrib bas selamat sampai ke MTA (Maahad Tahfiz Al-Aqsa).

Esok anak-anak MTA akan bercuti. Cuti untuk berehat dari rehlah di Kalumpang Resort, Tanjung Malim. Tak sempat nak tanya banyak kat Alif. Penat sungguh nampak.

Menanti Alif dalam kereta
Ada yang bertanya nak order telekung, alter telekung.. In shaa Allah minggu depan Ummi start masuk kedai ye. Doakan perancangan Ummi sekeluarga diberkati Allah & dipermudahkan segala urusan. 

Dah masuk 1 Syaaban malam ni. Tak sabar nak jumpa Ramadhan. Semoga dapat bertemu Ramadhan tahun ini.

Amin....



Read More

Wednesday, 26 April 2017

PERLAWANAN BADMINTON

Alhamdulillah…

Rupa-rupanya hari ni Aiman, Alif & kawan-kawan ada perlawanan badminton. Terkejut Ummi. Aiman main jugak rupanya. Tak sempat nak tanya. Aiman dah jawab. "Tadi check gula ok Ummi, tak hypo". " Ok, good ".

Lega Ummi dengar. Itu yang doktor nasihat sekiranya Aiman nak bersukan. Check gula dahulu untuk elak hypo.

In shaa Allah esok mereka semua akan ke Tanjung Malim untuk Rehlah pula. Alif je yang pergi. Aiman Ummi dan Suami minta untuk dikecualikan atas faktor jarak yang jauh.

Semoga perjalanan mereka esok berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

==================

Rejab tinggal sehari lagi. Syaaban akan menyusul.

Ya Allah, berkati kami dalam bulan Rejab, Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Amin...



Penutup dengan taklimat dari ustaz





Read More

Sunday, 16 April 2017

HARI SUKAN AFNAN

Alhamdulillah...

Selesai  hari sukan tadika Afnan hari ni.

Setiap tadika dengan tema masing-masing. Bomba, Polis, Askar & Doktor. Afnan jadi Abang Bomba.
Satu family join sekali. Happy Ayah & anak-anak. Ummi tukang sorak je. Heee...

Syarat permainan, pelajar perlu lengkapkan 10 checkpoint baru boleh redeem hadiah. Alhamdulillah, kami berjaya habiskan. 

Sampai rumah semua pengsan kepenatan. Hari minggu yang enjoy...

TQ Allah...

Acara masuk manik dalam benang

Abang Bomba

Bawa bola guna gelung



Read More

Thursday, 13 April 2017

MISI BEDAH SIASAT MR BROTHER

Misi bedah siasat Mr Brother.

Mesin sulam Ummi ni punya sentimental value. Hadiah tahun 2013 dari En. Suami. 

Agaknya kesian tengok Pn Isteri ulang-alik hantar ke rumah kawan untuk tempah sulam kat beg telekung. Dihadiahkannya sebiji Mr Brother ni. Alhamdulillah..

Harap misi percubaan untuk sulam berjaya selepas ni. Ummi rancang untuk  buat projek hadiah Hari Guru nanti.

Rabbi yassir wala tu’assir..

Misi bedah siasat Mr Brother



Read More

Tuesday, 11 April 2017

TELEKUNG COTTON YANG PERTAMA BERJAYA DIBUAT

Alhamdulillah…

Telekung cotton yang pertama berjaya Ummi buat

Alhamdulillah, tailor Ummi pun berjaya buat. Planning nak buka order sempena Ramadhan. Namun tergendala atas kesihatan anak.

Ummi baru berkesempatan ambil telekung ni di kedai. Dan baru rasmikan solat Asar tadi. Telekung baru untuk bulan Rejab kononnya. 

Lebih menggembirakan ada tailor yang hadiahkan pada ibu tercinta. Allahuakbar...

In shaa Allah, dah tenang-tenang nanti Ummi open order ye. Beri laluan untuk Ummi uruskan anak-anak soleh/solehah Ummi dan perancangan bisnes yang mungkin berubah sedikit selepas ini.

Terima kasih kepada yang tak putus-putus tanya khabar & beri kata-kata semangat kepada kami sekeluarga.

Telekung Cotton pertama Ummi



Read More

Monday, 10 April 2017

AIMAN MULA KE SEKOLAH

Alhamdulillah...

Dah seminggu Aiman ke sekolah. Tugas Ummi buat masa ini, ambil Aiman tengahari & hantar balik ke sekolah selepas Zohor. 

In shaa Allah untuk 2 minggu ni sahaja. Selepas ni, hantar makanan tengahari sahaja untuk Aiman & pantau untuk cucuk insulin.

Bagi memudahkan urusan dua-dua pihak, Ummi & Suami mengambil keputusan untuk bawakan bekal untuk Aiman memandangkan pengambilan gula perlu dipantau.

Alhamdulillah, kawan-kawan & ustaz Aiman bagi kerjasama. Terharu sangat-sangat. Doakan kami semua diberi hati-hati yang ikhlas & istiqamah dalam menjaga ukhuwwah ini..

Semoga dipermudahkan urusan Aiman di tahfiz



Read More

Tuesday, 4 April 2017

DAH GI MANDI...

“Dah gi mandi.”

Bila Atok yang bagi green light. Happylah semua. Alhamdulillah, hujung minggu dapat pulang ke kampung Ummi. Mak Ummi asyik bertanyakan Aiman.

Itulah naluri seorang Nenek terhadap cucunya. Lagi-lagi dapat tahu cucu kene kencing manis. Bahasa mudah untuk orang tua.

Hujan lebat sungguh tadi. Sambil-sambil duduk, doalah yang baik-baik. Antara doa mustajabkan ketika hujan turun…

إِنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ  اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat






Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies