ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Sunday, 28 May 2017

SETIAP KESULITAN DISERTAI KEMUDAHAN

Alhamdulillah...

Masih diizinkan olehNya berada di madrasah Ramadhan..

Diizinkan jua untuk sama-sama bisnes di kedai dengan En. Suami. Sebelum ini, beliau buka kedai printing di Seksyen 7, Shah Alam. Setelah berbincang situasi kami sekeluarga sekarang, kami memutuskan untuk sama-sama menjalankan bisnes di kedai Ummi sekarang.

Teringat akan ayat Allah.
"Setiap kesulitan disertai kemudahan"

Terima kasih Ya Allah, Engkau permudahkan urusan kami sekeluarga. Namun, jangan Engkau lalaikan kami dengan nikmat dunia yang sementara ini.




Read More

Saturday, 27 May 2017

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan..

Syukur masih ditemukan lagi dengan Ramadhan. Semoga diberi kesungguhan & kekuatan bagi meraih 'Mega Sale' dari Allah s.w.t.

1 Ramadhan 1438H | 27 Mei 2017

=======================

Alhamdulillah...

Selesai 40 pasang telekung kanak-kanak untuk penghantaran pertama. 40 pasang kita sambung minggu hadapan. Sambil selit-selit order individu.

40 pasang telekung kanak-kanak

Jenguk ke luar kedai. Bazar Ramadhan dah start buka. Ramadhan Kareem untuk semua...

Mengintai Bazar Ramadhan



Read More

Thursday, 25 May 2017

TEMPAHAN 80 PASANG TELEKUNG KANAK-KANAK

Alhamdulillah…

Berehat sebentar sambil lihat team tailor Ummi menjahit. Team tailor sedang menyiapkan 80 pasang telekung kanak-kanak. Tempahan dari regular agent kami sempena Ramadhan.

Tailor sedang siapkan tempahan 80 pasang telekung

Ummi menyibukkan diri juga, alter telekung customer. Telekung lama masih boleh modify jadi baru. Sayangkan masih boleh digunakan. Hanya baiki sedikit di kepala nampak seperti baru.

In shaa Allah, 2 hari lagi nak Ramadhan. Semoga, kita semua dapat bertemu Ramadhan tahun ini. Amin...

Setelah ditukar bahagian kepala telekung






Read More

Wednesday, 24 May 2017

SAPU TANGAN SULAM

2 seringgit..2 seringgit!!!!! Air jagung ada, air anggur ada, air oren ada!!!!!

Hai Cik Husna, menjual air pulak ye...


Alhamdulillah...

Tuan punya sudah ambil. 50 set sapu tangan sulam untuk hadiah Hari Guru. Terima kasih yang menempah.







Read More

Saturday, 20 May 2017

RUANG SULAM

Alhamdulillah..

Ruang sulam di bawah tangga.. Comel pulak nampak.

Misi menyulam 50pcs sapu tangan Hari Guru.Semoga dipermudahkan olehNya. Doakan ye.

Comel pulak nampakkan..



Read More

Friday, 19 May 2017

BERBAKTILAH SELAGI IBUBAPA MASIH ADA

Alhamdulillah…

Berehat di bilik jahit baru sambil dengar khutbah di ikim.fm.

" Berbaktilah selagi ibu bapa masih ada. Jika sudah tiada doakan untuk mereka. Hormatilah dan taatilah mereka...."

Seminggu sudah Mak pergi meninggalkan kami. Sejujurnya Ummi masih rindu dan teringat-ingat pada Mak. Namun, semangat & sokongan suami & tailor untuk teruskan kedai ini membuatkan Ummi kuatkan semangat jua.

Alhamdulillah, temujanji diabetes Aiman Isnin lepas memuaskan hati doktor pakar & pakar pemakanan. Temujanji akan datang bulan Julai nanti In shaa Allah.

In shaa Allah, kedai akan buka sepenuhnya Isnin hadapan. Doakan dipermudahkan urusan kami ye...

Bilik jahit baru siap dikemas



Read More

Monday, 15 May 2017

MAK DALAM KENANGAN

Kerinduan terasa bila dah balik ke Shah Alam. Berwhatsapp dengan adik & kakak.

" Teringat2 le kat Mak". "Aku pun sama".

Belek album. Tatap gambar Mak. Keratan akhbar 2003 yang masih tersimpan rapi. Mak dalam kenangan kami selama-lamanya...

Al-Fatihah...


Mak dalam kenangan




Read More

Saturday, 13 May 2017

PERGINYA SEORANG BONDA

12 Mei 2017 | 15 Syaa'ban 1438

Perginya seorang bonda tercinta di pagi Jumaat yang mulia. Pemergian yang Ummi sekeluarga redhai.

Pengorbanan 29 tahun membesarkan kami tanpa ayah di sisi yang pergi menemui Ilahi (20 Mei 1988). Melahirkan, membesarkan dan mendidik kami 14 orang adik-beradik.

SITI ASIAH BINTI MESARA
22.11.1942 ~ 12.05.2017

Semoga syurga buat Mak. Jua untuk Ayah.. Damailah Mak dan Ayah di sana.

Terima kasih atas ucapan takziah dan doa yang tidak putus-putus kepada Ummi sekeluarga sejak semalam hingga ke hari ini.

Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali.





Read More

Thursday, 11 May 2017

ALTERATION TELEKUNG

Alhamdulillah....
Siap 2 alteration telekung di bahagian muka & 1 helai telekung hitam untuk dibawa ke umrah. Temoahan dari seorang cikgu.

Hitam 
Kain dari customer. Material SB Line. Sedap kainnya.

Renda Biru
Material cotton. Asalnya awning bergetah. Ummi tetas dan guna semula renda biru di awning & hujung tali untuk suaikan balik dengan telekung. Idea dari tailor Ummi. Ingat tak boleh guna lagi. Pusing sana, adjust sini.. Alhamdulillah, jadi.

Sulam Pink 
Material koshibo. Tiada awning, diletakkan piping di bahagian muka. Jadi, Ummi suaikan dengan renda cotton pink gelap. Alhamdulillah ada renda yang sesuai dengan telekung. 

In shaa Allah, ALTERATION TELEKUNG satu servis baru dalam bisnes Ummi. Minggu depan kedai akan dibuka sepenuhnya. Sedang buat sedikit renovation. 

Doakan urusan Ummi sekeluarga & team tailor Ummi dipermudahkan segala urusan..

Telekung Hitam

Hasil alteration di bahagian kepala



Read More

Wednesday, 10 May 2017

JARUM LANGGAR LARI

Ummi panggil jarum ni jarum langgar lari. 

Ummi suka guna jarum ni. Langgar je, In shaa Allah jarum mesin tak patah. Dengan warnanya yang warna-warni, kat kain hitam pulak tu. Lagi menaikkan semangat Ummi untuk merempit.

Tapi berpinar jugak le mata bila menjahit telekung berwarna hitam ni. Namun apa pun, Ummi redah jua. Almaklum 2 bulan tak pegang En. Singer.

Alhamdulillah, siap tempahan telekung hitam. Nanti Ummi tunjuk hasilnya ye. Ok, selamat berehat semua.

Jarum langgar lari



Read More

Tuesday, 9 May 2017

30 SET HADIAH HARI GURU

Alhamdulillah...

Mr Brother telah berjaya dipandu uji hari ini. Melepas gian Ummi nak merempit Mr Brother kesayangan Ummi.

Tempahan hadiah Hari Guru dari kakak Ummi. 30 set semuanya. Tak sempat open order lagi pada yang lain. Takut Mr Brother meragam. Ummi test power dulu utk 30 helai sapu tangan.. Alhamdulillah berjaya hingga ke garisan penamat.

Idea dekorasi dari adik Ummi. Tukang komen kakak-kakak Ummi. Tukang order kakak Ummi jugak...Tukang puji hero & heroin Ummi.

Ok, selamat berehat semua..






Read More

Wednesday, 3 May 2017

TEMUJANJI AIMAN DI HTAR

Alhamdulillah...

Temujanji Aiman bersama pakar di HTAR, Klang pagi tadi. Selesai sehingga tengahari.

11 Mei nanti temujanji dengan pakar mata. Prosedur bagi pesakit Diabetes. 15 Mei pula temujanji dengan pakar pemakanan untuk persediaan berpuasa. 21 Mei hadiri workshop 'Talk On Diabetes'.

Mei bulan jalan-jalan ke HTAR ye. Semoga dipermudahkan urusan kami sekeluarga...



Read More

Monday, 1 May 2017

SELAMAT HARI PEKERJA

Selamat Hari Pekerja untuk semua. Bekerjalah keranaNYA. Carilah keberkatan dalam pekerjaan yang dibuat.

=================

Hari ni bersiaran di kedai. Kemas apa-apa yang patut setelah 2 bulan dijenguk sekali sekala sahaja.

Sebenarnya perancangan awal, operasi di kedai akan ditutup pada hujung April. Dah maklum ke tuan kedai. Walaupun tuan kedai berat hati namun akur dengan keputusan Ummi dan Suami.
Perancangan Ummi adalah untuk terima tempahan online/regular agent dan operasi di rumah sahaja. Demi kerana nak tumpu pada Aiman.
Namun kita merancang, Allah pun merancang. Mungkin ada rezeki kami lagi di sini... Kedai tak jadi untuk ditutup. 

In shaa Allah, Ummi dan suami akan buat perancangan baru untuk kedai dan bisnes ini. Doakan Ummi sekeluarga ye.

Selamat bercuti semua.

Ummi sibuk kemas, diorang sibuk main



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies