ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Monday, 26 June 2017

RAYA BERAMAI-RAMAI

Syawal 2..

Beraya beramai-ramai. Yang kecil-kecil nak pergi beraya. Jadi,yang besarbesar kene escot le... Teringat pulak zaman kecil-kecil dulukan...


 




Read More

Sunday, 25 June 2017

SALAM EIDULFITRI

Salam Eidulfitri..

Pagi raya yang mendung namun mentari bersinar. Majlis tahlil bagi yang telah pergi.

Haron bin Abdullah (Ayah)
Siti Asiah bt Mesara (Mak)
Nor Zaidi Haron (Abang)
Atok & Nenek

Semoga mereka semua tenang di sana.

1 Syawal 1438H




Read More

Friday, 23 June 2017

TURN BERAYA DI JOHOR

Alhamdulillah...

Selesai mengemas beg-beg untuk pulang ke kampung Johor. Tahun ni turn beraya di Johor.

Kebiasaannya bila turn beraya di Johor, kami sekeluarga akan pulang awal ke Kelantan untuk berpuasa di Kelantan. Dan bergerak balik ke Johor sehari sebelum raya.

Tahun ni ada tambahan 'beg' untuk Ummi check dan bawa. Kit diabetes Aiman (anak sulong Ummi).
Alhamdulillah, Aiman dapat berpuasa kecuali 4 hari kerana hypo(gula rendah). In shaa Allah esok last day untuk Aiman habiskan puasanya.

Ramadhan yang memberi beribu erti buat Ummi. Ya Allah, terasa kerdilnya diri ini di hadapanMU.

Kit Diabetes Aiman



Read More

Tuesday, 20 June 2017

DUIT RAYA UNTUK TAILOR

Sebelum pulang ke kampung..

Sedikit duit raya untuk team tailor Ummi. Ok, Ummi bercuti dulu ye. Maaf zahir & batin.

Order by post Ummi dah tak ambil ye. Yang nak walk-in In shaa Allah kedai buka sampai Khamis.
Jumpa lepas raya nanti.

Duit raya untuk tailor



Read More

Thursday, 15 June 2017

TUDUNG LABUH YANG EVERGREEN

Kisah minggu ini...

Tak tahu kenapa ramai yang datang tanyakan tudung labuh. Sehinggalah seorang pelajar sekolah menengah tanya nak cari tudung untuk raya.

Kebetulan Ahad lepas Ummi ada bawa ke kedai tudung labuh yang memang tak pakai lagi sebab dijahit salah. Tapi dah dialter, namun agak pendek bahagian belakang bagi Ummi. Plan nak preloved lah.

Mungkin rezeki adik ni. Time dia tanya baru Ummi bawa keluar tudung-tudung ni. Berkenanlah satu warna.
" Ok, esok adik datang bawak contoh tudung. Nanti acik alter ikut ukuran adik ".

Alhamdulillah, cantik aturan Allah. Memang dah lama nak bawa tudung-tudung ni ke kedai. Namun hari tu tergerak nak bawa ke kedai.

Alhamdulillah juga, hari ni ada yang berkenan sehelai. Siap tanya takde warna lain ke? 

In shaa Allah, Ummi sedang usaha mencari kain untuk mereka yang bertudung litup ni.. Walaupun nampak evergreen namun masih diminati ramai.

Doakan Ummi ye dapat menyediakan tudung yang memenuhi syariat

Tudung labuh yang evergreen



Read More

Tuesday, 13 June 2017

RIUH RENDAH DENGAN SUARA ANAK-ANAK SEKOLAH

Sobahulkhoir...

Pagi ni riuh & ceria bilik jahit. Nak tau kenapa?

Anak-anak syurga Sekolah Ibnu Khaldun dah mula sekolah. Buka pintu bilik jahit je nampak dah mereka.

Hari-hari Ummi dan tailor dengar bacaan doa belajar, mengaji. Dengar jugak le suara muallim/muallimah mengajar. Kalau riuh rendah tau le tu time rehat. Jadi halwa telinga kami di bilik ini jugak le. Alhamdulillah..

In shaa Allah, minggu ni last job kami sedang siapkan. Minggu depan dah nak cuti awal. Ok, jom sambung kerja.. Niat lillahita'ala.. Semoga dikira sebagai ibadah di sisi Allah

Riuh rendah dengan suara anak-anak syurga Sekolah Ibnu Khaldun



Read More

Sunday, 11 June 2017

MAJLIS BERBUKA PUASA & HARI ANUGERAH MAAHAD TAHFIZ AL-AQSA

Alhamdulillah...

Semalam diizinkan olehNya untuk Ummi sekeluarga hadir menyantuni & merai anak-anak syurga Maahad Tahfiz Al Aqsa.

Alhamdulillah, 3 orang putera & 3 orang puteri berjaya khatam 30 juzuk. Dirai juga yang selesai khatam beberapa juzuk. Allah, hati Ummi pula meronta-ronta nak ikut jejak mereka.

Tahniah semua & ibu ayah atas kejayaan ini. Kalian insan terpilih di sisi Allah untuk terima semua ini. Semoga Al-Quran sentiasa di hatimu sayang.

Untuk Aiman & Alif, Ummi doakan diberi cahaya kefahaman dalam hafazan Aiman & Alif. Terima kasih Allah atas nikmat ini.




Semoga Afnan dapat masuk ke MTA seperti abang-abang jua tahun hadapan



Read More

Saturday, 10 June 2017

LAILATULQADAR

Apa itu Lailatul Qadar?

~ Lebih baik dari seribu bulan
~ Turunnya malaikat dengan izinNya membawa segala perkara
~ Malam yang penuh keberkatan sehingga terbit fajar

Ayuh, doa bersungguh-sungguh untuk diizinkanNya untuk bertemu dengan Lailatul Qadar.

Ya Allah, temukan aku dengan Lailatul Qadar..
Amin.. Amin.. Amin

Carian Google



Read More

Friday, 9 June 2017

ALTERATION JUBAH

Alhamdulillah...

Semalam Ummi sempat belajar dengan tailor ambil ukuran badan. In shaa Allah, Ummi akan mula ambil alteration baju. Just simple alteration.

Zaman jahit baju semdiri dah lama tinggal. Jadi, ingat-ngat lupa dah. Mana tau diizinkan Allah terbuka hati ini nak buat baju sendiri lepas ni.

Hari ni, praktikal terus kat jubah Husna. Raya tahun ni beli siap je tak seperti tahun-tahun sebelum memang Ummi akan tempah.

Mungkin inilah hikmahnya. Tak sempat tempah, terpaksa beli siap dan kena alter sendiri. Tq tailor-tailor Ummi ajari daku.

Ok, selamat sudah jubah Husna. Masa untuk rehatkan diri sebelum masuk Zohor.

Salam Jumaat semua

Tema warna raya tahun ini



Read More

Thursday, 8 June 2017

CUSTOM ORDER-TELEKUNG KANAK-KANAK

Alahai…

Bila dia dah nampak telekung tu terus mintak buat.
"Husna nak epal ni.."


Alhamdulillah, personel order untuk birthday anak katanya.. Ikutlah citarasa si pembuat katanya. Jadi, apa lagi. Inilah hasilnya.

Telekung + Beg + Mini Sejadah





Read More

Wednesday, 7 June 2017

TADABBUR AYAT 1-10 SURAH AL-MULK

 Ramadhan - 12 

Tadabbur ayat 1-10 surah Al-Mulk.

Ayat 5-7 dari SUrah Al-Mulk

Menceritakan kekuasaan Allah dalam penciptaan langit yang tiada cacat cela & azab neraka yang menakutkan.

Ya Allah, jauhkan kami & keluarga kami dari azab nerakaMu. Amin..



Read More

Monday, 5 June 2017

TEMPAHAN TELEKUNG WAKAF

Alhamdulillah..

Tempahan untuk telekung wakaf siap. Sambil-sambil packing tengok 2 beranak dok deco kedai. Kosong sangat kedai kata En. Suami. Jadi, carlahi wall sticker di GM Klang. Alhamdulillah jumpa.

Dah 10 hari kita berpuasa. Rasa makin hari makin cepat pulak Ramadhan berlalu. Ayuh sama-sama kita gagahkan diri untuk istiqamah malah lebih laju di 10 Ramadhan kedua.

Semoga Allah rahmati kita semua. Amin….

Sambil packing sambil tengok 2 beranak sedang deco kedai



Read More

Thursday, 1 June 2017

SELESAI 80 PASANG TELEKUNG KANAK-KANAK

Alhamdulillah...

Dengan izinNya. selesai sudah 40 pasang telekung kanak-kanak untuk 2nd batch. 40 pasang sebelum telah selesai awal Ramadahn hari tu. Maka selesailah 80 pasang telekung kanak-kanak yang agent Ummi order. Telekung pun dah selamat diambil oleh tuannya.

Disebabkan siap awal hari ni, Ummi bagi team tailor Ummi balik awal. Kita rehat-rehat untuk sambung tugasan baru esok ye.

Terima kasih Allah atas rezeki yang dikurniakan ini.

Sedang packing telekung yang telah siap

40 pasang telekung untuk 2nd batch



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies