ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Saturday, 29 July 2017

FEEDBACK DARI JIRAN

Alhamdulillah...

Feedback dari jiran. Sebelum ni hantar 5 helai telekung mak untuk alter bahagian kepala.. Ni dia yang nak hantar pulak.

Semoga diberi kekhusyukan dalam solat sebagaimana selesanya memakai telekung dari kami.

Amin..




Read More

Friday, 28 July 2017

KATA BIJAK TUKANG JAHIT

=========================

Jadilah seperti Jarum dan Benang,
Usah jadi seperti Gunting.

=========================

Inilah kata bijak Tukang Jahit.  Salam Jumaat untuk semua.

Carian Google



Read More

Wednesday, 26 July 2017

MUKA ADA HAPPY!!!

Ok, bagi kakak blue 2..
Bagi kakak green 1..

Cakap 2 ringgit, 5 ringgit tak faham pulak nanti.

Sibuk nak tolong Ummi hari ni.. Excited.. Ramai pulak kakak-kakak yang datang.

Alhamdulillah...

Muka ada happy!!!





Read More

Tuesday, 25 July 2017

TEMPAHAN TELEKUNG HAJI DIBUKA

Tamat sudah Syawal…

Tempahan telekung tarawikh, telekung raya dah berlalu.

Tempahan telekung haji pula dibuka. Rata-rata tempahan yang Ummi terima untuk dijadikan hadiah.
Biasanya Ummi akan cadangkan Telekung Ilmi Raudhah. Sesuai untuk semua saiz muka.

Labbaikallahummalabbaik..




Read More

Monday, 24 July 2017

'BIRTHDAY FRUIT' UNTUK EN. SUAMI

Alhamdulillah...

Penutup 30 Syawal. Surprise birthday En. Suami. Pakat dengan 3 Arjuna Ummi. Kita buat 'birthday fruits'.
Didoakan suamiku diberi keberkatan dalam seluruh hidupnya. 

Terima kasih Allah atas kurniaanMu.

'Birthday Fruit'




Read More

Sunday, 23 July 2017

PERIKSA KIT DIABETES AIMAN

Hampir tiap malam sebelum tidur...

Periksa beg Aiman. Pastikan cukup semuanya. Hampir 5 bulan Aiman bermain dengan alat ni. Dan semakin faham dan semakin mahir.

Setiap kali jumpa pakar pasti ada perkara baru yang Aiman, Ayah & Ummi dapat. Kita sama-sama try & error, try & adjust. Ilmu yang tak semua orang perolehi.

Terima kasih Allah atas kurniaan ini.





Read More

Saturday, 22 July 2017

TELEKUNG LAMA BERTUKAR BARU

Alhamdulillah…

Telekung lama yang diperbaharui. Tukar awning baru.

Lupa pulak nak snap gambar sebelum. Semua gambar selepas.





Read More

Thursday, 20 July 2017

PELBAGAI GUNA SI MERAH NI

Kisah malam tadi..

Alif : Ummi, Ayah nak ear phone.
Ummi : ????????

Rupa-rupanya kerahan untuk hafaz Surah Al-Mutaffifin. Hari ni ada ujian hafazan dengan ustaz;

Teringat pulak zaman guna walkman dan kaset.

Pelbagai guna Si Merah ni sebenarnya.




Read More

Wednesday, 19 July 2017

BUKU RUJUKAN UNTUK DIABETES

Alhamdulillah….

Buku ini yang Ummi & Suami jadikan rujukan untuk lihat pertukaran karbohidrat setiap apa yang Aiman makan. Buku ini juga rujukan doktor pakar setiap kali temujanji.

Alhamdulillah, buku ini sangat membantu bagi mereka yang menghidap diabetes. Lagi-lagi yang newly diagnose. Berapa kuantiti yang boleh diambil untuk setiap jenis makanan.

Ummi beli kat mana?

Ummi beli online.. RM100.00 termasuk pos. Ummi tak jual ye buku ni. Just nak share je.

Yang nak cari buku ni boleh ke laman web ni www.mdcpublishers.com





Read More

Saturday, 15 July 2017

TARBIYAH DARI KISAH INI

Allahuakbar….

Kisah yang membuat Ummi senyum..Refleks balik ke diri Ummi.

Sepanjang Ramadhan, Aiman & Alif  diberi tugasan oleh ustaz.  Aiman & Alif diminta catat segala ibadah/perkara yang dibuat. Puasa, Solat tarawikh, Tadarus, Sedekah & beberapa lagi. Akan ada hadiah yang diberi bagi yang terbaik.

Ummi perhatikan Aiman lebih konsisten isi buku catatan yang diberi berbanding Alif. Dan Aiman yang hantar awal dari Alif. 

Tapi bila tiba masanya, Alif yang dapat hadiah. Tanya punya tanya....

"Kelas Alif 3 orang je hantar. Kelas Abang semua hantar."

Sesuatu yang Ummi belajar.

~ Usaha macamana pun kalau bukan rezeki kita, tetap bukan rezeki kita.
~ Mungkin usaha yang kita buat Allah nak ganjarkan di akhirat nanti.
~ Terus istiqamah & ikhlas dalam jalankan perintahNya.

Rezeki Alif lah dapat RM10. Takpe,nanti Ummi bagi hadiah untuk Aiman juga atas usaha yang Aiman buat.




Read More

Friday, 14 July 2017

KALI PERTAMA & TERAKHIR MANDIKAN MAK

Di sinilah kali pertama & terakhir memandikan Mak Ummi.

Alhamdulillah di saat pengakhiran Mak, diizinkanNya kami bergilir-gilir menjaga Mak di hospital.
Pemergian yang tidak diduga namun Ummi sekeluarga redha. Pemergian yang selama-lamanya.

Bilakah saat pemergian kita? Semoga pemergian husnul khotimah untuk kita semua. Amin..

Al fatihah buat Mak dan yang telah pergi meninggalkan kita..

Tempat mandi mayat Islam, Hospital Besar Tun Aminah, Johor



Read More

Thursday, 13 July 2017

SOTO IN THE HOUSE

Alhamdulillah…

Berjaya jugak Ummi buat soto hari ni. Request by Aiman dari semalam.

Memandangkan hari ni halfday di kedai. Kerahan untuk balik awal sebab kedai semakin huru-hara dek kerana renovation. 

Sedap tak sedap makan jelah ye. Bak kata Afnan "Ummi masak sedap sebab Ummi masak dari hati, masak dengan iman." Curi tagline Chef Ammar jap.

Ok, selamat beristirehat semua. Surah Al Kahfi jangan lupa ye.

Masak dari hati, masak dengan iman

Sedang buat renovation di kedai




Read More

Thursday, 6 July 2017

BILA TUDUNG SEKOLAH MACAM NI NAK BUAT ACIK?

Alhamdulillah…

Pagi tadi masuk kedai, tailor bagitahu ke Ummi. Semalam ada pelajar datang minta jahit tudung. Tudung lama diminta jahit baru di bahagian tengah.

Sekian kali soalan yang sama. "Bila tudung sekolah macam ni nak buat acik?"

Sabar ye dik. Sikit je lagi. Doakan perancangan Ummi & team tailor dipermudahkan bagi "Melengkapi keperluan SOLAT dan HIJAB sekeluarga".

Tudung yang diminta jahit tengah




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies