ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Wednesday, 27 June 2018

TEMPAHAN TUDUNG LABUH

27 Jun 2018

Permulaan di bulan Syawal. Menyiapkan tempahan tudung labuh hitam & putih.

Sambil-sambil dengar ISLAM ITU INDAH di radio Ikim.fm. Mengangkat amanat di bulan Syawal oleh Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin.

Bismillah...




Read More

Tuesday, 26 June 2018

BILA SEMUA DALAM MOOD BAIK

26 Jun 2018

Gaya anak-anak bila dalam mood baik.
Jika dalam mood begini, Ummi akan berehat dari 'tazkirah'.

Jika dalam mood sebaliknya.
Macam-macam tazkirah akan keluar.

Itulah seorang IBU, tak lepas dari 'tazkirah' a.k.a BEBELAN.




Read More

Sunday, 17 June 2018

PANIK KAMI

17 Jun 2018

Allah... Masih berderau darah..

Kereta di hadapan kami tetiba keluar api dari bawah kereta. En. Suami hon tak henti-henti dan bagi lampu. Kereta ke tepi dan kami pintas kereta tu. Buka tingkap dan jerit kereta terbakar.

Keluar mereka empat beranak dengan cemas. Kami berhenti. En. Suami suruh matikan enjin dan hubungi bomba.

Nampak panik mereka. Nampak ada yang dah keluar tolong, kami pun teruskan perjalanan nak makan nasi minyak. Moga selamat mereka semua.

Kami pun dah selamat makan nasi minyak. Didoakan diberkati pasangan pengantin.




Read More

Saturday, 16 June 2018

JAKUN SAYA...

16 Jun 2018

Air paip ni keluar sendirilah Ummi...

Ummi pun jakun jugak tadi. Mana kepala paip dia. Rupanya hulur je tangan. Keluarlah air...

Lokasi : Masjid Bandar Pasir Pekan, Tumpat

Jom sambung raya.




Read More

Friday, 15 June 2018

SALAM AIDILFITRI

15 Jun 2018

Duduk sopan bertelekung biru,
Menanti masa bersolat raya,
Mohon ampun pinta dariku,
Atas segala silap dan dosa.

(berpantun pulak di pagi raya.. he...)

Salam Aidilfitri dari Ummi sekeluarga.
Maaf zahir & batin.

| 1 Syawal 1439H |





Read More

Thursday, 14 June 2018

INDAHNYA CIPTAAN ILAHI

14 Jun 2018

Indah ciptaanMu, Ya Allah..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar

     PCB, Kota Bharu
| 29 Ramadhan 1439H |





Read More

Wednesday, 13 June 2018

MALAM TERAKHIR RAMADHAN

13 Jun 2018

Alhamdulillah...

Dapat dengar ulangan episod akhir 'Rindu Ramadhan' Drama Khas Ramadhan Ikim.fm. Selalu dengar jam 4 petang sambil-sambil jahit di rumah. Asbab ikut En. Suami keluar jumpa kawan dapat Ummi dengar episod akhir.

Malam terakhir Ramadhan malam ini. Rindu Ramadhan yang tak hilang lagi. Semoga bertemu lagi Ramadhan akan datang.

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni.

Ya Allah, terima taubat & ibadah kami.




Read More

Monday, 11 June 2018

HADIAH UNTUK PENGASUH

11 Jun 2018

Hadiah Ramadhan + Syawal untuk keluarga pengasuh. 

Kain pelekat untuk Abah, mini sejadah untuk Ibu dan kakak-kakak. Brooch comel untuk kawan- kawan Husna semasa tinggal dengan Ibu. 

Walaupun Husna & abang-abang tak dihantar ke sana lagi, tapi ikatan & jasa Ibu sekeluarga tetap kami kenang.

Bungkusan duduk di kerusi bawah pokok mangga sementara kereta dicuci tadi. Nak balik kampung katakan.





Read More

TEMPAHAN TUDUNG LABUH

11 Jun 2018

Tempahan saat-saat terakhir. Tudung labuh. Ok, tutup kedai dah ye Ummi.

Nak packing barang pulak dah.




Read More

Sunday, 10 June 2018

UMMI DAH TAK BUKA KEDAI

10 Jun 2018

Bismillah...

Ada yang tanya Ummi, dah lama tak update pasal kedai. Untuk makluman, Ummi dah hentikan operasi bisnes di kedai pada Mei yang lalu. Sekarang beroperasi di rumah sahaja. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan.

Sekarang sahabat Ummi yang menyewa di situ. YUNA VALET berkonsepkan butik vendor. Yang mencari telekung, jubah, tudung untuk raya boleh datang ke Yuna Valet. Tengah ada promosi. Yang nak dapatkan tudung labuh dari LITUPI by Hanim Creation juga bolehlah datang dengan harga promosi. 

Yang mencari swimming suite muslimah pun boleh datang ke sini ye. Good luck untuk sahabat Ummi, Yus, founder Telekung Najwa dan Muna, founder Moonaz Swimming Attire. 

Yang nak call/whatsapp tanya apa-apa tu, tengok kat signboard tu ye.







Read More

BOARDING KE PET SHOP

10 Jun 2018

Penat sungguh nampak!!!! 

Esok nak hantar boarding ke pet shop. In shaa allah, Selasa Ummi sekeluarga dah nak pulang berhari raya. Duduk diam-diam ye dengan kawan-kawan nanti.

Aihhh... Sedih pulak nak tinggalkan awak berdua. Sejak jaga awak berdua, baru Ummi faham perasaan mereka PENCINTA KUCING.

En. Suami yang biasa-biasa je dengan kucing pun sudah jatuh cinta dengan mereka berdua tau. 




Read More

Saturday, 9 June 2018

REZEKI BERBUKA DI MASJID LAGI

9 Jun 2018

Ramai sungguh yang datang berbuka & bersolat di Masjid Shah Alam hari ini. Meriah sungguh. Mungkin hujung minggu hari ni. Yang beriktikaf & qiam pun mungkin ramai. Masing-masing datang bawa bantal. 

Allah... Semakin terasa malam-malam terakhir Ramadhan. Sayu rasa semakin kurang bilangan harinya. Semoga diri ini & kita semua terus mujahadah & istiqamah merebut peluang yang tinggal beberapa hari lagi.




Read More

Friday, 8 June 2018

8 Jun 2018

Salam Jumaat...

Menanti post office buka. In shaa Allah last postage hari ini.

Jumaat terakhir sebelum Ramadhan berlabuh pergi. Semoga diberi kekuatan untuk istiqamah & tingkatkan amalan sehingga hujung Ramadhan.

Amin...

| 23 Ramadhan 1439H |




Read More

Thursday, 7 June 2018

SAPRAH

7 June 2018

Ingat tak saprah yang Ummi jahit tu?

Alhamdulillah, Ummi bawa untuk berbuka di masjid hari ini. Ini rupanya asbab Allah gerakkan hati Ummi untuk buat.

Subhanallah.. Alhamdullillah.. Allahuakbar..




Read More

Tuesday, 5 June 2018

PERTAMA KALI BERBUKA DI MASJID

5 Jun 2018

Pertama kalinya berbuka di Masjid Negeri Shah Alam. Tercapai hajat untuk ke sini.

Alhamdulillah...




Read More

TEMPAHAN URGENT

5 Jun 2018

Kelabu, tolong jaga jap telekung tu ye. Ummi nak keluar sebentar. Tengahari tuannya nak ambil.

Tempahan dari customer pukal Ummi. Ingat last tempahan. Ada tempahan urgent lagi rupanya. Rezeki untuk tailor Ummi. 

Alhamdulillah...




Read More

Monday, 4 June 2018

PENUTUP TEMPAHAN RAMADHAN

4 Jun 2018

Alhamdulillah...

Penutup tempahan Ramadhan. In shaa Allah Syawal nanti Ummi buka tempahan semula ye.

Selamat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan.




Read More

Sunday, 3 June 2018

BANYAKNYA ANGGUR!!!!

3 Jun 2018

Banyaknya anggur!!!!

Alahai nak.. Tu rambai bukan anggur. Kerana excited tengok rambai berjuntai-juntai kat pokok, mentah lagipun nak bawa balik rumah.

Alhamdulillah, belajar sesuatu hari ini anak-anak Ummi. Itulah pokok & buah rambai ye...




Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies