ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

HanimHilmi.com

Koleksi coretan kami yang bergelar INSAN

LITUPI by Hanim Creation

LITUPI Sempurna Demi Ilahi

CHOMELL by Hanim Creation

Sewing with HEART

BILIK JAHIT UMMI

Dari IMPIAN menjadi REALITI

AIMAN Diabetes Type 1

Ujian Yang Hadir Seribu Nikmat

Friday, 26 October 2018

TEMPAHAN REGULAR CUSTOMER

26 Oktober 2018

"Hanim letaklah renda atau apa-apa je kat hujung telekung tu."

Jadinya, inilah hasilnya.

Tempahan telekung dari regular customer Ummi.




Read More

JAHIT TANGAN PULAK

26 Oktober 2018

Jom jahit tangan pulak. Bagi rehat kaki sekejap.

Sambil-sambil jahit doakan kemudahan rezeki untuk Suami yang sedang bekerja. Doakan juga kemudahan kefahaman dan hafalan untuk anak-anak yang sedang belajar.
Amin...




Read More

Thursday, 25 October 2018

ALHAMDULILLAH, MAKIN SUBUR POKOK UMMI

25 Oktober 2018

Rehat jap dari bilik jahit. Tengok pokok-pokok kat luar.

Alhamdulillah, ros jepun macam-macam warna dah keluar. Nak biakkan ke pasu lain tak menyempat lagi.

Alhamdulillah, kangkung & pegaga pun dah boleh petik sebatang dua buat ulam hari ni.

Jom sambung buat kerja.






Read More

Tuesday, 23 October 2018

RIBUT DI KAMPUNG

23 Oktober 2018

Subhanallah...

Berita dari kakak petang semalam. Ribut menerbangkan bumbung dapur rumah lama di kampung. Beberapa rumah jiran pun ada yang kene ribut.

Memang tidak dijangka kata kakak. Cuaca elok sahaja. Tetiba mendung dan terus ribut. Alhamdulillah tiada sesiapa ketika tu. Rumah lama ini digunakan untuk kakak Ummi buat kuih frozen atau kami semua pulang ke kampung.

Doakan mereka dan kita semua berada dalam lindunganNya.. Amin...

** Masih terkejut melihat keadaan rumah lama yang banyak kenangan untuk Ummi adik-beradik. Di sinilah kami membesar.






Read More

Monday, 22 October 2018

UNTUNGNYA FARAH

22 Oktober 2018

Untungnya FARAH...

Dapat hadiah telekung. Ummi jahitkan je. Terima kasih yang order ye...

==============================

Telekung + Mini Sejadah Bersulam Nama

==============================




Read More

ALHAMDULILLAH....

22 Oktober 2018

Alhamdulillah...

Oktober yang penuh dengan tempahan telekung dan tudung. Sedang usaha untuk siapkan ikut tarikh ditetapkan.

Yang bertanya harga dan design baru telekung. In shaa Allah, Ummi akan update dalam blog dan FB page baru nanti. Tunggu ye..

Untuk November Ummi tutup sementara tempahan telekung. Nak beri keutamaan tempahan pukal tudung bagi sekolah dan tadika In shaa Allah. Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka.

Lepas November Ummi buka tempahan telekung untuk RAMADHAN ye. Target sebelum Ramadhan semua dapat pakai telekung baru. In shaa Allah.

Ok, selamat menyambung kerja semua. 




Read More

Sunday, 21 October 2018

UMMI, POKOK DAH TUMBUH

21 Oktober 2018

"Ummi, pokok dah tumbuh."

Excited sungguh pagi-pagi teman Ummi jenguk pokok.

Anak-anak semai benih pokok masing-masing. Tiba masa kita alih ke pasu dan batas, In shaa Allah.

Semoga semua membesar subur hendaknya.

Selamat berhujung minggu semua...




Read More

Friday, 19 October 2018

USAHA UNTUK BELAJAR MENGAJI

19 Oktober 2018

Seminggu sekali usahakan diri untuk belajar mengaji.

Sebelum ni, Allah izin untuk Ummi panggil ustazah datang mengajar Al-Quran di kedai untuk Ummi dan tailor Ummi. Walau sebentar cuma (kerana kedai dah tutup operasi), namun syukur sangat-sangat Allah tunaikan hajat untuk Ummi adakan pengisian Al-Quran untuk Ummi dan tailor.

Kenapa beria-ia Ummi nak buat kelas mengaji untuk Ummi dan tailor?

Ummi tahu dan rasa penatnya selepas balik kerja. Lagi-lagi kerja menjahit yang melibatkan production. Yang dah berkeluarga lagilah. Bila masa untuk ada masa sendiri. Dan satu yang Ummi pegang. Ummi tak nak kami datang ke kedai untuk bekerja sahaja. Dan masa rehat, rehat sahaja. Itulah ilham yang Allah beri dengan sedikit usaha yang Ummi dapat buat.

Cuma ada sedikit bersalah usrah bulanan tak sempat dibuat. Walaupun ustazah yang setuju untuk buat pengisian usrah dah bersedia untuk hadir. Sebagai ganti, Ummi ajak tailor Ummi hadir ke kuliah bulanan di Masjid Alam Impian, Shah Alam yang diadakan pada hujung minggu.

Alhamdulillah... Itulah antara kenangan terindah yang Allah beri walaupun hanya dalam tempoh yang pendek.

Kini Allah masih izinkan untuk diri ini belajar dan terus belajar. Ya Allah, janganlah Engkau hadirkan rasa untuk berhenti belajar. Kerana lagi hambaMu ini belajar, lagi banyak yang hambaMu ini tak tahu dan ingin tahu.

Terima kasih ustazah-ustazah yang mengajar Ummi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Wallahua'lam...





Read More

SALAM JUMAAT

19 Oktober 2018

Salam Jumaat...

Ayuh luangkan masa kita hari ini dengan AL-KAHFI

Carian Google



Read More

Thursday, 18 October 2018

SAMBIL JAHIT, SAMBIL DENGAR IKIM.FM

18 Oktober 2018

Penutup malam ini...

Siapkan tudung labuh tempahan seorang ustazah.

Sambil-sambil dengar IKIM.FM. Kerana seorang wanita mengurung kucing tanpa diberi makan/minum sehingga mati dimasukkan ke neraka. Kerana seorang pelacur memberi minum seekor anjing dimasukkan ke syurga.

Jom belajar daripada rahmat Nabi kepada Haiwan.





Read More

TEMPAHAN TELEKUNG

18 Oktober 2018

Alhamdulillah...

10 pasang telekung kanak-kanak telah siap diambil tuannya. Dekat 5 tahun jahitkan telekung untuknya.

Selesa berurusan sebegini. Kuantiti tempahan yang sedikit-sedikit tapi tak pernah putus. Tak kelam-kabut untuk siapkan.




Read More

SELAMAT MENUNTUT ILMU ANAK-ANAK UMMI

18 Oktober 2018

Selamat menuntut ilmu anak-anak Ummi dan anak-anak di luar sana.

"Ya Allah, kurniakan kami kefahaman para nabi & hafalan para rasul serta ilham para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Maha Penyayang."

Selamat pagi semua..





Read More

Wednesday, 17 October 2018

ULANGAN YANG TAKKAN HENTI...

17 Oktober 2018

Ulangan yang takkan henti-henti...

Bukan pakaian solat sahaja yang menghadirkan khusyuk dalam solat kita. Namun bacaan dalam solat yang difahami dapat menghadirkan hati kita untuk sujud kepadaNya.

Alhamdulillah, masih ada yang bertanya buku ini. Yang berminat boleh PM/whatsapp Ummi.





Read More

Tuesday, 16 October 2018

MENJAHIT : 'PASSION' UMMI

16 Oktober 2018

Biiznillah (Dengan izin Allah)...

Telekung-telekung yang akan dipos hari ni & COD minggu ini. Alhamdulillah dengan bantuan akak tailor dapatlah siapkan tempahan ikut masa yang diberi.

In shaa Allah, hari ini sambung buat telekung lagi. Sambil jahit tepi halus tudung jiran lama.

MENJAHIT adalah 'passion' Ummi..

TQ Allah akan nikmat yang Engkau berikan ini..

Sobahulkhoir semua...




Read More

Monday, 15 October 2018

TIDUR KELABU...

15 Oktober 2018

Dah Kelabu, tutup mata tu.. Tidur..
Niow dah sampai London tuuu...

Selamat malam semua.

Semoga ESOK adalah peluang untuk jadi yang lebih baik..




Read More

TERIMA KASIH ADIK LAZADA

15 Oktober 2018

Alhamdulillah...

Terima kasih ADIK LAZADA. Akak terkejar-kejar balik lepas ambik anak kat tadika. Sebelum keluar nampak panas. Sayang pulak nak tarik ampai baju ke dalam. 

=====================

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

=====================

Tetiba teringat lagu Hijjaz..




Read More

Sunday, 14 October 2018

TEMPAHAN NAMETAG

14 Oktober 2018

Sebelum tutup bilik jahit, sulam towel 4 5 helai dulu.

Sambil-sambil susun kain untuk buat nametag sekolah. Nak mula buka tempahan nametag untuk 'Back To School 2019'.

In shaa Allah nanti Ummi update harga tempahan ye. Rumi dan jawi Ummi ambil.

Ok, selamat malam.




Read More

Friday, 12 October 2018

SLOT TAFSIR AL-QURAN DI IKIM.FM

12 Oktober 2018

Alhamdulillah...

Allah izin untuk dengar tafsir Al-Quran di IKIM.FM. Bermula dari surah Al-Fatihah dan kini sudah ayat ke 23 Surah Al-Baqarah. Setiap hari Ustaz ulas satu @ dua ayat dlm tempoh 15 minit.

Bila tahu terjemahan & asbabunnuzul setiap ayat. Dari hari ke hari akan menanti & ternanti. Nak tahu dan nak tahu lagi. Dituntun radio kecik tu setiap masa.

Semoga kita diberi keberkatan waktu & ruang untuk bercinta dengan ayat-ayat Allah...





Read More

CANTIKNYA

12 Oktober 2018

Masyaa Allah...

Cantik-cantik bunga yang keluar setiap pagi.

Selesai anak-anak ke sekolah, pokok-pokok ini akan Ummi jenguk.

Terapi setelah mode 'loudspeaker' di pagi hari.

** baru berjinak-jinak dengan hobi baru.







Read More

Thursday, 11 October 2018

HAI NIOW

11 Oktober 2018

Uishhhh...
Macamana dia keluar ni???

Hai NIOW...

Kot ye pun, janganle jakun macam tu sekali...
Bagi laluan Ummi nak buat kerja ni..




Read More

MR BROTHER KE-2

11 Oktober 2018

Alhamdulillah...

Jika sebelum ini kerja menyulam ambil masa 1 jam. Sekarang menjimatkan hampir 1/2 jam. Allah izin untuk miliki sebiji lagi Mr Brother untuk kerja menyulam Ummi.

Terima kasih geng jahit Ummi yang letgo Mr Brother dengan harga kasih sayang.

Sambil-sambil sulam tu boleh sambil-sambil jahit telekung. Tu yang syok menyulam ni. Jom bertebaran mencari rezeki dariNya. 

Sobahul khoir semua...




Read More

Wednesday, 10 October 2018

BILA UMMI SEORANG TUKANG JAHIT

10 Oktober 2018

Bila Ummi mereka seorang tukang jahit...

"Ummi, jam kawan putus. Dia mintak tolong jahitkan."
"Ummi,kasut Husna longgar. Ummi tolong jahitkan."

Alahai nak... Ummi ni menjahit telekung & tudung je. Asal nama jahit je. Nama Ummi le yang naik.






Read More

Tuesday, 9 October 2018

ALTER TELEKUNG

9 Oktober 2018

Gambar 1
---------------
Customer dah siap tetaskan. Minta untuk tambah lapik dada di telekung & awning telekung. Awning telekung Ummi sesuaikan dengan warna/renda telekung.


Gambar 2
---------------
Customer minta pendekkan telekung & alter awning telekung. Kerja-kerja tetas dari A to Z. Tetas semua sekali. Umpama jahit telekung baru. Lupa nak ambil gambar telekung yang dah siap cantum semua.


Alhamdulillah, alteration telekung selesai. Nampak remeh tapi puas hati bila dah siap.
Terima kasih pada yang order.



Read More

Monday, 8 October 2018

HAI KELABU

8 Oktober 2018

Syoknya dia peluk keyboard Ummi.

Banyak-banyak tempat kat sini jugak dia nak landing.

Hai KELABU...





Read More

Sunday, 7 October 2018

TEMPAHAN 20 HELAI TUALA MUKA BERSULAM

7 Oktober 2018

Alhamdulillah...

Sudah sampai ke tuan yang order. Tempahan 20 helai tuala muka bersulam.




Read More

Thursday, 4 October 2018

4.10.18 ~ HUSNA GENAP 5 TAHUN

4 Oktober 2018

Alhamdulillah...

Genap 5 tahun Nabihah Husna binti Mohd Hilmi hari ni.

Bawa kek & lolipop anggur untuk kawan-kawan. Minta belikan buku untuk kawan-kawan.



Kek untuk kawan-kawan

Buku untuk kawan-kawan

Lollipop anggur untuk kawan-kawan

En. Suami pagi-pagi whatsapp hantar gambar 5 tahun yang lalu. Allah... Dah besar mujahidah Ummi dan Ayah seorang ni.

Semoga jadi anak yang solehah...





Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies