ESOK adalah peluang untuk menjadi yang lebih baik

Friday, 19 October 2018

USAHA UNTUK BELAJAR MENGAJI

19 Oktober 2018

Seminggu sekali usahakan diri untuk belajar mengaji.

Sebelum ni, Allah izin untuk Ummi panggil ustazah datang mengajar Al-Quran di kedai untuk Ummi dan tailor Ummi. Walau sebentar cuma (kerana kedai dah tutup operasi), namun syukur sangat-sangat Allah tunaikan hajat untuk Ummi adakan pengisian Al-Quran untuk Ummi dan tailor.

Kenapa beria-ia Ummi nak buat kelas mengaji untuk Ummi dan tailor?

Ummi tahu dan rasa penatnya selepas balik kerja. Lagi-lagi kerja menjahit yang melibatkan production. Yang dah berkeluarga lagilah. Bila masa untuk ada masa sendiri. Dan satu yang Ummi pegang. Ummi tak nak kami datang ke kedai untuk bekerja sahaja. Dan masa rehat, rehat sahaja. Itulah ilham yang Allah beri dengan sedikit usaha yang Ummi dapat buat.

Cuma ada sedikit bersalah usrah bulanan tak sempat dibuat. Walaupun ustazah yang setuju untuk buat pengisian usrah dah bersedia untuk hadir. Sebagai ganti, Ummi ajak tailor Ummi hadir ke kuliah bulanan di Masjid Alam Impian, Shah Alam yang diadakan pada hujung minggu.

Alhamdulillah... Itulah antara kenangan terindah yang Allah beri walaupun hanya dalam tempoh yang pendek.

Kini Allah masih izinkan untuk diri ini belajar dan terus belajar. Ya Allah, janganlah Engkau hadirkan rasa untuk berhenti belajar. Kerana lagi hambaMu ini belajar, lagi banyak yang hambaMu ini tak tahu dan ingin tahu.

Terima kasih ustazah-ustazah yang mengajar Ummi. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

Wallahua'lam...





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

ANDA TETAMU KE-

TETAMU

HANIMHILMI.COM

HANIMHILMI.COM

NOTA

HanimHilmi.com adalah platform untuk perkongsian bisnes kecil Ummi dan pengalaman/catatan peribadi Ummi sekeluarga. Moga coretan yang dinukilkan memberi manfaat & kebaikan kepada semua di luar sana.

HUBUNGI KAMI

Tel : 013-2817292
Blog : www.hanimhilmi.com

LITUPI BY HANIM CREATION:

1. TELEKUNG ASIYAH

2. TELEKUNG LIYANA

3. TELEKUNG RAUDHAH

CHOMELL BY HANIM CREATION

EJEN UNTUK PRODUK :

1. RADIO MINI QURAN

2. 7 HARI INGAT MAKNA DALAM SOLAT

3. MUDAHNYA INGAT MAKNA AD-DHUHA HINGGA AN-NAS

Blog Archives

Copyright © HanimHilmi.com | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com | Prepared by Afham Rusli Technologies